The Malaysian Insider :: Bahasa |
Adik Teoh Beng Hock dan tiga aktivis ditahan dibalai polis Bidor, Perak Posted: 15 Apr 2013 02:19 AM PDT Koordinator bagi badan bukan kerajaan (NGO) 'Rakyat Malaysia untuk Beng Hock', Ng Yap Hwa merupakan antara yang ditahan mengatakan kumpulan tersebut terserempak dengan sekumpulan polis yang tidak berpakaian seragam. "Kami bertanya apakah kami ditahan, tetapi mereka tidak memberitahu apa-apa. Mereka menyuruh kami bekerjasama dan mengikut mereka ke balai polis untuk penyiasatan," kata Ng dipetik dari sebuah portal berita. Menurut Ng, mereka terpaksa mengikut polis oleh kerana MyKad milik mereka berada bersama polis. Ng percaya mereka akan didakwa di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) tetapi masih belum disahkan oleh pihak polis. "ADUN DAP A Sivanesan menghubungi pegawai Special Branch apabila mengetahui tentang ini. "Beliau diberitahu kami disiasat di bawah PPPA oleh kerana risalah tidak menyatakan tentang pencetak," kata Ng dipetik dari portal berita Malaysiakini. |
Mufti Perlis akan bertanding di Kangar atas tiket PKR Posted: 15 Apr 2013 12:41 AM PDT Pengerusi PKR Perlis Mohd Faisol Abdul Rahman mengatakan pencalonan Dr Juanda akan memberikan peluang cerah kepada PKR untuk merampas kerusi Kangar. â Gambar fail KUALA LUMPUR, 15 April â Mufti Besar Perlis Dr Juanda Jaya akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar atas tiket PKR pada Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei ini. Pengerusi PKR negeri Mohd Faisol Abdul Rahman mengatakan pencalonan Dr Juanda akan memberikan peluang cerah kepada PKR untuk merampas kerusi yang menjadi kuat Barisan Nasional (BN) secara turun temurun itu. "Kangar adalah kerusi Parlimen terbesar di negeri itu dengan kira-kira 50,000 pengundi dan kita optimis untuk menang," katanya dipetik dari The Star Online. Dr Juanda yang berasal dari Sarawak dan rakannya bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini dilaporkan antara individu yang cuba dipancing BN dan Pakatan Rakyat (PR). Kerusi Parlimen Kangar disandang Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dari Umno yang menewaskan calon PKR Tunku Abdul Rahman Tunku Ismail dengan majoriti 13,600 undi pada Pilihan Raya 2008. Sejumlah 13.3 juta pengundi, termasuk 5,200 dari luar negera dijangka akan mengundi untuk 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN pada pilihan raya umum 5 Mei. Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan