The Malaysian Insider :: Bahasa |
Suspek kes cubaan rompak pasar raya mati ditembak polis Posted: 17 Dec 2012 02:14 AM PST KUALA LUMPUR, 17 Dis — Seorang remaja bersenjatakan parang mati ditembak polis dalam satu cubaan merompak sebuah pasar raya 24 jam di Taman Sri Rampai di sini, awal pagi tadi. Seorang remaja bersenjatakan parang mati ditembak polis dalam cubaan merompak sebuah pasararaya 24 jam. — Gambar AFP Beliau berkata ketika kejadian, seorang daripada mereka mengugut juruwang pasar raya itu dengan meletakkan parang di leher mangsa sehingga menyebabkan kecederaan ringan. "Apabila kedua-dua suspek menyedari kehadiran polis, mereka cuba melarikan diri dengan sebuah motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu," kata Khairi ketika dihubungi Bernama. Menurutnya, seorang daripada suspek terkena tembakan yang dilepaskan polis manakala seorang lagi berjaya melarikan diri. Mayat suspek dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. — Bernama |
Dap bukan parti anti Melayu — Lim Posted: 17 Dec 2012 02:12 AM PST GEORGE TOWN, 17 Dis — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) hari ini menegaskan bahawa DAP bukan parti antiMelayu hanya kerana tiada calon Melayu yang dipilih untuk menganggotai jawatankuasa tertinggi pusatnya (CEC).
Pada pemilihan parti semasa kongres kebangsaannya Sabtu lepas, tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu terpilih untuk jawatan di dalam CEC, bagaimanapun dua orang —Senator Ariffin S M Omar dan Zairil Khir Johari —dilantik anggota CEC kemudian. "Kami tidak mengawal siapa yang dipilih para perwakilan. Kami menerima keputusan (pemilihan itu). Ini adalah demokrasi," katanya. Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang menggesa media supaya menghentikan laporan yang boleh membangkitkan kebencian dalam kalangan masyarakat terhadap parti itu. "...bagaimanapun pihak ini juga yang mengkritik DAP hanya kerana kami melantik dua anggota Melayu ke CEC. Kami menerima keputusan dan pemilihan para perwakilan pada kongres kebangsaan itu," katanya kepada pemberita di sini. — Bernama |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan