The Malaysian Insider :: Bahasa |
Polis rekod keterangan Tian Chua berhubung insiden Lahad Datu Posted: 11 Mar 2013 02:31 AM PDT
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata keterangan Tian Chua itu direkodkan petang ini di ibu negara oleh sepasukan polis kontinjen Johor bagi membantu siasatan mengenainya. "Selain Tian Chua, polis hari ini juga merakamkan keterangan dua editor Keadilan Daily dan wartawan dari the New Straits Times Press di ibu negara," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini. Mohd Mokhtar berkata polis sehingga semalam menerima 230 laporan dari seluruh negara oleh orang ramai dan badan bukan kerajaan berikutan rasa tidak puas hati mengenai kenyataan Tian Chua. Beliau berkata laporan pertama diterima polis adalah pada 2 Mac lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan. Katanya, siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah itu sudah merekodkan 153 percakapan sehingga kini dan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat. Pada 1 Mac lepas, Portal Keadilan Daily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. "Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," anggota Parlimen Batu itu dilaporkan berkata. — Bernama |
Manila, keluarga Kiram bincang ‘pengunduran’ tentera Sulu Posted: 11 Mar 2013 02:23 AM PDT
Pegawai pemerintah mengadakan mesyuarat tertutup dengan adik kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiran III, Bantilan Esmail Kiram II hari ini untuk membincangkan "pengunduran" tentera "Di Raja". Menurut ABS-CBN News, Esmail mengatakan keluarga Kiram mungkin mempertimbangkan kemungkinan tersebut akan tetapi mahu mengetahui apa nasib pengikut mereka terlebih dahulu. "Kami semua sangat bimbang dengan apa yang berlaku di Lahad Datu, Sabah," kata Roxas dipetik dari portal atas talian siaran tersebut. "Saya memberitahu mereka (keluarga Kiram) mengenai tindakan terkini pemerintah Filipina melalui rundingan DFA (Jabatan Luar Negara) dengan Malaysia untuk mempertahankan mereka yang tidak bersalah," tambah beliau. MENYUSUL LAGI |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan