Ahad, 25 November 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Ulama turut dicalon bertanding wakili BN dalam PRU-13 di Kelantan

Posted: 25 Nov 2012 02:14 AM PST

PASIR PUTEH, 25 Nov — Golongan ulama antara yang turut dicalonkan Badan Perhubungan Umno Kelantan untuk bertanding sama ada kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kelak.

Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata mereka terdiri daripada golongan yang berwibawa dan banyak berjasa kepada parti dan negara selain berpotensi untuk menang.

"Kita sudah mengenal pasti nama-nama mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara penutup Program Pelancaran 1Komuniti 1Koperasi di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata nama calon tersebut akan diumumkan lebih awal dari biasa untuk memberi peluang kepada rakyat menilainya.

"Biasanya, termasuk PRU ke-12, dua hari tarikh penamaan calon kita umumkan tetapi kali ini ia lebih awal dari itu," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Jeli.

Mustapa berkata manifesto Barisan Nasional (BN) juga akan turut diedarkan lebih awal supaya setiap rakyat Kelantan dapat meneliti dan membuat pertimbangan.

Katanya manifesto itu, sedang dirangka yang menjurus ke arah perseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani yang sebelum ini sebahagiannya telah diumumkan seperti pembinaan jalan lebuh raya antara Kota Bharu-Kuala Krai.

Beliau berkata, keseluruhannya ia memberi masa depan yang lebih terjamin kepada rakyat Kelantan jika diberi peluang memerintah negeri itu.

Mustapa berkata rakyat Kelantan perlu percaya dan yakin setiap yang terdapat dalam manifesto itu kelak, ia pasti akan ditunaikan sesuai dengan slogan "Janji Ditepati".

Pada majlis itu, beliau menerima sumbangan lebih RM3,000 dari Umno Bahagian Pasir Puteh untuk membantu rakyat Palestin yang ditindas rejim Israel. — Bernama

Tindakan Anwar mohon bantuan Australia hanya ‘helah’ pembangkang, kata pemimpin Umno

Posted: 25 Nov 2012 02:08 AM PST

Tindakan Anwar mohon bantuan Australia hanya 'helah' pembangkang, kata pemimpin Umno

BAGAN DATOH, 25 Nov — Tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon bantuan Australia kononnya untuk memastikan pilihan raya di negara ini bebas dan bersih hanya "helah" untuk menutup kelemahan pembangkang sekiranya kalah pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembangkang sebenar terdesak dan apabila kalah pada pilihan raya umum akan datang, mereka akan menyalahkan sistem dan kerajaan sedia ada.

"Kita tahu bahawa ini dibuat adalah bagi mengaburi kelemahan yang ada pada mereka (pembangkang)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia di Wisma Umno di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pertemuan dengan semua anggota Parlimen pada dua minggu lepas bagi mendapatkan maklum balas mengenai proses pilihan raya, hanya segelintir anggota Parlimen pembangkang menghadirinya.

"Mereka 'berkokok' di luar, sepatutnya mereka (hadir) bertanya dan menyelesaikan masalah ketika majlis dialog dan taklimat itu diadakan...mereka harus berunding dengan pihak SPR, kerana SPR terbuka dalam menentukan sistem dan perubahan yang mahu diadakan," katanya.

Pada 21 Nov lepas, Menteri Luar Australia Senator Bob Carr berkata Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Anwar. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved