Selasa, 15 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Bank Islam mengatakan gantung staf adalah polisi jika terlibat dalam aktiviti politik

Posted: 15 Jan 2013 02:17 AM PST

Bank Islam mengatakan gantung staf adalah polisi jika terlibat dalam aktiviti politik

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Bank Islam hari ini berkata menjadi amalan bank tersebut untuk menggantung pekerja yang terlibat dengan aktiviti politik atau membuat kenyataan politik.

"Berdasarkan polisi Bank Islam Malaysia Berhad, sebarang staf tidak kira apa jawatannya, termasuk bahagian pengurusan, yang pihak Bank merasakan melanggar polisi dalaman Bank, akan digantung dengan dibayar gaji penuh, untuk meneruskan siasatan," kata bank dalam kenyataan satu perenggan bertarikh hari ini.

Kenyataan Bank Islam ini dikeluarkan sebagai respon kepada pertanyaan The Malaysian Insider berkenaan dengan penggantungan ketua penganalisis ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin (gambar) mengenai ramalan keputusan Pilihan Raya 2013.

Apabila dihubungi hari ini, pegawai Bank Islam berkata "polisi dalaman" bank tidak membenarkan pekerjanya menyertai aktiviti politik.

"Kami adalah entiti komersil, kita tidak dibenarkan [untuk menyertai] dalam kegiatan politik."

Pegawai tersebut berkata staf bank tidak boleh bercakap tentang hal politik apabila bercakap di khalayak ramai.

"Kami tidak memberi komen tentang isu politik atau yang berkaitan dengan perkara tersebut," kata pegawai tersebut.

Apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini, Azrul Azwar mengesahkan spekulasi bahawa Bank Islam telah menggantung perkhidmatannya sebagai ketua penganalisis ekonomi selepas ramalannya tentang keputusan Pilihan Raya 2013.

Apabila ditanya berapa lama penggantungan tersebut, beliau menjawab "Saya tidak pasti, mungkin selepas notis yang berikutnya."

Azrul Azwar minggu lalu dilaporkan akhbar Singapura The Straits Times menjangkakan kemenangan tipis kepada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya 2013 dan memberitahu tiga senario yang mungkin berlaku.

Selepas laporan berita tersebut disiarkan The Straits Times dan The Malaysian Insider, Bank Islam menjauhkan dirinya dari pandangan Azrul Azwar.

Kenyataan pengarah urusan Bank Islam Datuk Seri Zukri Samat pada 11 Januari kesal dengan laporan berita mengenai sebuah forum di Singapura yang mengaitkan bank dengan pandangan Azrul Azwar dan ramalannya.

"Untuk pengetahuan, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dengan forum tersebut.

"Pandangan yang dikeluarkan Azrul dalam forum tersebut adalah pandangan peribadinya dan tidak harus dikaitkan dengan Bank Islam," kata Zukri dalam kenyataan empat perenggan.

Dalam laporan The Straits Times, Azrul Azwar menjangka senario yang akan berlaku apabila Barisan Nasional hanya mampu memenangi 97 hingga 107 dari 222 kerusi parlimen, yang tidak cukup untuk sebuah kerajaan.

Tetapi keputusan tersebut juga bermakna PR hanya mempunyai sebuah kerajaan yang goyah, jauh dari majoriti yang sering diterima oleh musuh politik mereka.

Dua lagi senario yang dibentangkan Azrul Azwar ialah kemenangan tipis BN dan kemenangan lebih besar pada PR.

Azrul Azwar mengambil faktor seperti kaum dan demografik.

Beliau juga menjangkakan kemenangan tipis bagi PR, dimana pasaran saham akan jatuh kerana "kejutan" dan ketidakstabilan.

Beliau juga mengatakan akan berlakunya "sabotaj ekonomi" oleh peniaga dan pekerja awam yang bersama BN.

Di Facebook, NGO wanita ‘dengar, dengar, dengar’ menggelar Bawani ‘Ambiga kecil’

Posted: 15 Jan 2013 01:17 AM PST

Di Facebook, NGO wanita 'dengar, dengar, dengar' menggelar Bawani 'Ambiga kecil'

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Di ruangan siber, kerana kritikan pedas terhadap presidennya, Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) menyerang kembali dengan meletakkan pautan video di Facebook yang kini semakin popular di Internet, menunjukkan Sharifah Zohra Jabeen menyerang seorang pelajar universiti.

Kumpulan tersebut yang mendakwa sebuah badan bukan kerajaan, dengan bangganya meletakkan video perdebatan antara presidennya dengan seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dikenali sebagai Bawani K.S. yang digelar "Ambiga Kecil" dalam 'status' terbaru Facebook hari ini, menyamakan dengan pengerusi bersama Bersih dan peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan.

"full vid Sharifah hentam little ambiga...............tgk mcmana bavani lari......kikikiki [sic]," kata seorang "admin" di dalam Facebook yang menggunakan nama samaran "Ratu Naga".

Sharifah (gambar), dilihat memakai butang berlogo 1Malaysia yang dikaitkan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN), menyerang Bawani dalam klip video selama 25 minit dalam sebuah forum bulan lalu yang dimuatnaik dalam Youtube dan sebuah lagi laman sosial media minggu lalu.

Sementara Sharifah mendiamkan diri sejak klip video itu tersebar, SW1M berterusan menyerang secara agresif berkaitan episod video tersebut.

Dalam "post" yang berlainan, seorang lagi "admin" SW1M yang dikenali sebagai "Langsi" berkata tidak perlu memohon maaf kepada Bawani kerana dia mengganggu ucapan dalam forum tersebut.

"THERE IS NO NEED FOR HER TO APOLOGIZE TO BAVANI -- AS BAVANI NEED TO LEARN HOW TO RESPECT OTHER'S-- NGEH3 (Tidak perlu memohon maaf kepada Bavani, Bavani perlu belajar menghormati orang lain)," kata Langsi dalam "post" Facebooknya.

Seorang lagi "admin" yang menggunakan nama samaran "Mis Natrah" juga menyebelahi presiden SW1M itu dan menconteng gambar Bawani, dengan menuduh pelajar tersebut bercakap mengenai "cerita dongeng" dan tidak menghormati Sharifah, "have gut's [sic]" to teach her a lesson (berani dia nak mengajar orang).

Kumpulan yang mempertahankan presiden itu bagaimanapun dikritik pengikut Facebook yang mengkritik penggunaan Bahasa Inggeris para "admin" yang dikatakan lemah.

"Oh my!!! poor thing...you seriously need some intensive english lessons!!!(Oh, anda perlu belajar Bahasa Inggeris dengan lebih intensif)" kata seorang pengguna Facebook, Ashwin Johl.

"Whoahh..SW1M's powderful England,(Whoahh.. SW1M berterabur England)" kata seorang lagi yang dikenali sebagai Han Yang Toh.

Video itu bermula dengan pelajar universiti mengangkat sumpah dalam bahasa Inggeris sebelum pelajar tersebut, Bawani berdiri di mikrofon di auditorium yang penuh dengan orang ramai sebelum bercakap tentang keputusan mahkamah mengenai Bersih tahun lalu dan bertanya mengapa Malaysia gagal memberi pendidikan percuma seperti di beberapa negara lain.

Sharifah yang menjadi pengerusi majlis dalam forum tersebut, mencelah dan memberitahu kepada Bawani "Listen!(dengar!)" sebanyak 11 kali sebelum merampas mikrofon daripada Bawani bagi menghalang beliau dari bercakap lebih lama.

"Number one, when this is our programme, we allow you to speak,(nombor satu, ini program kami, kami yang benarkan kamu untuk bercakap," kata Sharifah Zohra Jabeen, dan kemudian menambah, "Number two, when I speak, you listen.(nombor dua, bila saya bercakap, awak dengar.)

Sharifah turut bertengkar dengan seorang lagi pelajar yang cuba untuk bersuara, dan bercakap berkali-kali "Let me speak"(biar saya bercakap) sebelum bertanya kepada orang ramai "Pelajar di dalam dewan, ada 2,300 pelajar. Did I give her respect? Did I give her respect? I came up to her, shook hands with her and gave her respect as another woman. Do you think I need to answer her question with this attitude?"(Adakah saya berikan dia penghormatan? Adakah saya berikan dia penghormatan? Saya datang kepadanya, bersalam dengannya dan menghormati dia seperti wanita lain. Anda rasa saya patut jawab soalannya dengan perangai begini?)

Beliau melabelkan pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai "anarkis", dan mengkritik pelajar tersebut apabila bercakap tentang pendidikan percuma dalam negara, dan memberitahu, "if you equate Malaysia to other countries, what are you doing in Malaysia?" "Go to Cuba, go to Argentina, go to Libya, go everywhere.(Jika kamu membandingkan Malaysia dengan negara lain, apa kamu buat di Malaysia? Pergi ke Cuba, pergi ke Argentina, pergi ke Libya, pergi kemana-mana).

"Because all the students in this hall are happy with whatever the government does for them,(Semua pelajar dalam dewan ini gembira dengan apa kerajaan lakukan pada mereka," katanya lagi dengan berkata Bawani mempunyai "a very least of (kurang) pendidikan".

Pelajar di universiti tempatan sejak akhir-akhir ini lantang bersuara mengkritik kerajaan, lebih-lebih lagi selepas pentadbiran Najib membenarkan pelajar untuk menyertai politik, dalam usaha menyokong generasi muda yang menjadi pengundi terbesar dalam kumpulan demografi.

Tahun lalu, sekumpulan pelajar berdemonstrasi seluruh negara menuntut kebebasan dan pendidikan percuma di universiti.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved