Jumaat, 25 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Ahmad Zahid fail saman fitnah terhadap Rafizi

Posted: 25 Jan 2013 02:26 AM PST

KUALA LUMPUR, 25 Jan — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli (gambar) berhubung satu artikel di dalam laman blog.

Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut pernyataan tuntutan, Dr Ahmad Zahid mendakwa Mohd Rafizi (defendan) menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Katanya Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman Internet.

Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai

Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.

Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain. — Bernama

Polis: 75 peratus pasti, mayat adalah Wiliam Yau

Posted: 25 Jan 2013 02:21 AM PST

SUBANG JAYA, 25 Jan — Polis memberi kepastian hampir 75 peratus bahawa mayat kanak-kanak yang ditemui di Pelabuhan Klang adalah William Yau.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Ramli bekata kepada The Star, ia berikutan keluarga William telah mengenalpasti mayat mangsa berdasarkan parut di hadapan dan belakang kepala serta seluar pendek yang dipakainya.

Keputusan post-mortem tidak boleh menentukan punca kematian kerana keadaan mayat yang telah reput.

Bagaimanapun, berdasarkan keadaan mayat, kesimpulan boleh dibuat kanak-kanak lelaki itu sudah mati selama seminggu.

ACP Yahaya berkata, keluarga mangsa hadir ketika bedah siasat dilakukan ke atas mayat tersebut.

Bercakap kepada para pemberita di Balai Polis Subang Jaya di sini, ACP Yahaya menambah, tidak terdapat tanda-tanda kecederaan luaran yang ditemui kecuali tanda-tanda bekas gigitan.

"Jadi pihak kami mengandaikan yang kesan gigitan itu adalah gigitan haiwan ketika mayat mangsa terapung di dalam sungai.

"Bagaimanapun, pihak polis tidak boleh memberi kepastian seratus peratus sehinggalah keputusan DNA keluar...mungkin Isnin ini," katanya dipetik dari portal The Star.

Menurut beliau lagi, teori polis setakat ini adalah mayat mangsa mungkin terapung dan dibawa arus sejauh 30km di Sungai Klang dari Bukit Lanchong (kawasan kampung bersebelahan dengan Putra Heights) sebelum ia tersangkut pada enjin boat berdekatan Jeti Kampung Sungai Sireh di Pelabuhan Klang.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved