Isnin, 10 Disember 2012

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Thunder Demons

Posted: 09 Dec 2012 10:13 PM PST

10 DIS — Saya sentiasa memilih untuk membaca karya — cerpen dan novel — serta menonton filem atau siri televisyen yang memanfaatkan "narrative hook".

Aspek "pancing naratif" merujuk pada kemampuan penulis/pengarah menarik dan mencengkam minat pembaca/penonton menerusi bahagaian awal karya berkenaan.

Malah, pada setiap bengkel cerpen yang saya kendalikan sejak 1994 — dan bersama-sama Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sejak 1999 — teknik menulis perenggan awal cerpen memang diberi penekanan.

Dipika tetap bimbang jika kandungan novelnya dilihat sebagai karya politik.

Teknik "pancing naratif" yang digunakan oleh Dipika Mukherjee dalam novel sulungnya, "Thunder Demons" (2011) menjadikan karya berkenaan menarik minat saya sejak halaman pertama.

Selain daripada teknik "pancing naratif", pensyarah linguistik di Universiti Pengajian Antarabangsa Shanghai, China ini turut memanfaatkan unsur-unsur intertekstual yang menjadikan novel setebal 272 halaman ini begitu menarik untuk dibaca.

Seperti kata Preeta Samarasan (pengarang "Evening is the Whole Day"), Dipika berjaya mengadunkan kisah keluarga, kesetiaan, kenangan silam, cinta dan kasih sayang, serta pengaruh politik dalam kehidupan manusia biasa. Novel "Thunder Demons" pasti membantu kita untuk membuka mata dan melihat "hantu-hantu petir" (syaitan yang dikenali?) yang menguasai masa depan rakyat dan negara.

Kali pertama saya bertemu wanita berkaliber ini adalah sewaktu kami sama-sama diundang menyertai "Writers Unlimited Tour" di Kuala Lumpur pada Jun 2011. Pada sesi membaca teks di Universiti Taylor's, Subang Jaya dan The Annexe Gallery, Pasar Seni, Kuala Lumpur, beliau membacakan dua petikan berbeza daripada novel berkenaan.

Dipika mengakui bahawa beliau terasa agak bimbang untuk membaca petikan "Thunder Demons" kerana kisah yang diangkat dalam novel berkenaan — malah, sejak halaman pertama — mungkin mencetuskan kontroversi di Malaysia.

Kontroversi yang dimaksudkan bukanlah kerana adanya unsur seks, ganas dan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Sebaliknya kerana menyentuh mengenai politik dan politikus.

Novel ini masuk senarai panjang Man Asian Literary Prize 2009.

Sewaktu kami bertemu pada Jun 2011, novel berkenaan yang memasuki senarai panjang Man Asian Literary Prize 2009 belum diterbitkan oleh Gyaana Books, Dehli, India untuk diedarkan di India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka. Maka, saya hanya sempat membelek-belek naskhah pengarang yang beliau bawa bersama.

Akhirnya, saya menerima senaskhah "Thunder Demons" apabila saya dan Izni Rahim bertemu Dipika di Taman Tun Dr Ismail pada 21 November 2012. Maka, dapatlah saya mendalami novel penuh kontroversi itu sepenuhnya.

Dipika yang membacakan petikan prolog novel itu kepada khalayak di Kuala Lumpur pada Jun 2011 turut mengakui bahawa beliau bimbang jika ada pihak yang cepat melatah selepas mendengar petikan karya fiksyen itu.

Kisah bermula dengan watak Kolonel S — saya andaikan namanya "Syed" — yang bersiap-sedia untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh ketuanya. Turut hadir adalah watak "seorang menteri kanan dalam kabinet" serta "isterinya yang berdarah diraja, bertubuh gempal dan berambut merah".

Walaupun Dipika menegaskan bahawa "Thunder Demons" hanya sebuah karya fiksyen yang tiada kaitan dengan mana-mana watak sebenar, bagi menghasilkan novel ini, beliau melakukan kajian mendalam mengenai sejarah dan isu-isu semasa di Malaysia menerusi pembacaan dan perbincangan bersama rakan-rakan.

Babak dalam bahagian prolog menampilkan peristiwa seorang wanita yang muda dan cantik diseret keluar dari sebuah kereta. Wanita itu khabarnya seorang penterjemah dan pakar tujuh bahasa. 

Wanita yang jelita itu diikat matanya dan dibawa ke kawasan padang terpencil di Shah Alam. Sedikit demi sedikit, pembaca dimaklumkan bahawa juru bahasa itu pernah bersama-sama sekumpulan kroni kerajaan apabila mereka menguruskan tender pembelian sebuah kapal selam di Paris dan Madrid.

Maka, saya tidak hairan apabila Dipika pada Jun 2011 melahirkan kebimbangan apabila diminta membaca prolog novel ini pada acara di The Annexe Gallery. Tidak mustahil bahawa pembaca tempatan akan segera mengaitkan fiksyen ini dengan apa-apa insiden sebenar yang dikatakan berlaku dalam negara.

Untuk berlaku adil, biar saya nyatakan secara jelas bahawa watak wanita jelita yang diseret keluar dari dalam kereta itu adalah warga Tibet. Bahan letupan C4 dililit pada leher dan tubuhnya oleh Kolonel S sambil diperhatikan dengan penuh minat oleh isteri kepada menteri kanan tersebut.

Bahagian prolog berakhir dengan peristiwa tragis yang sudah dapat kita bayangkan: Wanita jelita itu ditembak sebelum tubuhnya diletupkan sehingga mayatnya berkecai dan bertaburan. 

Dalam bab pertama, kita diperkenalkan dengan watak bernama Agnibina yang bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) — Dipika melakukan kesilapan menulis "KL" sebagai "Kuala Lumpur" — kerana terdapat insiden seorang lelaki tua yang muncul tiga kali seminggu atas tujuan yang tidak diketahui.

Satu sesi semasa Writers Unlimited Tour pada Jun 2011.

Kisah pada bab kedua berlaku dua bulan selepas jelitawan Tibet dibunuh dan mayatnya diletupkan di Shah Alam. Diperincikan bagaimana kes itu ditutup hasil campur tangan politik. Turut disentuh tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digunakan untuk "menutup mulut" sesiapa yang berani memperkatakan mengenai insiden itu.

Pembaca diberitahu mengenai hubungan antara Kolonel S dan Profesor Jay Ghosh. Jay yang berumur hampir 50 tahun dan tinggal di Boston akhirnya akur pada pujukan Kolonel S supaya pulang ke Malaysia.

Jay juga sebenarnya ada agenda peribadi untuk kembali ke tanah air. Dia teringat akan Shanti yang merupakan rakannya sejak zaman kanak-kanak. Sedikit demi sedikit — khususnya bermula halaman 28 — pembaca akan tahu apa yang dimaksudkan dengan "thunder demons" yang dijadikan judul novel ini.

Apakah kaitan dan hubungan antara Kolonel S, Jay, Shanti, Agnibina, Manjula Sharma dan Abhik dalam kisah kompleks ini? Malah, pasti sahaja pembaca akan terus "terpancing" untuk mengetahui kisah yang melibatkan seorang menteri kanan dan isterinya serta beberapa politikus yang bebas melakukan apa sahaja demi kepuasan diri.

Watak-watak pelbagai kaum dan agama ditampilkan secara adil menerusi novel ini yang ditulis dalam Bahasa Inggeris tetapi diselitkan pelbagai frasa Bahasa Malaysia.

Konsep "Bumiputera" dan "Bumiputeri" serta beberapa demonstrasi melibatkan laungan "Freedom Rakyat" dan "People Power" (Makkal Sakthi) juga digambarkan secara berjaya menerusi fiksyen ini yang boleh dibaca dan dikaji pada pelbagai lapis makna. Malah, boleh dijadikan teks kajian sosio-politik pada peringkat universiti.

Novel 44 bab ini dibahagikan kepada tujuh bahagian yang dilabel sebagai "Monday", "Tuesday" dan seterusnya. Maka, bagi pembaca yang merungut tidak ada masa, bolehlah membaca satu bahagian sehari dan masih mampu menghabiskan pembacaan novel ini dalam masa seminggu.

Atau boleh juga dibaca dalam masa 45 hari (termasuk bahagian prolog). Bagaimanapun, Dipika menangani novel ini dengan "pancing naratif" yang sangat berjaya sehingga rata-rata pembaca tidak akan puas selagi belum menghabiskan keseluruhan novel.

Novel ini sudah dan sedang hangat diperkatakan di China, India, Thailand, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain. Dipika turut mengadakan sesi bersama pembaca di beberapa universiti tempatan sewaktu datang ke Malaysia pada November lalu.

Saya memilih untuk tidak mendedahkan terlalu banyak "rahsia" mengenai kisah-kisah dalam novel ini. Biarlah Dipika terus memancing perhatian anda menerusi naratifnya yang memukau.

* Nota: Novel ini boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman sesawang Amazon atau hubungi uthayasb@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

It’s the economy, stupid!

Posted: 09 Dec 2012 04:22 PM PST

DEC 10 — A health director-general is demoted for khalwat, two non-Muslims are summoned for the same, underage girls are legally married off, Hindu altars are demolished by non-Hindu officials in Selangor, fatwas on poco-poco are passed, guidelines on LGBTs are issued, Obedient Wives Clubs are organised and even the use of the word Allah is politicised.

In the meantime, corruption is on the rise, the cost of living is outpacing the growth in salaries, the number of bankruptcies is at an all-time high, affordable housing availability is on the decline, there are no English schoolbooks available for those wishing to continue with PPSMI and the drop in crude palm oil (CPO) prices is having a dramatic impact on export numbers.

In a multicultural, multi religious society, some amount of religious conflict is inevitable, as it is in the rest of the world by and large. But when politics and government place greater emphasis on policing the morals of the community than improving their economic and educational well-being, it is because they believe that is what their electorate wants.

But is this true? In the furore over hudud, khalwat and the like, it is the politicians who have been doing all the talking. But in the case of Lynas or Dong Zong or PAGE, in the face of official apathy, it is the ordinary voter who has been worried enough to take their issues to the streets to ask for justice.

Religion is truly the opiate of the masses. When times are good economically and the future looks even better, religion is largely a personal matter. In the boom years of the late '80s to the early '90s when the media was supine but real incomes were rising fast, religious matters were largely on the back burner. Every race knew what sensitive issues to avoid while trying to carve a better economic future.

But when real incomes stagnate and the media wakes up, all the economic mis-steps of the government become the focus of public anger. That is when politicians turn to religion to distract and segregate society. The religious bogey is immensely helpful in changing the focus of political debate from the economic betterment of all citizens to which political coalition can best safeguard the rights of various religious combinations.

The Jasmine Revolution and the Arab Spring were not about asking for more moral policing and religiosity in government, but an end to economic and social oppression under brutal, despotic dictatorships. The fact that traditionally conservative Muslim women were in the forefront of these movements is testimony to the level of anger. The conservative Christian Mitt Romney was no match for the gay marriage embracing Barack Obama, simply because the real issue in the election was not religion, but the economy. The lesson here is that voters today are increasingly demanding that the primary role of government is to help advance the economic agenda through providing citizens with access to world-class education, effective impartial policing, transparent governance and economic opportunities equally, while making sure that all citizens are allowed the freedom to practice their faith as they see fit.

If the Malaysian electorate as a whole is on the same page, expect a major setback for the hudud-first PAS government in Kelantan as well as for the party as a whole. Perceived weaknesses on the economic front as well as the backing from Perkasa should also lead to setbacks for BN at the federal level. Insistence on Ketuanan Melayu and Malay-first NEP-style rhetoric, which shifts affirmative action from the truly needy to those of a particular race, will not help either. At the federal level it may be a battle between BN and PR, but at the state level the next election will be a contest between all six major parties and their economic and religious worldviews.

Bread-and-butter issues matter now than ever before. Those political entities that have ignored them may be in for a rude shock soon.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved