Isnin, 21 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Pengajaran Sharifah Zohra

Posted: 20 Jan 2013 03:48 PM PST

21 JAN — Reaksi orang ramai berikutan klip video "Listen Listen Listen" yang tersebar luas baru-baru ini adalah berbelah-bagi. Rata-rata masyarakat pelbagai kaum yang waras (ulang: waras) menyedari betapa Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin Albukhary telah memalukan diri serta pertubuhan yang diwakili.

Pada masa yang sama, ada juga puak etnosentrik yang bersikap "pantang menyerah kalah" lalu mula menggunakan ruang siber — khususnya Facebook — untuk menghina Bawani KS, mahasiswi tahun dua jurusan undang-undang di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Laman 'khas' dimulakan dengan jawatan baru Sharifah Zohra di Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M).

Insiden memalukan yang berlaku semasa forum "Seiringkah Mahasiswa dan Siswi dengan Politik?" di UUM pada 8 Disember 2012 seharusnya membuka mata pelbagai pihak; khususnya politikus yang suka membuka mulut tanpa berfikir. Malangnya, dalam kes ini, ramai anggota masyarakat yang memilih untuk melakukan serangan berbaur perkauman dan agama terhadap individu terbabit.

Sebenarnya, teknik mengasak dan mengacah untuk menakutkan orang — khususnya minoriti — bukanlah sesuatu yang baru. Saya pernah menghadiri perhimpunan membantah isu "Interlok" dipolitikkan anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malayaia (Gapena) dan NGO-NGO Melayu di Rumah Gapena, Kuala Lumpur pada 15 Januari 2011.

Walaupun saya hanya hadir sebagai penonton, saya dipaksa naik ke pentas untuk menjelaskan beberapa perkara. Ada pula kumpulan yang melakukan provokasi dan mengasak dengan laungan "Now! Now! Now!" bagi mendesak saya menjawab pertanyaan mereka. Paparan itu juga ada di YouTube tetapi tidak sehangat klip video UUM.

Situasi yang sebaliknya pula berlaku dalam kes melibatkan Bawani dan Sharifah Zohra. Bawani tidak diasak supaya bercakap; sebaliknya dihalang daripada bercakap. Sharifah Zohra tidak diasak supaya bercakap; tetapi dia membuat pilihan sendiri untuk menonjolkan tahap mentaliti sebenar.

Lebih menarik apabila klip video itu khabarnya dimuat naik ke YouTube dengan niat untuk menunjukkan "kehebatan" Sharifah Zohra dan "memalukan" Bawani yang merupakan seorang aktivis di dalam dan luar kampus. Akhirnya, senjata makan tuan dan kita semua sedia maklum apa yang berlaku.

Norhayati meminta maaf dengan cara yang mengeruhkan lagi keadaan.

Sharifah Zohra yang merupakan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) melakukan kesilapan demi kesilapan dalam insiden itu. Sebagai seorang perunding media, saya akan menasihatkan wanita itu supaya jangan bercakap sekiranya tidak tahu bercakap atau tidak ada apa-apa hujah. Bercakap adalah suatu seni dan kedudukan Sharifah Zohra sebagai presiden sebuah pertubuhan yang menggunakan logo "1 Malaysia" tidak memberikannya kelebihan dan hak untuk bercakap apa sahaja tanpa berfikir.

Selepas klip video itu tersebar luas dan pelbagai pihak meluahkan kemarahan, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan menerusi Twitter pada 14 Januari 2013: "This Jabeen lady DOES NOT represent BN" (Wanita Jabeen ini TIDAK mewakili BN). 

Umno, KIMMA tak mahu tanggung malu

Laporan media pada 9 Disember 2012 mengenai tuduhan Sharifah Zohra bahawa pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan adalah seorang anarkis masih menyebut wanita itu sebagai Timbalan Ketua Wanita Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Kebangsaan.

Bagaimanapun, pada 15 Januari 2013, The Malaysian Insider menyiarkan kenyataan rasmi Presiden KIMMA, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader yang mengesahkan, "kami memang tahu tentang sikap liar dan agresif beliau ini dan susah nak kawal beliau ini. Namun, beliau kini tidak berada dalam parti lagi".

SW1M juga mengeluarkan kenyataan menerusi Twitter pada 15 Januari 2013 untuk membela presidennya: "Hanya kerana seorang student yg xmo diam apabila diberi microphone kecoh cytroo2 pr semua." Terjemahan: "Hanya kerana seorang pelajar yang tidak mahu diam apabila diberi mikrofon, kecoh semua tentera siber Pakatan Rakyat."

Mungkin SW1M tidak sedar bahawa reaksi yang diterima tiada kaitan dengan mana-mana parti politik. Memandangkan Barisan Nasional (BN; juga "Bar1san Nas1onal") dan KIMMA sudah tidak lagi mengaku Sharifah Zohra ada kaitan dengan mereka, maka ada pula usaha menuduh pembangkang dalam isu yang timbul. Tindakan tidak bijak demi tidakan tidak bijak terus dilakukan Sharifah Zohra dan SW1M.

Pengerusi National Indian Rights Action Team (NIAT; dulu National Interlok Action Team), Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim turut mengeluarkan kenyataan di Facebook untuk mengesahkan Sharifah Zohra tidak lagi bersama KIMMA. 

"She is a Pakistani lady from Gombak and reliable sources tell me that she is planted by Umno to humiliate the Indian community. She was booted out of KIMMA," katanya. Terjemahan: "Dia seorang wanita Pakistan dari Gombak dan sumber-sumber yang boleh dipercayai memberitahu saya bahawa dia 'ditanam' oleh Umno untuk menghina masyarakat India. Dia sudah ditendang keluar dari KIMMA."

Facebook menjadi tempat membuat kenyataan dan memohon maaf.

Dalam satu lagi insiden susulan, seorang ahli Wanita Umno bernama Norhayati Saiddin menulis di Facebook: "Deii Bawani.. kalau mau pendidikan percuma tanggechi pergi ler belajar sana India… you mother land.. sana tanggechi boleh dapat pree… ammakk!! Untung lorrr… dulu India banyak duduk estet… itu jamban pun lu orang tarak tau… sekarang India org banyak mahu sebab itu BN ada perintah ini negeri."

Kebodohan dan sikap menghina yang ditonjolkan secara terbuka oleh wanita itu mendapat bantahan masyarakat pelbagai kaum dan agama. Susulan daripada itu, Norhayati mengeluarkan kenyataan memohon maaf pada 16 Januari 2013:

"Kepada semua kawan2 saya yg berbangsa India. Maafkan saya jika komen saya membuat anda semua tidak selesa. Saya telah meminta maaf pada hari yg saya berhujah dan saya juga telah jelaskan perkara yg sebenar. Dalam komen saya itu saya tidak pernah suruh Bawani balik tapi saya ada suruh dia pergi ke India belajar di sana kalau nak percuma dan mengenai perkara JAMBAN pula kita kena akui semasa awal kemerdekaan kita semua mana kenal tandas dan selepas negara tgh membangun barulah kita menikmati kemudahan2 tersebut!"

Pada pemerhatian saya, Umno dan sekutu tidak memerlukan "pembangkang" untuk menumbangkan BN. Isu Altantuya Shaariibuu juga sudah tidak perlu. "Orang dalam" seperti Sharifah Zohra dan Norhayati sudah lebih daripada mencukupi. NGO-NGO yang sewenang-wenangnya menggunakan logo "1 Malaysia" memadai untuk menghancurkan gagasan murni itu.

Usaha tumbangkan BN, Umno?

Sebelum ini, ada pemerhati politik yang mengeluarkan pendapat bahawa timbalannya sendiri mungkin (ulang: mungkin) sedang cuba "menjatuhkan" Datuk Seri Najib Razak; khususnya dalam isu "Malay first vs Malaysian first" (2010) dan teks "Interlok: Edisi Murid" (2010). Akan tetapi, rasa-rasanya "nyamuk-nyamuk" seperti Sharifah Zohra dan Norhayati sudah memadai untuk menumbangkan BN dan menghancurkan Umno buat selama-lamanya.

Najib selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno sepatutnya meminta (menasihatkan, merayu, mengarahkan atau mewajibkan) para ahli, penyokong dan NGO pro-BN supaya menutup mulut; sekurang-kurangnya sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 selesai. 

Akan tetapi, saya tidak menolak kemungkinan Sharifah Zohra (atau nama manjanya Nikki Da Best) merampas mikrofon daripada Najib dan berkata: "Listen Listen Listen Listen Listen …"

Pengguna perlu berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Semasa isu novel Komsas "Interlok: Edisi Murid" muncul, ada puak dan juak-juak yang menuduh saya menjadi dalang. Kononnya saya dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) adalah golongan anti-Melayu dan anti-Islam. Kempen sama diteruskan apabila kami mengusahakan aktiviti berbentuk perpaduan kaum dan agama, serta berusaha memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai milik Bangsa Malaysia. Pada Julai 2012, seorang budak hingusan tampil dengan "Sifir Mudah Mengapa Perjuangan Kavyan Mesti Ditolak"!

Seorang penulis Bukan Melayu yang sangat terkenal dalam kalangan penulis dan pembaca Melayu menghantar SMS kepada saya pada Januari 2011 untuk memberi maklumat: "Semua yg dtg dngan si XYZ [nama dibuang] yg cetek ilmu tu, guna frasa yg sama trhadap Uthaya. Tak habis-habis otak sempit, fikiran dangkal dan perangai pelik mereka. Berkali-kali kumpulan si XYZ tu datang pada saya memberi tahu saya, 'ni semua kerja Uthaya'."

Terbaru, apabila Patrick Teoh didapati mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan agama di Facebook, nama saya juga yang diseret masuk. Seolah-olah sayalah punca bagi segala masalah; termasuk masalah jamban tersumbat di rumah orang.

"Itu pasal bro Pyan, ..kita ni 'konon sporting' sgt! mmg lahanat la depa ni.. sekoq lg anak indu paria keling uthaya sankar.. yang orang kita pon punya la dok sokong.. konon2 abes intelektual sgt dah..," komen individu bernama Huya Fattah (Hamada Gang) apabila seorang rakan penulis meluahkan kekecewaan terhadap tindakan Teoh.

Bagi membantu pemahaman, terjemahan kata-kata itu adalah begini: "That's the thing, Brother Pyan. … We're supposedly too sporting! Those people (non-Malays) are a damned lot. Another one is this Hindu Pariah Keling Uthaya Sankar. Our people (Malays) are also supporting him; supposedly an intellectual person."

Apabila rakan-rakan mahu menulis sebarang komen pada dinding Facebook saya, syarat utama yang diletakkan adalah supaya mereka memastikan penggunaan bahasa yang betul. Dengan cara itu, saya berharap semua orang (termasuk diri saya) akan membaca semula dan menilai apa yang ditulis sebelum menekan butang "post".

Benarlah kata orang tua-tua: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Apatah lagi kata-kata itu sudah tersebar menerusi ruang siber tanpa sempadan. Semoga kekhilafan Sharifah Zohra, Norhayati, Teoh dan Huya menjadi pengajaran berguna kepada kita semua; dengan izin Tuhan.

* Uthaya Sankar SB adalah pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.

Time ripe for Muslim TED Talks

Posted: 20 Jan 2013 03:31 PM PST

JAN 21 — "A mind once stretched by a new idea never regains its original dimensions." — Oliver Wendell Holmes 

A close friend suggested that I present something on Islamic finance and the halal sector on TED Talks, and my immediate reaction was, "Huh, what's the story?"

Background: I gave a presentation on Islamic finance at Bold Talks in Dubai in 2011, and Islamic finance cannot (today) compete for an audience's sustained attention (not for long at least) when competing against presentations from an ex-prisoner and ex-guard from Guantanamo Bay, or facing the challenges of getting photos of environmental damage from the BP oil spill, or the battle of evil and good forces highlighted in the Stanford Prison Experiment, and other inspiring and insightful human stories.

Islamic finance may be about ethics, financial inclusion, equitable treatment, etc., but it has not resulted in a compelling human interest story yet. It has not changed disasters into happy or humane endings. It has not delinked from being "curious or press release news" to being part of the business section in newspapers.

Today, people ask, which Muslim country has eradicated poverty? Has it financed healthcare to reduce deaths of infants, increasing mortality rates and saving mothers in labour, say in African/Asian countries? Has it help finance a knowledge-based economy (via venture capital)? Has it rescued conventionally indebted people from foreclosure, fines or debtor's incarceration? Has it financed to save the environment or even saved those affected from environmental disasters?

The answers to these questions are an article for another day.

After my presentation, no, it was not on prohibition against interest and pork, halal certification or the length of a scholar's beard (before someone decides to comment that this is a rant on halal and being too Islamic), I got the customary polite golf clap, and left the stage feeling empty.

So, a re-do is not on the cards for TED Talks. But, there is a potentially more interesting angle and story for the TED Talks platform.

TED

The TED website states: "TED is a non-profit organisation devoted to ideas worth spreading. It started out (in 1984) as a conference, bringing together people from three worlds: Technology, Entertainment, Design." It goes on to say:

"We believe passionately in the power of ideas to change attitudes, lives and ultimately, the world .... building a clearinghouse that offers free knowledge and inspiration from the world's most inspired thinkers, and also a community of curious souls to engage with ideas and each other.'

There are number of TEDs:

● TEDActive for community building

● TEDGlobal is the summer conference held in places like Oxford, Tanzania, and now its permanent home in Scotland.

● TEDIndia was about hosting events in countries that could lead regions.

● TEDWomen asking question on how girls and women ae reshaping the future.

What about TEDOIC

OIC stands for Organisation of the Islamic Conference, 57 in all and with a total population of 1.8 billion-plus and combined GDP (at purchasing power parity, PPP) of US$7,740 billion (RM23,220 billion).

So why isn't there a TEDOiC for the "man on the street" as an alternative to the glitz and glamour of the Swiss-based World Economic Forum (WEF), often held in places like Sharm el-Shaik, Egypt and Petra, Jordan. The OIC, as a whole, has yet to unleash its true potential as a "regional" bloc of countries or have a far-reaching impact globally. It has not been taken seriously by the world at large as well as in many parts of the Muslim world as they feel it has yet to deliver meaningful solutions for its constituents' many unending challenges. Today, many of the Muslim countries are often the source of today's many challenges.

This said, these challenges are really disguised opportunities, and when you bring the "world's most inspired thinkers" onto one platform and give them 18 minutes to present not many audience members will leave early.

Imagine the world's leading and respected thinkers congregating and doing mini-presentations on not the problems in the OIC, but possible ways forward? What a world of solutions we could congregate! If nothing else, it's an approach that has yet to be tried, so we only have everything to gain and the status quo to lose.

Yes, it's acknowledged, we have the important World Economic Islamic Forum (WEIF) and the OIC Forum, however, TED Talks is not an Islamic/Muslim platform, hence, the neutral credibility.

Ideas as change agent

TED is owned by Sapling Foundation, a non-profit entity. The goal of the foundation is "...  a belief that there is no greater force for changing the world than a powerful idea." It goes on to say, "... An idea can be created out of nothing except an inspired imagination ... weighs nothing ... transferred across world at speed of light at virtually zero cost ... when received by prepared mind, can have extraordinary impact ... of the world ... alter behaviour ... and cause the mind to pass other ideas..."

The Muslim world is not in need of ideas, as there are many brilliant Muslims, young, old, men and women all included. What is needed is a neutral platform (in the tribal Muslim world) that sparks ideas into viable plans that get funded and eventually executed without pilferages, we hope!

The facilitators are the needed sparks and the TED platform can be the credible foundation to start this. But, the platform has to be hosted, akin to having a TED franchise in the first Muslim country (I believe).

TEDMalaysia?

Among the 57 Muslim countries, having visited about 20 of them, the time is right for TED Talks in Dubai or Malaysia. Malaysia, a multi-cultural, ethnic and religious society with a robust and vociferous (online) media, could be a better launch pad. There is a correlation between ideas and a "multi-party" democracy generating quality of life ideas and ensuing ideals. 

This is an election year in Malaysia. Elections used to be about slogans in the early years, but now they are about the market place of ideas.

What a great opportunity to have global thinkers including those from Malaysia come to Malaysia and present blueprint ideas that build Malaysia, specifically, and the OIC, generally.

Conclusion

Shall I make the initial call to the good folks at TED Talks about Malaysia?

The second call is for a Malaysian thinker or friends of Malaysia (FoM) to join the TED Talks Brain Trust, to be with the likes of the founders of Google, Microsoft, Amazon, chancellor of Kabul University, and others.

Finally, in the words of William James:

"A new idea is first condemned as ridiculous and then dismissed as trivial, until finally, it becomes what everybody knows."

* This is the personal opinion of the columnist.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved