Ahad, 24 Mac 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kerajaan N.Sembilan masih sah walaupun DUN terbubar Selasa ini, kata MB

Posted: 24 Mar 2013 02:40 AM PDT

March 24, 2013

PORT DICKSON, 24 Mac — Kerajaan Negeri Sembilan sedia ada masih sah mengikut sistem demokrasi berparlimen atau Westminster yang diamalkan di negara ini, walaupun selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar secara automatik, Selasa ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata menerusi sistem tersebut, kuasa pemerintahan sama ada negeri atau persekutuan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perundangan, kehakiman dan pentadbiran atau eksekutif.

Katanya jika DUN mencapai tempoh genap lima tahun, hanya perundangan iaitu kuasa oleh wakil rakyat yang akan terbubar sementara kehakiman dan pentadbiran masih ada dan perlu dijalankan.

"Kita mengamalkan pemisahan kuasa dan apabila sampai tarikh itu (26 Mac) hanya DUN iaitu perundangan yang akan terbubar tapi eksekutif dan kehakiman masih ada," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada pesara tentera dan merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Bekas Anggota Perisai Kuala Lumpur di Kem Sunggala, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang menyatakan kerajaan negeri ini akan menjadi kerajaan haram jika terus beroperasi selepas 26 Mac, seperti disiarkan beberapa portal berita pembangkang, baru-baru ini.

Mohamad berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan serta mencetuskan kebimbangan rakyat.

Katanya selepas DUN terbubar, kerajaan sementara di bawah kuasa eksekutif atau pentadbiran akan tertubuh di mana fungsinya untuk meneruskan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri dan isu kerajaan negeri ini akan menjadi kerajaan haram selepas DUN terbubar sepatutnya tidak timbul.

"Jangan suntuk sangat pandangan. Memang benar dia (Abdul Aziz) adalah pakar perundangan dan perlembagaan tetapi dia tidak nampak di sebalik apa yang sepatutnya diadakan iaitu kerajaan sementara," katanya.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, DUN Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri Selasa ini apabila mencapai tempoh genap lima tahun iaitu bermula persidangan pertamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Pada majlis berkenaan, seramai 30 bekas tentera yang berkhidmat semasa zaman darurat pertama dan kedua menerima pingat PJM yang disampaikan Mohamad mewakili Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. — Bernama

Nor Mohamed: Sokongan kaum India kepada kerajaan ikhlas

Posted: 24 Mar 2013 12:45 AM PDT

March 24, 2013

Nor Mohamed berkata ketika ini, sudah ramai orang India yang telah mengecapi keselesaan hidup. – Gambar fail

TASEK GELUGOR, 24 Mac — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin sokongan kaum India terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah ikhlas kerana mereka sedar kerajaan begitu prihatin membantu mereka menerusi pelbagai usaha.  

Beliau berkata kerajaan melalui pelbagai mekanisme telah membantu kaum tersebut dari aspek ekonomi, pendidikan serta sosial agar mereka juga dapat menikmati manfaat daripada kemajuan negara.

"Kita (BN) buat ini tujuan ikhlas untuk bantu komuniti India, bukan untuk semata-mata undi BN, jadi apabila mereka (kaum India) tahu keikhlasan BN mereka dengan sendirinya dapat berfikir secara positif tentang kebaikan kerajaan.

"Oleh itu mereka dengan sendirinya dan rela hati menyokong BN tanpa sebarang

paksaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Bonding For Success' anjuran Sri Murugan Centre (SMC) di perkarangan Flat Taman Tasek Rethina, Tasek gelugor di sini hari ini.

Program yang telah dimulakan sejak 2008 itu bertujuan meningkatkan semangat kerjasama dan keharmonian di kalangan masyarakat India serta memupuk semangat berdikari dalam aspek pendidikan.

Nor Mohamed berkata ketika ini, sudah ramai orang India yang telah mengecapi keselesaan hidup dan mereka juga banyak yang berjaya dalam pelbagai bidang, namun begitu kerajaan terus komited membantu mereka yang masih kurang berjaya. 

"Usaha ini bertujuan menjadikan semua komuniti dalam negara ini hidup sebagai satu bangsa yang maju dalam sebuah negara yang maju seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020," katanya.

Beliau berkata hasrat Wawasan 2020 kian jelas dan berdasarkan statistik ia mungkin dapat dicapai dua tahun lebih awal iaitu pada 2018.

"Jangkaan ini berdasarkan kadar pertumbuhan ekonomi negara yang berjaya dicapai sebanyak 5.6 peratus pada tahun lepas.

"Selain itu banyak program transformasi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah menampakkan kejayaannya contohnya peningkatan dalam pendapatan negara, pendapatan isi rumah bulanan serta pengurangan dalam kadar kemiskinan, inflasi dan pengangguran," katanya. – Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved