The Malaysian Insider :: Bahasa |
Nik Aziz label Umno murtad tolak Islam Posted: 18 Nov 2012 01:57 AM PST Veteran PAS itu turut menegaskan, tanpa mengira mana-mana pihak termasuk Umno sekalipun, jika menolak dan memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup. "Tak kira siapa pun, tak kira kalau tok guru sekalipun, kalau murtad...murtad lah. "Usahkan Umno, tok guru berserban, berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan cara ... hati dia betul, Islam tak guna ... dia murtad walaupun tidak ada mufti beritahu, tapi kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak guna ... dia murtad," katanya kepada pemberita. "Umno tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam, macam lekehkan benda salah ... macam ubat habis tempoh dia buang. Jadi bila Umno buang (Islam), agama apa Umno tu?" kata Nik Aziz (gambar) ketika Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Pusat Tarbyiah Islamyiah Kelantan (Putik) hari ini. Ketika ditanya sama ada adakah Umno telah memperlekehkan Islam sehingga layak dilabel sebagai murtad, Menteri Besar Kelantan itu berkata,"tak lekeh apa dia buang Islam." Nik Aziz turut menegaskan, gejala murtad yang berlaku bukanlah hasutan daripada paderi Kristian seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya ia merupakan kelemahan masyarakat Melayu sendiri kerana menolak Islam. "Murtad ini bukan (hasutan) daripada paderi Kristian, tapi daripada orang Melayu sendiri yang tolak Islam, (maknanya) yang tolak Islam dia murtad. "Agama apa Umno pakai? bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka (adakah) Umno sama ada Kristian, Buddha atau tak ada agama?" katanya lagi. Diminta penjelasan sama ada beliau menjatuhkan hukum murtad kepada Umno selepas mendakwa parti itu memperlekehkan Islam, Nik Aziz berkata ianya merupakan soal akidah dan tindakan Umno yang dakwanya menolak Islam turut memberikan kesan kepada kedudukan Islam itu sendiri. "Ini hal akidah, akidah salah ... bila Umno tolak Islam, apa taraf Islam? takkan nak biar?" soalnya lagi Beliau turut berkata PAS adalah serpihan Umno yang meninggalkan parti tersebut kerana Umno sendiri menolak golongan ulama mereka. "Umno tolak, tolak alim ulama dia sendiri ... jadi sekarang Umno pelawa PAS membela Islam ... alim ulama sendiri kamu tolak, mana boleh nak terima ulama kami. Ini logiknya. "Jadi kalau ajak kami nak jaga Islam, yang ulama kamu sendiri kamu tolak usahkan nak terima ulama aku," tegas Nik Aziz. |
Hadi bersedia dilantik jadi PM Posted: 18 Nov 2012 01:39 AM PST "Saya alu-alukan nak lantik jadi perdana menteri ... tetapi saya minta Allah menangkan kita, bila menangkan Islam, lepas tu nak mati-matilah," katanya ketika ucapan penggulungan di Pusat Tarbyiah Islamyiah Kelantan (Putik) di sini. Ahli Parlimen Marang itu (gambar) dilihat mengeluarkan kenyataan sedemikian sebagai respon kepada sesi terakhir muktamar hari ini yang menyaksikan semakin ramai perwakilan membangkitkan pendirian melantik beliau sebagai perdana menteri. Pakatan Rakyat (PR) bagaimanapun telah mempunyai kesepakatan untuk memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan itu jika berjaya menawan Putrajaya. Antara perwakilan yang membangkitkan perkara itu adalah daripada Dewan Ulama PAS, dan juga Dewan Muslimat parti Islam berkenaan. Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menegaskan PAS perlu memiliki kekuatan majoriti dalam PR bagi melantik Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri. "Kita hidup dalam sistem demokrasi, maka jika PAS menang banyak dalam pilihan raya akan datang, maka yang akan jadi Perdana Menteri sudah pastilah Datuk Seri Presiden (Abdul Hadi). "Jadi selepas ini, jangan ada yang mempromosikan orang lain, kita sebulat suara mahu presiden menjadi Perdana Menteri. Abdul Hadi semalam berkata, beliau lebih rela menjadi "khadam" demi rakyat daripada menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri yang disifatkannya sebagai "amanah berat". Aiman Atirah, wakil Dewan Muslimat PAS ketika penggulungan turut menegaskan mahu melihat PAS menjadi tunggak dalam PR, dan kemudian Abdul Hadi akan memiliki keupayaan untuk menjadi Perdana Menteri. "Muslimat juga cadang presiden jadi Perdana Menteri. "Kita tidak perlu cabar mencabar atau desak mendesak, kita mahu PAS menjadi tunggak dalam PR ... adakah tuan-tuan setuju?" katanya, dan disambut sahutan "setuju" daripada para perwakilan. Anwar bagaimanapun dilihat tenang menangani perkara itu, dan menjelaskan geaan-gesaan perwakilan PAS itu bukanlah "satu masalah" bagi PR. "Tiada masalah, tak ada apa, kita boleh bincang dengan baik," kata Ketua Umum PR itu ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Selangor (Unisel), di sini pagi tadi. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan