Isnin, 7 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Perimau buat laporan polis berhubung akaun Facebook hina Islam

Posted: 07 Jan 2013 12:41 AM PST

JOHOR BAHARU, 7 Jan — Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu (Perimau) hari ini membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa bertindak terhadap pemilik sebuah akaun Facebook yang didakwa menghina agama Islam.

Presidennya Mohd Ridhwan Othman berkata laporan dibuat di Balai Polis Tampoi, di sini, bagi membolehkan polis dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyiasat pemilik akaun itu yang menggunakan nama Adlin binti Abd Jalil.

"Kami dapati Facebook yang menghina Rukun Iman dan aktif sejak bulan Mac lalu mendapat sokongan (like) daripada ramai yang menggunakan nama Islam dan Melayu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan.

"Kita bimbang tindakan ini seakan mengajak umat Islam memusuhi agama sendiri dan boleh mencetuskan perpecahan dalam Islam."

Mohd Ridhwan mendakwa kenyataan yang dikeluarkan menerusi akaun itu juga tidak rasional dan seakan sengaja mahu mencetuskan perbalahan agama di negara ini. "Kita terpanggil kerana sebelum ini tidak ada pihak yang membuat laporan berhubung tindakan pemilik akaun ini," katanya. — Bernama

Felda saman presiden persatuan Anak peneroka dan enam lagi kerana fitnah

Posted: 07 Jan 2013 12:29 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan lima lagi berhubung kenyataan penjualan minyak sawit mentah ke Israel.

Felda memfailkan writ saman itu menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Felda (plaintif) menamakan Mazlan dan Mustafa sebagai defendan pertama dan kedua manakala Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd serta Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail, masing-masing sebagai defendan ketiga hingga ketujuh.

Menerusi pernyataan tuntutan, Felda mendakwa bahawa Mazlan telah memuat naik kata-kata fitnah di laman sosial facebook miliknya pada 19 Nov tahun lepas dan empat hari selepas itu (23 Nov), Mazlan mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu perhimpunan yang dilakukan di hadapan pejabat Felda.

Dakwanya, kenyataan fitnah yang dikeluarkan Mazlan telah diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam menerusi beberapa artikel di akhbar Harakah pada 26 hingga 29 Nov tahun lepas.

Felda mendakwa kenyataan fitnah itu telah menjejaskan reputasi Felda dan mendakwa kesemua defendan sengaja berbuat demikian untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi. Felda menuntut gantirugi am, khas, teruk, teladan, faedah dan kos ke atas semua defendan.

Felda juga menuntut satu arahan injunksi untuk menahan Mazlan dan ejen-ejennya berbicara atau menerbitkan kata-kata fitnah tersebut di internet atau media cetak.

Selain itu Felda turut menuntut supaya Mazlan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah.

Sementara itu peguam Wan Azmir Wan Majib yang mewakili Felda memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan menghantar writ saman kepada defendan-defendan dalam minggu ini. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved