Ahad, 24 Februari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Tidak konsisten, kelemahan dasar, mungkir janji jadi ciri pentadbiran pembangkang — Salang

Posted: 24 Feb 2013 02:59 AM PST

Tidak konsisten, kelemahan dasar, mungkir janji jadi ciri pentadbiran pembangkang — Salang

SARIKEI, 24 Feb — Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang mengingatkan pemilih bahawa undi yang mereka beri kepada pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 akan hanya mewujudkan pentadbiran tidak konsisten, dasar yang merugikan dan janji yang tidak ditepati.

Beliau berkata kelemahan itu memang menjadi ciri-ciri pembangkang seperti yang dapat dilihat di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang mengatakan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak, Barisan Nasional mempunyai dasar konsisten dan jelas untuk kebaikan rakyat. — Gambar fail

"Di samping itu, kumpulan etnik juga akan terdedah kepada penghinaan kerana sesetengah pemimpin tertinggi pembangkang memiliki pengetahuan yang cetek tentang adat resam dan tradisi setempat.

"Walaupun parti politik seperti PKR, DAP dan PAS kelihatan bergabung, tapi mereka sering bercakap dalam nada berbeza.

"Di peringkat negeri, kita ada parti Pekerja Sarawak, sebuah parti pembangkang, tetapi membuat dakwaan mengejutkan bahawa ia pro Barisan Nasional.

"Kerja mereka (pembangkang) hanyalah mengelirukan rakyat. Mereka tidak berkongsi dasar atau agenda yang jelas. Mereka patut ditolak kerana tidak akan mampu berkhidmat kepada rakyat dengan baik dan berkesan," katanya.

Salang berkata demikian kepada 2,000 peserta program Himpunan Kasih Sayang Komuniti 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan di Rh.Sedau Mgpali di Pakan, di sini hari ini.

Sebaliknya, kata beliau Barisan Nasional (BN) mempunyai dasar yang konsisten dan jelas untuk kebaikan rakyat, bukan sahaja yang tinggal di bandar, tetapi juga di luar bandar.

"Anda perlu beri (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) majoriti terbesar bagi membolehkan kami membawa perubahan yang lebih banyak dan lebih baik.

"Memang tidak diragukan bahawa BN akan menang lagi pada pilihan raya umum akan datang. Marilah kita sama-sama menjadi sebahagian daripada pasukan yang menang ini dengan menyokong semua calon BN.

"Oleh itu, marilah kita keluar beramai-ramai untuk mengundi pada pilihan raya umum nanti bagi membantu BN menubuhkan kerajaan sekali lagi," katanya.

Mengenai pergerakan Komuniti 1Malaysia, beliau berkata ia merupakan forum penting bagi Jabatan Penerangan untuk menyalurkan maklumat tentang pelbagai dasar kerajaan kepada orang ramai.

Terdahulu, dalam ucapannya, pemangku pengarah penerangan negeri Zaini Mohammad berkata kini terdapat 234 pergerakan Komuniti 1Malaysia di Sarawak, jumlah terbanyak berbanding negeri lain. — Bernama

PDRM sediakan 112,000 anggota dan pegawai hadapi PRU-13

Posted: 24 Feb 2013 02:54 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Feb — Seramai 112,000 anggota polis akan terlibat bertugas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa), Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim.

Muhammad Fuad berkata anggota ini terdiri dari pelbagai pangkat dari semua cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalani latihan termasuk latihan amal ex ballot III hari ini dan esok.

Beliau berkata mereka juga telah melalui beberapa siri latihan bermula awal tahun ini bagi mempersiap minda dan kesediaan fizikal. 

"Sebelum ini mereka telah melalui dua siri latihan, siri pertama berbentuk table talk iaitu perbincangan mengenai penugasan semasa PRU13.

"Siri kedua ialah dalam bentuk perbincangan serta tindakan dan bagi siri ketiga (ex ballot III) ia dilakukan secara live exercise di medan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 

Namun bagi siri latihan ketiga ini, Muhammad Fuad berkata ia hanya akan dilakukan di Perak sahaja, memandangkan negeri itu antara negeri yang besar di Malaysia.

"Seramai 280 angggota dari Bukit Aman akan mengendali dan mengawasi latihan di Perak. Bagi lain-lain negeri mereka hanya akan melalui sehingga siri kedua latihan sahaja," katanya. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved