Isnin, 10 Disember 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Dakwaan 300,00 India tanpa dokumen bermotif politik — Hishammuddin

Posted: 10 Dec 2012 02:07 AM PST

PUTRAJAYA, 10 Dis — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) menyifatkan dakwaan terdapat 300,000 kaum India tiada dokumen pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia bermotif politik.

Katanya dakwaan itu bertujuan meniup perasaan benci terhadap Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13, selain cuba mencetuskan konflik kerana hanya membabitkan satu kaum.

"Mengapa dibawa sekarang, mengapa jumlah itu dibesarkan sehingga 300,000, ia merupakan jumlah yang tidak ada asas langsung," katanya kepada pemberita selepas sesi Perjumpaan Menteri Bersama Peserta Kursus Outreach Top 5 Bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional KDN, di sini hari ini.

Katanya tindakan segelintir pemimpin pembangkang untuk berdemonstrasi di hadapan Jabatan Pendaftaran Negara pada Rabu ini juga menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam usaha kononnya untuk menyelesaikan isu tersebut.

"...kalau betul 300,000 beri kepada kita, kita uruskan. Nak berdemonstrasi dan berkisar pada perkauman di mana satu kaum sahaja, saya tengok ada matlamat-matlamat tertentu," katanya.     

Menurut Hishammuddin, melalui kempen MyDaftar yang dilancar khusus untuk menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri kaum India, sebanyak 9,529 mendapatkan borang permohonan dan 7,061 menyerahkan permohonan lengkap.

Daripada jumlah itu, 6,612 mendapat kelulusan dokumen pengenalan diri dan program tersebut masih berlangsung, katanya.

"Jumlah ini yang kita dapat dalam Program Mydaftar Kebangsaan yang dijalankan di sembilan buah negeri. Kalau tak jelas mereka (pembangkang) boleh datang jumpa kita," katanya.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-66 menafikan dakwaan pembangkang itu dengan menegaskan ia bertujuan mempengaruhi rakyat agar membenci kerajaan. — Bernama

Ada ahli politik di belakang Ramli Yusuff, kata Musa

Posted: 10 Dec 2012 12:30 AM PST

PETALING JAYA, 10 Dis — Tan Sri Musa Hassan (gambar) mencadangkan hari ini terdapat tokoh politik yang tidak dinamakan menyokong pengkritik dan bekas rakan sekerja beliau Datuk Ramli Yusuff dalam 'perang mulut' antara kedua-dua bekas pemimpin tertinggi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) itu.

Menurut bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu, Ramli diberi platform untuk mengkritik beliau dan menunjukkan imej PDRM dalam keadaan baik.

"Kelihatan seperti beliau adalah penyelamat PDRM…. Dan saya adalah penjahat yang memusnahkan PDRM," kata Musa dalam sidang akhbar disini hari ini.

Menjawab soalan oleh wartawan tentang bagaimana Ramli boleh mengumpulkan kekayaan ketika hanya memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Musa berkata Ramli "mungkin mempunyai pautan di beberapa tempat".

"Beliau harus menjawab kepada orang awam... bagaimana dia mempunyai begitu banyak harta dan kekayaan," kata Musa.

Musa juga menuduh bekas panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang menyalahgunakan kuasa untuk memindahkan seorang pegawai polis, dalam usaha untuk mempercepatkan projek yang disokong olehnya.

"Dia (Phang) telah mengugut pegawai ini, kalau tak komisyenkan, kamu akan ditukar tempat dalam 24 jam.

Kalau seorang awam boleh mengugut seorang pegawai polis ... Jadi berkuasalah," tambah Musa.

Musa minggu lalu bertegas dengan pendiriannya beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasa semasa 41 tahun berkhidmat dengan pasukan polis walaupun Ramli secara konsisten menuduh bekas KPN itu mempunyai kaitan dengan kongsi gelap di Johor.

Bekas KPN itu memberitahu beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membersihkan namanya.

Ramli, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), berulang kali mendakwa bekas pemimpin tertinggi polis itu mempunyai hubungan rapat dengan sindiket bawah tanah Cina semasa berkhidmat sebagai ketua polis Johor.

Ramli, bekas rakan sekerja bertukar pengkritik lantang, baru-baru ini membangkitkan khabar angin tahun 2006 yang mengaitkan Musa dengan Goh Cheng Poh atau lebih dikenali dengan nama "Tengku Goh" — dikatakan sebagai ketua kongsi gelap Johor selepas bekas KPN mendedahkan terdapat campurtangan eksekutif dalam tugas-tugas polis.

Dokumen mahkamah difailkan oleh Tengku Goh dan menjadi pengetahuan umum dalam perbicaraan sensasi pada Ogos 2007 telah menyemarakkan lagi spekulasi hubungan khas beliau dengan Musa yang sudah menggantikan Tan Sri Mohammed Bakri Omar sebagai KPN selama hampir setahun.

Dalam afidavitnya, Goh dilaporkan berkata: "Saya percaya KPN tidak diberitahu tentang penangkapan dan penahanan."

Musa juga disiasat oleh agensi anti-rasuah kerana disyaki terlibat dengan tiga ahli sindiket perjudian haram sejurus selepas kenaikan pangkat menjadi KPN pada September 2006, akan tetapi Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dilaporkan telah mengarahkan fail siasatan ditutup pada Julai 2007 kerana kekurangan bukti.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved