Jumaat, 11 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Bank Islam jarakkan diri dari ramalan pakar ekonominya mengenai PRU

Posted: 11 Jan 2013 02:23 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Jan — Bank Islam Malaysia menjarakkan diri dari ramalan ketua penganalisis ekonominya dalam sebuah forum di Singapura bahawa Pakatan Rakyat (PR) boleh menang dengan majoriti kecil pada pilihan raya umum (PRU) 2013, dengan mengatakan hari ini "mereka tidak terlibat dengan forum tersebut".

Dalam satu kenyataannya hari ini, pengarah urusan Datuk Seri Zukri Samat memberi komen tentang laporan The Straits Times Singapura mengenai forum yang mengaitkan bank tersebut dengan ramalan  Azrul Azwar Ahmad Tajuddin.

"Kami kesal dengan laporan yang mengaitkan Bank Islam dengan pandangannya dan ramalannya, dan kami mahu laporan yang silap tersebut dibetulkan.

"Untuk pengetahuan anda, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dalam forum tersebut," kata Zukri dalam sebuah kenyataan dihantar ke The Straits Times dan The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider melaporkan ramalan Azrul Azwar telah menimbulkan kekeruhan memandangkan kerajaan  Barisan Nasional (BN) akan membubarkan parlimen tahun ini.

"Pandangan Azrul dalam forum tersebut adalah pandangan peribadi beliau dan tidak patut dikaitkan dengan Bank Islam," kata Zukri dalam kenyataan empat perenggan itu.

The Malaysian Insider turut melaporkan pihak pengurusan bank bermesyuarat hari ini bagi mendapatkan apa yang dikatakan oleh pakar ekonomi tersebut dalam Regional Outlook Forum di Singapura semalam.

Pemegang saham utama Bank Islam adalah Tabung Haji, yang diuruskan oleh kerajaan.

Ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan menolak ramalan Azrul Azwar, mengatakan ia spekulasi "mengarut" apabila kenyataannya hanya memberi amaran palsu kepada pihak pembangkang.

Setiausaha BN Sabah itu berpendapat pandangan pakar ekonomi itu berat sebelah kerana diketahui bahawa beliau adalah ahli PKR cabang Putrajaya.

"Saya kagum dengan semangatnya tetapi beliau kena berdiri di bumi yang nyata," kata Abdul Rahman.

MENYUSUL LAGI

Ramalan pakar ekonomi Bank Islam mengeruhkan keadaan

Posted: 11 Jan 2013 02:17 AM PST

Dalam Bajet 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelbagai pemberian yang memberikan manfaat dalam usaha mendapatkan sokongan menjelang PRU. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 11 Jan — Kenyataan pakar ekonomi Bank Islam Malaysia telah mengeruhkan keadaan di kalangan pemimpin Umno dan Putrajaya apabila menjangkakan Pakatan Rakyat (PR) akan menang tipis dalam Pilihan Raya Umum 2013, menurut sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, pemimpin  Barisan Nasional (BN) memandang berat kenyataan dan perkiraan Azrul Azwar Ahmad Tajudin, yang menjangkakan PR akan menang tipis dalam PRU akan datang.

Malah, turut difahamkan, pihak pengurusan bank juga mengadakan perjumpaan berkenaan penemuan, yang merupakan sebahagian daripada pembentangan kertas kerja ketika Regional Outlook Forum di Singapura semalam.

Pemegang saham terbesar Bank Islam adalah dana untuk ibadah Haji, yang diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji, yang mana dimiliki kerajaan.

Ketika dihubungi, ahli Parlimen Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan turut menolak jangkaan Azrul Azwar, malah menggelarnya sebagai spekulasi "mengarut" yang hanya akan memberikan harapan palsu kepada pakatan pembangkang.

Setiausaha BN Sabah itu menambah, bacaan Azrul Azwar tersebut sebagai berat sebelah kerana beliau merupakan ahli PKR Putrajaya.

"Saya hormati semangatnya namun saya fikir beliau harus berpijak di bumi nyata," kata Abdul Rahman.

Akhbar Singapore Straits Times (ST) hari ini melaporkan, Azrul menjangkakan BN hanya akan menang antara  97 dan 107 daripada 222 kerusi Parlimen — tidak mencukupi untuk membentuk pentadbiran.

Keputusan itu turut bermakna PR hanya akan menang kerusi Parlimen yang goyah, dan jauh daripada majority besar.

Faktor utama yang menjadi jangkaan adalah bangsa dan demografi.

Abdul Rahman, bagaimanapun menjelaskan, laporan dikemukakan Azrul Anwar tidak memetik mana-mana pihak dalam metodologi dan sebab.

"Saya tidak pasti dari mana beliau dapat angka-angka itu," katanya.

Beliau mengingatkan kemenangan BN dalam lapan pilihan raya kecil dan menegaskan ia akan berterusan dalam pilihan raya ke-13.

"Kami selesa dengan bacaan kami ... Kami percaya kami akan kekal berkuasa dalam kerajaan Persekutuan, bukan itu sahaja, kami akan menambah majoriti," katanya lagi.

Kemudian, Azrul meramalkan kejatuhan akibat dari kemenangan PR, dengan pasaran saham bersedia untuk bertindakbalas secara "spontan" serta tempoh lanjutan ketidakstabilan dilihat.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan "sabotaj ekonomi" oleh perniagaan dan perkhidmatan awam yang berkait dengan BN.Kerajaan BN masih mempunyai masa untuk melakukan sesuatu bagi menjamin kemenangan melawan pembangkang paling tersusun pada PRU yang mesti diadakan selepas akhir April tahun ini.

Dalam Bajet 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelbagai pemberian yang memberikan manfaat dalam usaha mendapatkan sokongan menjelang PRU.

Ini termasuklah pemberian pusingan kedua RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah, pengembangan pemberian tersebut kepada golongan muda belum berkahwin berpendapatan bawah RM3,000 sebulan menerima sebanyak RM250.

Awal minggu ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan pemberian tersebut dijadikan tetap dan dinaikkan kepada RM1,000 jika BN menang PRU.

Bantuan lain termasuklah baucer buku RM500 dan rebat untuk telefon pintar sebanyak RM250 bagi pelajar.

Populariti Najib jatuh dua mata peratusan dari 65 peratus pada November kepada 63 peratus baru-baru ini dalam tinjauan terbaru oleh badan tinjauan bebas Merdeka Center.

Pusingan sebelumnya pemberian BR1M telah meningkatkan sokongan untuk Najib, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah yang merupakan penerima utama.

Tetapi "Himpunan Kebangkitan Rakyat" yang disokong PR esok memberikan risiko terhadap kerja-kerja BN, sepertimana perhimpunan Bersih 28 April 2012 dikatakan menjadi sebab menagapa Najib tidak mengadakan pilihan raya mengejut tahun lalu.

Najib mempunyai pilihan untuk mengadakan pilihan raya 2013 bila-bila masa sebelum 27 April, di mana Parlimen akan dibubarkan dan secara automatiknya pilihan raya akan dijalankan.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved