Jumaat, 25 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Aaron Swartz dan tragedi kepada masa hadapan

Posted: 24 Jan 2013 04:09 PM PST

25 JAN — "There's a battle going on right now, a battle to define everything that happens on the Internet in terms of traditional things the law understands." — Aaron Swartz (1986-2013).

November 2010, Aaron Swartz sembunyi meletakkan laptopnya di dalam sebuah almari wayar yang tidak berkunci di mana "homeless" meletakkan barangan mereka. Swartz menyembunyikan laptopnya di dalam sebuah kotak dan menyambungkannya secara terus ke dalam talian rangkaian Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Niatnya jelas, memuat turun seberapa banyak yang boleh pelbagai dokumen dari jurnal akademik dikenali sebaga JSTOR yang hanya membenarkan pelanggan berdaftar untuk mengakases. Swartz percaya ia adalah sesuatu yang menyalahi moral untuk membenarkan ilmu yang berada di dalam laman tersebut, selalunya dibiaya oleh "public funding"; diakses hanya sebahagian orang yang mempunyai duit. Ilmu tersebut menurutnya perlu diberi secara percuma kepada awam.

Lebih menarik, Swartz mempunyai akses ke dalam laman tersebut dan tidak memerlukan dirinya untuk menceroboh masuk. Skrip beliau yang dikenali sebagai "keepgrabbing.py" membebaskan sehingga 4.8 juta artikel dalam masa yang cukup pantas. Menyambungkan laptop secara terus ke dalam talian adalah usaha terakhir beliau setelah beberapa kali disekat oleh MIT daripada aktiviti "membebaskan fail terhad".

Genius

Ketika umurnya 13 tahun, Swartz membina "theinfo.org", sebuah laman dengan konsep Wikipedia (sebelum Wikipedia diperkenalkan!) yang mengandungi pelbagai ilmu mengenai dunia di dalamnya. Setahun selepas itu beliau kemudiannya bekerja dengan Tim Berners-Lee, pencipta World Wide Web untuk melancarkan Semantic Web, sebuah pelantar untuk meningkatkan keupayaan perkongsian fail serta mengembangkan RSS 1.0. Juga di bawah inisiatif beliau ialah Creative Common yang memudahkan "copyright licensing".

Pada 2008, Swartz membina sebuah program untuk memuat naik sehingga 20 juta dokumen dari Public Access to Court Electronic Records  (PACER) dengan bayaran hanya 10 sen setiap helai untuk diakses. Menggunakan kepakarannya dan rangkaian dengan aktivis lain, beliau akhirnya berjaya menjadikan semua dokumen tersebut diakses secara pecuma kepada awam.  

Swartz berhenti dari Stanford University selepas setahun pengajian. Beliau kemudiannya menjadi felo di Edmond J. Safra Centre for Ethics, Harvard University dan bekerja dengan profesor undang-undang dan aktivis terkenal, Lawrence Lessig. Bersama-sama Lessig beliau membangunkan Creative Commons dan Rootstrikes.

Aktivis

Zaman ini manusia belajar untuk membina generasi sosial yang paling toleran di antara satu sama lain. Sejarah akan menilai sikap kritis kita terhadap teknologi terutamanya Internet yang memainkan peranan penting dalam perkembangan manusia melalui pendedahan perspektif dunia, cerita dan maklumat yang pelbagai. Dengan jumlah penduduk terbesar, Internet juga membuktikan teknologi pada hari ini difahami menurut undang-undang lapuk yang ketinggalan zaman. Manusia rupa-rupanya masih menggunakan undang-undang yang sama 100 tahun lepas terhadap teknologi yang telah mengalami evolusi.

Majalah Forbes di dalam laporannya pada 16 Januari membayangkan dunia kehilangan seorang bintang yang paling menyerlah ketika sistem kehakiman secara melulu mendakwa pencerobohan hak cipta intelek lebih besar dosanya daripada melakukan jenayah terhadap masyarakat. 

Tarun Wadhwa yang menulis laporan tersebut meneruskan dengan menyifatkan tindakan "powerful acts of civil disobedience" Swartz sangat jarang dapat dilihat pada generasi kini dan memberi "monumental impact" kepada dunia walaupun jangka hayatnya pendek. Usaha Swartz untuk membebaskan maklumat dari laman JSTOR dan PACER telah menjadikannya lagenda di kalangan aktivis Internet. Swartz juga adalah pemimpin awal di Reddit.com, sebuah portal gergasi para aktivis yang kemudiannya membentuk gerakan politik Internet dunia.

Reddit.com kemudiannya dijual kepada gergasi Conde Nast pada 2006. Berasa tidak cukup, Swartz menubuhkan Demand Progress yang menjadikan pertentangan di antara pemain industri hiburan dan aktivis Internet "epik" pada 2011-2012 berikutan pengenalan undang-undang anti cetak rompak dalam talian oleh kerajaan US melibatkan pemain besar seperti Time Warner.

Perkembangan maklumat pada zaman ini telah memberi definisi baharu kepada sistem sosial melibatkan Internet. Kita menyaksikan pelbagai industri akhirnya terpaksa akur bahawa data-data sedia ada boleh dikongsi ke dalam talian. Dari satu ekstrim kita sebenarnya keliru terhadap halangan artifisial yang memaksa kita mendedahkan sebahagian maklumat hanya kepada orang tertentu sahaja.

Sebagai pencipta RSS pada awal umurnya dan pengasas Reddit.com, Swartz mungkin salah seorang dari jutawan pada hari ini seperti Zuckerberg. Tetapi sebagai aktivis, Swartz tidak berminat dengan kemewahan. Untuk dirinya, cukup dengan dunia yang lebih bebas, terbuka dan progresif.

Planet3.org di dalam artikel memorial mereka menjelaskan mengapa sikap "open access" sebagaimana yang diperjuangkan Swartz perlu difahami orang ramai: "The general philosophy behind open access is that publicly funded research should be publicly available. But it is much more than an idea of fiscal accountability. Opening access to research is the only way we as a global community will be able to solve the world's biggest problems." Laman ini juga menyentuh mengenai kos langganan yang tidak munasabah: "The insurmountable subscription cost of high-end journals has effectively shut out many researchers worldwide. Having a large proportion of the international research community unable to access research results is like trying to untie a knot with one hand."

Tragedi

Keluarga Swartz melalui ayahnya, Robert Swartz di dalam laman Idealist Revolution mengingatkan sifat ingin tahu, kreativiti dan kepintaran mencerahkan dunia. Sikap empati, kecintaan terhadap masyarakat serta keengganan beliau untuk menerima ketidakadilan adalah komitmen beliau terhadap keadilan sosial. Kemahirannya sebagai "programmer" dan pembangun teknologi tidak digunakan terhadap dirinya tetapi untuk menjadikan Internet dan dunia sebagai tempat yang lebih adil untuk diduduki.

Kes pendakwaan terhadap Swartz telah mendedahkan sisi buruk sistem keadilan dan undang-undang kepada dunia. Paling menyedihkan, Swartz yang mewakili jutaan masyarakat dalam talian untuk hak mempunyai maklumat yang setara ditentang oleh undang-undang yang mewakili syarikat gergasi dan pemain industri yang akan mendapat keuntungan berbilion US Dolar setahun.

Untuk aktivis Internet, Swartz bukan sahaja mempamerkan kepercayaan dan integriti individu, tetapi telah membawa dimensi baharu terhadap tenaga aktivisme di kalangan penggiat kempen. Sebagai idealis,kebanyakan tulisannya merujuk kepada sikap tidak puas hati terhadap apa yang berlaku di sekeliling. Dan beliau adalah satu-satunya di antara yang mampu menjana perubahan yang diinginya.

11 Januari yang lalu menandakan detik penting buat dunia dan masa depan khasnya. Aaron Swartz dijumpai mati di dalam apartmentnya di Brooklyn, New York. Jeff Jarvis di dalam "Buzzmachine.com" menyatakan: "And Aaron Swartz has taught me that content must not be the end game for knowledge. Why does knowledge become an article in a journal — or that which fills a book or a publication — except for people to use it? And only when they use it does content become the tool it should be. Not using knowledge is an offence to it. If it cannot fly free beyond the confines of content, knowledge cannot reach its full value through collaboration, correction, inspiration, and use."

Tragedi ini akan diingati oleh generasi manusia pada masa hadapan sebagai tragedi di antara sikap ortodoks manusia, undang-undang konservatif terhadap teknologi dan sikap penting diri segolongan kecil manusia yang memegang kunci keadilan. Dunia belajar pada hari ini hak asasi manusia untuk mendapat maklumat perlu diperjuangkan, terutamanya menentang sebahagian kecil golongan kapitalis yang saban hari menindas masyarakat. 

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.

Digital isn’t the death sentence for Newsweek

Posted: 24 Jan 2013 03:53 PM PST

JAN 25 — I've been looking high and low for the last printed edition of Newsweek since the end of December 2012 all around the Klang Valley, but have been unlucky.

I had basically given up, when lo and behold, I see stacks of it two days ago at a newsstand in Kota Kinabalu where I had been shooting a documentary for the past week.

So I bought a couple of copies (who knows, it might become a valuable collector's item in a couple of years) and sat myself down at a coffee shop to go through it.

Here's a little bit of backgrounder for those who are not familiar. Newsweek is a news and current affairs magazine that has been around for 79 years, and is a bitter rival of Time.

Due to the pressures of technological and market evolution, they have made the decision to cease their print edition and concentrate only on their digital version.

This isn't much of a surprise considering that hundreds of newspapers and magazines have been forced to stop operations because of the dwindling circulation and sales in the Internet age.

Newsweek itself had an international circulation of four million copies in 2003. By 2010, this number dropped to 1.5 million. That is definitely a huge drop.

But Newsweek is an institution. Back in the day, they had their own building which was so prominent in the New York City skyline. They were (still is!) a respected journalistic organisation.

I started browsing through the magazine in my teens (but Ride BMX and BMX Plus! were still my favourites in those days!), and became a regular reader as I got older.

So naturally, I would have to have its last print edition, and when I finally got my hands on it (after giving up and feeling despair in KL), I felt very excited indeed.

The cover was of a hashtag that read '#lastprintissue'. Not bad, I thought. Mocking their own situation and a good play on words and symbols.

Then I proceeded to read it cover to cover. And that is when I started getting more and more disappointed after every page that I turned over.

The entire issue was like an eulogy. Every article in it by all the writers was reminiscing about the good old days. The mood was so nostalgic, sombre and grey that I was afraid David Ansen was suicidal!

I was disappointed and irritated. Newsweek was a part of my early journalism influence and I was expecting so much more from them.

The Newsweek team should view their move to being exclusively digital as a rebirth and not a funeral. They were moving on and advancing. Not accepting defeat.

And this may be a mistaken perception by many people, the public and media organisations included. They need to get it into their heads that change is positive.

Many decades ago, NBC was a radio station. The made a lot of money. Then TV came about and they panicked. So they started a TV station. Then the Internet came about and they panicked. So they started a website.

They changed the way they presented their content along with the change in time. They realised that their constant commodity was in news and content. The medium wasn't important.

But the ability to adapt and present content in the new medium is important. It really isn't that difficult to do. It just requires a little bit thinking and innovation.

Newsweek already has an iPad edition even before stopping its presses. It's pretty okay as far as reading the printed word and looking at still photographs is concerned.

I have a subscription, and so do 44,000 other people around the world. Newsweek can most probably count on their existing print subscribers to migrate over to digital (their accounts will be migrated automatically).

But now that they are focusing fully on digital, they will need to up the ante and start becoming more multimedia. They will have to be more adept at using different tools to tell stories.

Writers will need to take photographs. Still photographers will need to record video, or whatever combination necessary. And editors will need to visualise stories in terms of all these elements.

It shouldn't be that difficult for Newsweek since they have The Daily Beast on their side, which is their management's digital news and current affairs arm.

After all that has been said and done, I will still be a Newsweek reader. I've always enjoyed their style of journalism and I think I always will.

I was just disappointed in the way they perceive their change, and I hope that it doesn't represent their spirit as they enter their new age. Just don't be afraid.

At least they have a strong journalistic tradition, unlike that over-hyped, Murdoch-run, doozy that is The Daily. I wonder what that team is doing now?

* This is the personal opinion of the columnist.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved