The Malaysian Insider :: Bahasa |
Bekas pegawai JPN pertahan beri IC kepada pendatang tanpa dokumen Posted: 17 Jan 2013 02:33 AM PST KOTA KINABALU, 17 Jan â Bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mempertahankan tindakannya memberi kad pengenalan biru kepada pendatang tanpa dokumen, menegaskan penduduk di pendalaman turut tidak mempunyai dokumen. Bekas pengarah JPN Sabah Datuk Abdul Rauf Sani memberi tahu inkuiri Suruhanjaya Di Raja berkenaan pendatang haram hari ini bahawa kebanyakannya yang tinggal di kawasan pendalaman Sabah seperti Kampung Buaian, Terian dan Ulu Pensiangan tidak mempunyai surat beranak. "Status mereka seperti pendatang," kata Rauf kepada RCI hari ini. "Apa bezanya mereka dan pendatang haram? Kesemua mereka tidak mempunyai dokumen," tambahnya. MENYUSUL LAGI |
Dr M pertahan beri kewarganegaraan kepada pendatang Sabah, bertegas ikut undang-undang Posted: 17 Jan 2013 02:23 AM PST Dr M pertahan beri kewarganegaraan kepada pendatang Sabah, bertegas ikut undang-undangBekas Perdana Menter Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di forum anjuran Sinar Harian pada 17 Jan 2013. â Gambar Oleh Choo Choy May Mahathir berkata selagi seseorang individu tersebut memenuhi syarat seperti fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan menetap di Malaysia mereka berhak untuk mendapat status sebagai rakyat Malaysia. "Semasa saya jadi perdana menteri, memanglah saya berkuasa menentukan pelaksanaan dasar kerajaan. "Kerajaan menerima warga asing jadi warganegara jika memenuhi syarat tertentu, malahan mereka yang berada disana bukan satu dua hari tetapi sudah 20-30 tahun dan mereka bercakap bahasa Melayu berhak jadi rakyat Malaysia," kata Mahathir semasa memberi maklum balas terhadap kenyataan saksi inkuiri Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram yang mengatakan pentadbirannya terlibat dalam pemberikan kad pengenalan di Sabah pada 1993-1994. Mahathir walaubagaimanapun mengakui terdapat pihak yang tidak senang dengan langkah pemberian kewarganegaraan tersebut tetapi menyatakan langkah tersebut dilakukan mengikut undang-undang. "Jadi, masalahnya ialah apabila ada orang tidak senang bila ada yang jadi rakyat Malaysia walaupun individu tersebut sudah lama menetap di Malaysia, itu yang timbul masalah. "Saya akui saya bagi (kewarganegaraan), di zaman pentadbiran saya ada diberikan," tambah Mahathir. MENYUSUL LAGI |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan