The Malaysian Insider :: Bahasa |
Najib: Pemecatan Nasha ada kaitan lawatan ke Gaza Posted: 28 Jan 2013 02:56 AM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. — Gambar oleh Siow Feng Saw Menurut Najib, keputusan tersebut yang diumumkan sejurus selepas kepulangan dari Gaza mengukuhkan lagi persepsi terhadap dakwaan tersebut. "Waktu pengumuman pemecatan beliau (Nasharuddin) setelah kembali ke tanahair selepas ke Gaza memberi persepsi ianya ada kaitan dengan lawatan tersebut," kata perdana menteri dalam satu sidang media petang ini Najib juga menyifatkan alasan PAS yang mengatakan pemecatan tersebut dilakukan selepas menimbang semua perkara juga tidak munasabah dan menambah langkah tersebut adalah hanya kerana Nasharuddin berbeza pendapat dengan parti Islam tersebut. "Nasha adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah. "Dia pentingkan kepada perpaduan mewujudkan satu ummah, ini pendirian dia," tambah Najib lagi. Selain itu, Najib juga melahirkan rasa simpatinya ke atas Nasharuddin walaupun usahanya selama ini adalah bertujuan untuk kebaikan semua pihak tetapi disalahtafsir oleh pembangkang yang hanya mementingkan kuasa. "Nampaknya dia telah diambil tindakan walaupun dia mempunyai niat yang murni. "Dalam perjumpaan dengan saya dia tidak mengutuk mana-mana pihak," terang Najib merujuk kepada Nasharuddin yang mengiringinya ke Gaza baru-baru ini dalam misi kemanusiaan. MENYUSUL LAGI |
Program ‘Jelajah Anak Malaysia’ jadi penghubung kerajaan dan rakyat Posted: 28 Jan 2013 02:06 AM PST KUALA LUMPUR, 28 Jan — Program 'Jelajah Anak Malaysia' yang disertai gabungan 46 badan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa dan belia bermula Rabu ini akan bertindak sebagai agen penghubung antara kerajaan dan rakyat. Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) Mohd Shahar Abdullah berkata penganjuran program itu tahun ini juga dilihat lebih bersifat mendekati dan mendampingi rakyat di peringkat akar umbi sama ada di bandar mahupun luar bandar. Beliau berkata program yang sebelum ini dikenali 'Jelajah Aman Kampus' itu sekali lagi digerakkan bagi memperkasa jaringan generasi muda demi memastikan suara dan pemikiran mereka terarah kepada satu matlamat iaitu demi kepentingan rakyat dan negara. "Justeru kita tambah baik penganjurannya tahun ini dengan memasukkan aktiviti yang dinamakan 'rakyat service centre' (pusat khidmat rakyat) dengan kita berjaya kumpul 16 agensi kerajaan untuk membuka kaunter perkhidmatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Katanya, program yang dirangka dalam tiga fasa itu akan menjelajah selama 18 hari ke beberapa lokasi, bermula di Putrajaya, Rabu ini. Fasa kedua program melibatkan jelajah ke Sarawak bermula pada 25 Februari hingga 3 Mac, manakala fasa terakhir iaitu jelajah ke Sabah berlangsung dari 5 hingga 12 Mac. — Bernama |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan