Ahad, 23 Disember 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Polis buru bomoh disyaki rogol gadis 12 tahun

Posted: 23 Dec 2012 02:06 AM PST

ALOR SETAR, 23 Dis — Polis Kota Setar sedang memburu seorang lelaki berusia 64 tahun yang didakwa merogol seorang gadis bawah umur ketika mangsa mendapatkan rawatan tradisional daripadanya, dalam kejadian tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Md Jan berkata polis menjejaki suspek yang dikenali sebagai 'Walid' itu sejak Februari lepas, susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa. Gadis berusia 12 tahun itu mendakwa dirogol beberapa kali oleh bomoh tersebut ketika menjalani rawatan membuang sihir, di sebuah rumah sewa di Taman PKNK, Jalan Sultanah di sini antara September dan November lepas, katanya di sini hari ini.

Katanya polis mendapati suspek sudah berpindah keluar daripada rumah sewanya yang turut dijadikan pusat rawatan dan dipercayai berada di luar daerah ini.

Sementara itu, ibu mangsa yang ditemui pemberita, berkata anak saudaranya yang berusia 16 tahun juga mendakwa dicabul bomoh tersebut ketika menemani sepupunya menjalani rawatan berkenaan.

Dakwanya setiap kali rawatan, lelaki tersebut akan meminta untuk bersendirian dengan anak gadisnya di dalam sebuah bilik, kononnya bagi melancarkan proses rawatan.

"Selepas beberapa kali jalani rawatan anak saya cerita perkara sebenar yang dia dirogol oleh pengamal perubatan itu dan terus membuat pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

"Doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan anak saya," katanya. — Bernama

KPDNKK gerak 1,900 pegawai pantau harga barangan terkawal sempena Krismas

Posted: 23 Dec 2012 12:50 AM PST

KUALA LUMPUR, 23 Dis — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggerakkan seramai 1,900 anggota penguatkuasa dan 1,600 pegawai pemantau harga di seluruh negara bagi memastikan peniaga mematuhi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2012.

Timbalan Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata seramai 67,000 anggota skuad pengguna yang antaranya terdiri daripada surirumah dan pelajar turut membantu memantau harga barangan terkawal.

"Orang ramai juga boleh bersama membuat aduan mengenai peniaga yang tidak mematuhi skim tersebut menerusi e-mel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my atau talian bebas tol 1-800-886-800, SMS ke 15888 dengan menaip "KPDNKK ADUAN" <butiran aduan> atau lapor terus ke pejabat KPDNKK di seluruh negara," katanya selepas melawat Ben's Independent Grocer di Publika di sini, hari ini.

Lawatan itu dibuat bagi memantau penjualan 13 jenis barangan terkawal sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2012 yang bermula hari ini dan berakhir pada 27 Dis depan.

Antara barangan itu ialah ayam hidup dengan harga maksimum RM5.90 sekilogram, ayam standard (RM7/kg), ayam super (RM7.80/kg), ayam belanda import (RM23/kg) dan daging kambing tempatan bertulang. 

Barangan lain ialah daging kambing biri-biri import bertulang (RM19.50/kg), daging kambing biri-biri import tanpa tulang dan tidak termasuk paha (RM23/kg), daging paha kambing biri-biri import bertulang (RM24/kg), telur ayam gred A (35 sen sebiji), B (34 sen) dan C (33 sen), tomato(RM4/kg) serta lada benggala hijau (RM8.50/kg).

Rohani turut mengingatkan peniaga supaya meletakkan tanda harga berwarna merah jambu untuk barangan terbabit dan jika gagal boleh didenda sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000 bagi individu dan denda RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000 bagi syarikat.

Beliau berkata peniaga menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum pula boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

"Bagi syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun keutamaan kementerian adalah untuk mendidik daripada menghukum peniaga yang ingkar arahan agar peraturan yang ditetapkan itu dipatuhi. 

"Jika didapati seseorang peniaga itu melanggar peraturan, biasanya kita akan memberikan amaran terlebih dahulu dan baru mendenda sekiranya peniaga itu berdegil," katanya.

Menurutnya sebanyak 232 kes direkodkan berhubung pelanggaran skim tersebut iaitu 11 kes menjual melebihi harga maksimum, 166 kes kerana gagal menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu dan 55 kes tiada tanda harga langsung sepanjang tahun ini dengan nilai kompaun RM26,848.50.

Dalam pada itu, Rohani berkata kementerian bersedia untuk mengkaji semula kadar kompaun skim yang diperkenalkan sejak tahun 2000 itu terhadap peniaga yang ingkar.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita adakah kementerian bercadang untuk meningkatkan nilai kompaun terhadap peniaga yang tidak mematuhi skim tersebuut.

"Buat masa ini kita tidak berhasrat untuk meningkatkan kompaun tetapi kita bersedia untuk mengkaji semula dan akan mengambil perhatian serta mempertimbangkan cadangan untuk mengenakan denda yang lebih tinggi itu," katanya. —Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved