Jumaat, 11 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


The true measure of a society

Posted: 10 Jan 2013 04:30 PM PST

JAN 11 ― They say that if you want to know the maturity and development of a society, you look at how it treats its least privileged.

But I think there's a better analogy than that. I say, if you want to know the maturity of a society, look at how its concert organisers treat ticket buyers.

I recently went to Jakarta, the macet-prone capital of Indonesia, to watch one of my favourite rock bands of all time, Weezer, in concert.

The last time I saw them perform was 11 years ago in Birmingham, England. And I have to say, this time around, it may just be the best concert I have ever been to.

But let's put that story aside; it isn't what I really want to talk about here. What I do want to talk about is the experience I had at the hands of the Indonesian concert organisers.

It isn't a secret that many Malaysians tend to look at Indonesians as a second class or lesser Malay society compared to themselves.

Don't believe me? Just go back a few weeks and flick through Utusan Malaysia and read an article written by a certain former information minister, and see.

However, I would beg to differ. My recent trip to the Nusantara has made me realise that my Malay blood isn't any superior just because I have a blue Malaysian identity card.

I have been to concerts in many countries, from Malaysia to Singapore, and even Europe and America. But the most pleasant experience has to be in Indonesia.

Never have I met a more polite bunch of ticket punchers, ushers and security personnel anywhere before in my entire 34 years of life.

Smiles were generously thrown in every direction and nice greetings were uttered like they didn't cost a single Rupiah at all.

Crowd control could have not been any more efficient and pleasant than that concert by Weezer in Jakarta, Indonesia.

Compare that to all of the concerts I have been to in my homeland Malaysia, where anyone with a "crew" tag would act like they were the boss of the world.

I have never encountered in Malaysia, ticket punchers and usher who are actually polite. They usually rush people in and grab tickets without the least eye contact.

 At let's not even mention the security team. They act like the Hells Angels did during the 1969 Rolling Stones concert in Altamount, California.

You can't miss them. They look like gangsters with big handlebar moustaches and gigantic bellies that they seem to think are muscles.

They scream and manhandle concertgoers exactly like how Malaysian stepfathers scream and manhandle their stepchildren.

So despite the fact that my Indonesian maid just ran away two months shy of the end of her two-year contract and causing me to have to pay a fine, I still think very highly of Indonesian society.

You guys in Indonesia have contributed to one of the most pleasant experiences in my life, and for that, I thank you. You are truly a cultured society.

But, of course, it would have all been for nothing if it wasn't for the rocking awesomeness of Weezer and Rivers Cuomo.

To be frank, only the first two of their albums (out of a total of nine!) are worth listening to. The rest just suck big time!

But the brilliance of those two albums alone (Blue Album and Pinkerton, which were released in 1994 and 1996 respectively) puts them as one of the top two on my favourite bands list.

And on a final note, to my runaway Indonesian maid, pray that I find my wife's necklace and my diamond stud Baju Melayu button.

Or else, be warned that I know where you live (Kuala Tungkal, Sumatra). I have been there and I have relatives there who have quite some clout.

* This is the personal opinion of the columnist

Pathei Mathos, penswastaan air dan mentaliti kelas ketiga

Posted: 10 Jan 2013 03:47 PM PST

11 JAN ― Hidup memang bukan mudah dan kerana payahnyalah kehidupan itu, aku dan engkau akan menjadi lebih bermakna sebagai manusia. Faisal Tehrani, Cinta Hari-hari Rusuhan.

SAYA merujuk kepada laporan The Star bertarikh 8 Januari 2013 dengan tajuk "SYABAS: Water crisis in Ampang and Cheras to continue till CNY" serta Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh pihak SYABAS juga pada 8 Januari 2013 bertajuk "Gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru ― SYABAS jangka tempoh pemulihan lebih lama".

Menurut Kenyataan Media SYABAS tersebut, 13 kawasan melibatkan daerah Ampang/Cheras membabitkan sehingga 28,000 pemilik akaun atau 140,000 (mengambilkira purata 5 orang setiap rumah) akan terjejas sehingga perayaan Tahun Baru Cina sekitar Februari 2013, lebih kurang sebulan dari hari ini.

Jika dituruti kata-kata Faisal Tehrani di atas, kehidupan saya sebagai manusia akan lebih bermakna dengan hari-hari mendatang berikutan susah payahnya mencari dan mengangkut air; kerana saya adalah salah seorang di kalangan 140,000 rakyat yang terjejas akibat insiden kegagalan rumah pam oleh SYABAS.

Seratus lima puluh meter dari rumah saya ialah Masjid al-Mustaqimah Taman Cheras Indah, juga terjejas teruk. Lebih malang, Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz di sebelahnya lansung tidak beroperasi sejak awal tahun, anak murid dipaksa pulang ke rumah akibat ketiadaan bekalan air.

Kedai mamak di hadapan kedai keranda berhampiran Restoran Mak Engku, 300m dari rumah saya juga sudah tiga kali tidak beroperasi. Kedai dobi berhampiran juga nampaknya "bungkus" dalam masa terdekat ini. Dengar khabarnya kebanyakan kedai dobi berhampiran juga mengalami nasib yang sama akibat gangguan bekalan air ini, "bungkus".

Tidak dapat saya bayangkan cerita rakan-rakan di kawasan flat sekitar Pandan Jaya, ada di kalangan mereka harus mengangkut air setinggi tingkat lima, sepanjang 14 hari yang lalu!

Untuk warga bujang seperti saya yang kadangkala terpaksa melilau mencari mesin air untuk dibuat bekal mandi, saya hairan bagaimana jika keluarga dengan lima orang anak kecil akan melalui situasi menyukarkan sebegini sehingga Tahun Baru Cina? Oh air bukan sahaja bekalan buat mandi, bayangkan bagaimana jika anak kecil tersebut membuang air kecil dan air besar?

Air juga diperlukan untuk memasak dan membasuh baju. Dan kawasan yang terjejas bukan sahaja melibatkan rumah teres dan flat lima tingkat tetapi juga kawasan apartmen 30 tingkat seperti di Bandar Sri Permaisuri. Pernahkah anda terfikir bagaimana sukarnya keluarga-keluarga ini mengharungi setiap pagi dan petang mereka tanpa air?

Penswastaan dan "False Consciousness"

Lebih mengharukan, bekalan air bersih di Tesco Ampang (pasaraya terbesar & terdekat dengan kawasan terjejas) juga khabarnya kerap kehabisan stok. Ini adalah realiti kehidupan yang perlu dilalui 140,000 rakyat Malaysia dan sekurang-kurangnya sehingga Februari 2013. Realiti ini perlu dilalui bukan pada musim kemarau tetapi ketika petang-petang tersebut hujan membasahi atap rumah mereka.

Perkara paling pelik yang mengganggu fikiran saya ialah bagaimana Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), syarikat swasta dengan status "subsidiary" oleh Puncak Niaga ini tidak mampu menangani masalah rumah pam sehingga perlu mengambil masa lebih dari sebulan dengan jumlah penduduk yang terjejas menjangkau lebih dari 100,000 orang?

Adakah proses pencegahan melalui pemantauan dan pemeriksaan berkala sudah dijalankan atau apakah status kebolehan dan keberkesanan rumah pam melibatkan rumah pam Wangsa Maju dan rumah pam Pudu Hulu ini?

Mengapa sebuah syarikat swasta dibenarkan beroperasi sebegini tanpa sebarang tindakan terhadap prestasi CEO, COO dan pelbagai lapisan pegawainya yang lain yang secara jelas tidak cekap dalam melaksanakan tugas mereka? SPRM?

Jika benar laporan media mengenai gaji bulanan CEO syarikat ini sehingga mencecah RM 400,000 tetapi menyediakan perkhidmatan kelas ketiga kepada pelanggan; inilah kesilapan terbesar Dasar Penswastaan Negara yang dipelopori oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Ketika rakyat berpeluh mengangkut air sehingga tingkat lima, di mana kapitalis ini berada agaknya? Di celah-celah kedai kopi sekitar Publika?

Politik hubris dan mentaliti kelas ketiga

Sebahagian dari anda mungkin akan menganggap isu ini remeh. Saya sendiri jika tidak kerana mengalaminya sendiri tidak akan berfikir sebegini rupa. Permainan politik hubris di antara kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan juga syarikat SYABAS ini telah menyebabkan kami iaitu rakyat dilanda masalah dan bala bencana yang berpanjangan.

Lebih memalukan, dasar-dasar penswastaan pro kapitalisme ala Adam Smith nampaknya tidak berkesan untuk digunapakai di negara dengan mentaliti kelas ketiga kerana CEO dan COO-nya tidak dapat mencapai kapasiti intelektual yang diperlukan untuk memberi perkhidmatan yang men-sejahterakan pelanggan dan pengguna secara umumnya.

Oh, saya tak peduli dengan himpunan rakyat 12 Januari ini ataupun mana-mana teori konspirasi berkaitan Parlimen Pandan ataupun Rafizi Ramli. Yang kami perlukan kini ialah situasi ini diselesaikan dalam masa terdekat. Tidak guna berhimpun sejuta rakyat sekalipun jika masalah kecil melibatkan 100,000 orang pun tidak dapat diselesaikan.

Jika kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan tidak boleh berfungsi untuk membantu rakyat, saya harap situasi kami akan mendapat perhatian Sultan Selangor (selain komen-komen beliau melibatkan isu agama; lebih baik kiranya melihat masalah rakyat secara realistik)

Untuk makluman juga, air yang dibekalkan kepada kami kini bukanlah air bersih. Air tersebut berwarna kuning dan berbau busuk. Juga jika ada di antara pembaca mengenali CEO atau COO SYABAS, mohon Tweet dan sampaikan tulisan ini kepada mereka; agar mereka turun dan bantu rakyat angkut air naik tingkat lima.

Hari-hari lewat tanpa air ini mengingatkan saya kepada "Pathei Mathos", ungkapan yang diucapkan di awal Aeschylus Agamemnon, pementasan pertama di dalam trilogi Orestiea yang maksudnya lebih kurang begini di dalam bahasa Inggeris: "wisdom comes through suffering".

"... things are never as complicated as they seem. It is only our arrogance that prompts us to find unnecessarily complicated answers to simple problems." ~ Muhammad Yunus, Banker to the Poor.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved