Isnin, 21 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Presiden KIMMA: Sharifah Zohra jangan larikan diri, tampil bertanggungjawab

Posted: 21 Jan 2013 02:44 AM PST

Presiden KIMMA menyarankan supaya Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin tidak lari dari masalah yang diwujudkannya. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 21 Jan — Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin tidak perlu melarikan diri sebaliknya perlu menyambut tawaran forum yang mengundangnya, kata Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Senator Datuk Syed Ibrahim Kader kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam laporan hari ini, Sharifah Zohra mengesahkan tidak akan menghadiri  forum "Kebebasan Akademik dan Hak Asasi" yang akan  diadakan esok di Dewan Perhimpunan Cina.

"Beliau (Sharifah Zohra) perlu berdepan dengan masalah yang diwujudkannya.

"Jangan larikan diri dan perlu tampil untuk nyatakan pendiriannya," kata Syed Ibrahim.

Syed Ibrahim turut menggesa untuk bertanggungjawab keatas perkara yang dicetuskannya memandangkan ia sudah tersebar luas  dan orang ramai memperkatakannya di dalam laman maya dan juga secara terbuka kerana sikapnya tersebut.

"Sharifah Zohra kena bertanggungjawab dan hadapinya," kata Syed Ibrahim.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim berkata Sharifah Zohra perlu perlu lakukan sesuatu untuk membersihkan namanya dan menerima  pelawaan daripada Bawani KS adalah platform terbaik untuk dirinya.

"Menerima pelawaan adalah langkah yang sewajarnya yang perlu diambil oleh Sharifah Zohra untuk membersihkan namanya.

"Ia adalah lebih baik daripada berlarutan," tambah beliau lagi.

Syed Ibrahim sebelum ini menegaskan Sharifah Zohra sudah tidak bersama lagi KIMMA dan sebarang kenyataan daripada bekas  ahli persatuan tersebut tidak mewakili KIMMA.

Forum "Seiringkah mahasiswa dan politik?" diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah pada 8 Disember lepas, akan tetapi hanya heboh selepas video tersebut dimasukkan di Youtube minggu lalu.

Klip video "listen,listen,listen" selama 24 minit itu memaparkan Sharifah Zohra menegur Bawani, yang membangkitkan kepada penganjur forum beberapa persoalan berikutan maklumat yang dikatakan Bawani tidak betul mengenai Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan dan Datuk A Samad Said.

Bawani juga menegaskan negara mampu untuk menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton.

Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah Zohra turun dari pentas dan berdiri di depannya namun Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah Zohra itu dan terus bercakap.

Sharifah Zohra kemudian berkata "listen" kira-kira 11 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar," kata Sharifah Zohra kepada Bawani.

Tindakan Sharifah Zohra telah menerima banyak kritikan daripada rakyat Malaysia yang menonton klip video tersebut sehingga menyebabkan berlaku apa yang digelar fenomena "listen, listen, listen".

Hari ini,  ahli majlis tertinggi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Ema Lee Abu Samah mengesahkan kepada The Malaysian Insider  bahawa Sharifah Zohra tidak akan hadir ke forum tersebut dan menegaskan sebabnya sudah dijelaskan dalam klip video yang dimuatnaik di laman Facebook SW1M.

Universiti perlu pelopori media sosial untuk pendidikan — Saifuddin

Posted: 21 Jan 2013 01:23 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Jan — Universiti di negara ini perlu mempelopori media sosial untuk pendidikan penuntut mengikut kesesuaian peredaran zaman.

Universiti di negara ini perlu mempelopori media sosial untuk pendidikan penuntut mengikut kesesuaian peredaran zaman. — Gambar AFP

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata media sosial bukan sahaja menjadi medium penghubung malah ia boleh menjadi medium pendidikan untuk penuntut dalam aktiviti pelajaran serta aktiviti kokurikulum mereka.

"Kita perlu berubah mengikut peredaran zaman, zaman kami dulu zaman mesin taip. Kini zaman pelajar adalah zaman komputer.

"Kemunculan kesedaran sosial bentuk baru di mana kerja-kerja sosial diberikan definisi baru seperti pendidikan mencintai negara atau patriotisme," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Persidangan Kebangsaan mengenai Urus Tadbir Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) dan Taylor's University, di sini hari ini.

Persidangan itu akan berlangsung selama tiga hari mulai 25 Feb di One World Hotel, Petaling Jaya yang akan menyentuh aspek kebolehpasaran graduan, pembudayaan keusahawanan dan kesukarelawan.

Terdahulu, Saifuddin melancarkan minggu ulang tahun penyelidikan fakulti perubatan UM ke-50 tahun, yang berlangsung selama tiga hari mulai hari ini.

Dalam ucapannya beliau meminta fakulti perubatan UM memainkan peranan utamanya mengenal pasti cabaran dan peluang untuk menggerakkan perubahan dalam masyarakat mengenai kesedaran kesihatan.

Dalam sidang media yang sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM, Prof Datuk Rohana Yusof menegaskan sekali lagi pihak universiti tidak pernah melarang pelajar menyertai perhimpunan aman.

"Pihak Universiti amat menghormati semangat Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan pihak kami hanya tidak menggalakkan pelajar disebabkan ia adalah minggu peperiksaan dan ia sama waktu dengan perhimpunan pada 12 Januari lalu," katanya sambil menasihatkan pelajar agar lebih mengutamakan pencapaian akademik mereka. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved