Jumaat, 21 Disember 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


MTUC cadang guna sistem ‘G to G’ untuk pekerja asing

Posted: 21 Dec 2012 03:16 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Dis — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyokong polisi yang dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia berhubung pengambilan pekerja asing melalui kaedah "kerajaan kepada kerajaan" (Government to Government, atau G to G) bagi sektor perladangan.

Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor menjelaskan melalui satu kenyataan hari ini, pihaknya turut menetang sekeras-kerasnya cadangan Persatuan Pembantu Rumah Majikan Malaysia (MAMA) yang menuntut pasaran menentukan kadar dan bayaran pembantu rumah, kerana jelasnya ia bakal membawa kepada penderaan.

"MTUC membantah cadangan MAMA bahawa pasaran yang akan membuat ketentuan berhubung kadar bayaran pembantu rumah ... Ini bermakna agensi pembantu rumah akan memanipulasi kadar pengambilan tanpa sekatan.

"Majikan akan terbeban ... Ia tidak boleh diterima MTUC kerana cadangan MAMA itu hanya akan membawa kepada berlakunya penderaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Halim, tiada pekerja dalam mana-mana sektor sekalipun dikehendaki membayar sesen pun untuk bekerja.

"Sebaliknya mereka perlu dibayar untuk bekerja, bukan sebaliknya," katanya, dan menambah, ia merupakan senario terburuk di negara ini apabila kerajaan perlu mendengar tuntutan agensi akan menjadikannya lebih teruk.

Jelas beliau lagi, melalui skim G to G ini, kerajaan akan berupaya menghalang penglibatan "orang tengah" dan "agen".

"MTUC sangat bersetuju dengan kaedah ini kerana agen dilihat merupakan punca utama berlakunya eksploitasi tenaga kerja.

"Skim G to G ini harus diguna pakai di setiap sektor termasuk pekerja migran domestik," tambah Abdul Halim.

Abdul Halim berkata, melalui kaedah itu ia bukan sahaja mengurangkan kos, namun yang lebih penting mengurangkan siri-siri penderaan dan eksploitasi.

Apa guna ada Perjanjian persefahaman (MoU) sekiranya ianya tidak dilaksanakan?" soal Abdul Halim, merujuk kepada persetujuan antara Indonesia dan Malaysia dalam isu tersebut.

"Kenapa kita meminta agensi pembantu rumah yang menetapkan gaji dan majikan?"

Kadar bayaran yang dikenakan di bawah MoU berkenaan telah pun ditetapkan pada kadar RM4,511 ... namun agen berkata, mereka tidak mampu memperoleh untung dengan kadar sedemikian.

"Ia menunjukkan agen tidak berpuas hati dengan keuntungan mereka ... selagi orang tengah kekal, kerajaan tidak akan berupaya untuk mengurangkan kos pengambilan pekerja.

"Sekaligus mereka tidak dapat memastikan pekerja domestik diberikan gaji yang setimpal dengan tugas mereka," tegasnya.

Sehubungan itu jelasnya, bagi mencari jalan penyelesaiannya, MTUC mencadangkan kerajaan melaksanakan sistem G to G, dan sehingga semuanya selesai, gaji yang setaraf dengan kehidupan moden ini dilaksanakan.

"MTUC percaya, langkah positif seperti ini akan memastikan huungan yang baik antara pekerja domestik dan majikan, serta mengurangkan insiden penderaan," tambahnya.

Julia Perez mohon maaf selepas kritik drama Malaysia

Posted: 21 Dec 2012 01:56 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Dis — Selepas kritikan dan kecaman ke atas drama Malaysia yang dikatakan tidak berkualiti, artis terkenal, Julia Perez, memohon maaf semalam atas keterlanjuran kata-katanya tersebut.

Pelakon dari Indonesia tersebut berkata kata-kata beliau disalah erti dan tidak berniat menyinggung sesiapa terutamanya rakyat Malaysia.

Kenyataan yang mencetuskan kontroversi tersebut ialah: "Nunggu giliran take... sambil nonton sinetron Malaysia... oh my GOD... Indonesia kita jauuh majuuu... kita mahuu sekaliii... bangga jadi orang Indonesia."

Kenyataan maaf tersebut dinyatakan menerusi satu emel kepada Ketua Perniagaan dan Pemasaran Nusantara Seni Karya Sdn Bhd (NSK), Sofiyant Rahman.

"Saya meminta maaf kepada sesiapa saja sekiranya ianya telah melukakan perasaan anda," kata Julia.

Bimbang kontroversi itu bakal menjejaskan kariernya, Julia berharap perkara tersebut tidak diperbesarkan dan peluang diberikan kepada dirinya.

"Kedua-dua negara Indonesia dan Malaysia harus diberi peluang untuk berkembang, itu adalah satu keinginan saya secara peribadi," tambah beliau.

Kenyataan berani itu menarik perhatian ramai, termasuk Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), sehingga menimbulkan perang di laman sosial Twitter baru-baru ini.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved