Sabtu, 2 Februari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Fathul Bari nafi tarik diri berdialog dengan Dr Asri

Posted: 02 Feb 2013 02:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Ulama Muda Umno Fathul Bari Mat Jahya hari ini menafikan telah menarik diri daripada menghadiri dialog bertajuk "Pelaksanaan Islam di Malaysia" > bersama bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dijadualkan berlangsung malam ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam kiriman sistem pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider, Fathul Bari menjelaskan berlaku salah komunikasi antara penganjur dengan pihak menguruskan jadualnya menyebabkan tidak dapat hadir pada dialog malam ini.

"Saya tidak menarik diri.

"Sebaliknya berlaku salah komunikasi antara pihak penganjur dengan sahabat yang menguruskn jadual saya," kata Fathul Bari (gambar).

Menurut Fathul Bari lagi, ekoran berlaku salah komunikasi tersebut menyebabkan beliau telah menerima jemputan program untuk bersama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudiaannya terpaksa bergegas menghadiri satu lagi program di Universiti Utara Malaysia pada sebelah malamnya.

"Akibat salah komunikasi itu menyebabkan saya menerima jemputan program dengan Dr Mahathir di Institut Perguruan Kampus Sultan Abdudl Halim dan pada sebelah malamnya pula menghadiri satu lagi program di UUM," terang beliau lagi tanpa memberikan penjelasan mengenai program yang dihadirinya.

Awal pagi ini, Mohd Asri menulis di laman mikronya Twitter mengatakan Fathul Bari telah menarik diri tetapi tidak menyatakan alasan dan tempatnya akan digantikan oleh Mufti Perlis Dr Juanda Jaya pada malam ini.

Kedua-dua tokoh agamawan yang dikenali umum tersebut seringkali terlibat dalam perang mulut dan berbeza pendapat antara satu sama lain, Fathul Bari mencuri tumpuan ekoran keputusannya menyertai parti politik Umno.

Berbeza dengan Mohd Asri yang memilih untuk tidak memberikan sokongan kepada mana-mana parti politik.

Mohd Asri juga lantang dan sering membidas ulama yang berada dalam Umno kerana tidak memainkan peranan penting untuk menasihati pemimpin utama dalam parti tersebut.

Bekas mufti tersebut juga pernah mengeluarkan kenyataan membidas tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno dengan melabel mereka sebagai "hanyut", kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Elak soal isu calon, pastikan BN menang pilihanraya umum, kata Dr Mahathir

Posted: 02 Feb 2013 01:37 AM PST

SUNGAI PETANI, 2 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) agar tidak menjadikan soal calon sebagai isu sebaliknya memastikan BN memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata tidak ada gunanya calon menang tetapi parti kalah dan tidak dapat menguasai negeri atau negara.

"Saya berpendapat yang penting bukan calon tetapi parti. Kalau calon menang tetapi parti kalah, tidak ada guna. Kali ini kita tak tumpu kepada calon, dapat calon kita tak kira, kita undi sahaja.

"Kita sokong sebab nak kerajaan yang boleh bagi kebaikan kepada kita. Jangan kira siapa jadi calon asalkan dia orang parti, kita sokong," kata Dr Mahathir yang diminta mengulas pemilihan calon BN untuk menghadapi pilihan raya umum.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum Islam dan Keamanan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai demonstrasi yang sering diadakan oleh pembangkang sejak kebelakangan ini, Dr Mahathir berkata ia adalah strategi pembangkang sekiranya mereka kalah pilihan raya.

"Ada orang nak adakan demonstrasi setiap hari secara besar-besaran sehingga 200,000 orang di semua bandar, (mereka) nak ikut apa yang berlaku di negara-negara Arab.

"Yang berlaku di sana kerana mereka tidak ikut ajaran Islam sebab itu mereka ada pemerintahan kuku besi. Di Malaysia tidak ada pemerintahan kuku besi. Kalau orang nak pilih parti lawan, dia boleh pilih, sampai kalah lima negeri.

"Kononnya kita tipu dalam pilihan raya, kita tidak tipu. Ini adalah persiapan mereka apabila kalah. Mereka akan adakan demonstrasi berpanjangan untuk jatuhkan kerajaan seperti yang dibuat di Asia Barat," katanya. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved