Isnin, 15 April 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Not giving up on Team Malaysia

Posted: 14 Apr 2013 04:38 PM PDT

April 15, 2013

Johan Merican is CEO of TalentCorp. He believes it's great to be foolishly optimistic and good fun to try making a difference. You can give your feedback by emailing [email protected]

APRIL 15 — On April 7, the UKEC Graduan career fair in London attracted about 3,000 Malaysian undergraduates and over 30 leading employers from Malaysia. 

Many employers had senior representation, with CEOs, managing partners and HR directors engaging young talent on the exciting professional opportunities on offer in Malaysia.

In talking about English football with some of the students there in London, I likened being a loyal Malaysian to being a Liverpool fan, a long-suffering one at that. 

There are some I noted who supported other football teams in their youth but later on, coinciding with winning ways, suddenly emerged as Manchester City or Chelsea fans. Such is the case with fair-weather friends.

As a fan I would assert that there is no denying that Liverpool is and remains a great football club. Liverpool has won the most trophies.

However, recent times and form have not been kind, enough to shake the faith of even the most ardent fan. It is noteworthy how in recent years Liverpool continues to be able to perform well against the best of teams and yet stumble against lesser teams. 

Nevertheless, hope remains that we will not walk alone and that with more of the right talent like Suarez, Liverpool's fortunes will be transformed.

Perhaps a stretched analogy but Malaysia is and remains a great nation. Malaysia has been successful to the extent of being the envy of many developing nations. 

The Growth Report (2008) acknowledges Malaysia as one of only 13 countries in the world that has enjoyed sustained high economic growth since 1950. In the World Bank's "Doing Business 2013", Malaysia leaped to 12th position, improving from 18th position in 2011 and 23rd in 2010.

Despite a challenging global economic scenario, private investment growth in Malaysia exceeded by 20 per cent in 2012. We have abundant resources, competitive businesses, a strong financial system, world-class infrastructure and top talent (though we could do with more…). In many areas, Malaysia stands tall among nations in the world.

Yet, many Malaysians are disheartened. Like Liverpool, we can rise to the occasion, such as overcoming a financial crisis but at the same time lack the consistency to excel in some fundamental areas. 

For this reason, the Government Transformation Programme hopes to address areas such as education and crime. Even on the economic front where we continue to advance, many companies are not evolving quickly enough from a low-cost model. 

Thus, there remains a significant wage arbitrage that continues to fuel potential brain drain. We are not there yet as a developed nation nor will we get there if we don't have the right talent to see through the nation's transformation.

It is perhaps too easy to be negative, focusing on the problems. Perhaps I am too much of an optimist in believing that even Liverpool can be champions again. However, like Liverpool FC, Malaysia has achieved much and has a great deal going for us. 

In addition to our internal strengths as an economy, we also have this window of opportunity to ride on the momentum of global economic growth being in Asia. Yes, we have our issues but we have this great opportunity to become a champion among nations.

In the same spirit, I was inspired by the last line in an article  I read on this website: "And you know what? If you are not here, you can't make things better." 

To add on to that, I would like to also paraphrase Samwise Gamgee from Lord of the Rings during a moment of despair: "That there's some good in Malaysia (world) and it's worth fighting for." 

Sam must be a Liverpool fan. 

* This is the personal opinion of the columnist.

Menjelang tarikh mengundi

Posted: 14 Apr 2013 04:28 PM PDT

April 15, 2013

Uthaya Sankar SB berkarya dalam Bahasa Malaysia. Beliau adalah presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya. Selain menulis, membaca dan bercakap, beliau juga suka menonton filem.

15 APRIL — Sebaik sahaja tarikh mengundi untuk memilih ketua panchayat ditetapkan, Pragalath melipat-gandakan kempen untuk memikat hati penduduk. Malah, sebenarnya, dia sudah berkempen sejak dua bulan lalu.

Niatnya adalah untuk menjadi ketua panchayat supaya boleh mengaut untung dengan cara menyalah gunakan kuasa. Rakan-rakannya tahu mengenai rancangan itu dan sama-sama berharap akan turut mendapat sedikit habuan nanti.

Panchayat adalah majlis timbang tara dalam amalan hidup kaum India yang diwarisi daripada nenek-moyang di Benua Kecil India. Tarafnya lebih kurang seperti mahkamah penghulu dalam kalangan orang Melayu, tetapi tidak sama. 

Pada asalnya, panchayat di Siru Kambam diwakili oleh lima (panca) orang warga tua terhormat di kampung berkenaan. Akan tetapi, mengikut peredaran zaman, panchayat mula dipengerusikan oleh seorang sahaja; biasanya ketua kampung. 

Sebagai usaha menyemarakkan semangat demokrasi dan memberikan kuasa memilih kepada penduduk, maka sejak puluhan tahun dahulu, pilihan raya diadakan bagi memberi peluang kepada penduduk kaum India memilih ketua panchayat.

Pemilihan biasanya diadakan sebulan selepas tarikh pilihan raya umum. Maka, pemilihan pada kali ini ditetapkan pada 2 Jun 2013. Namun begitu, Pragalath sudah mula mengelilingi kampung kecil ini sejak bulan Februari dan berusaha memancing undi.

Penduduk perlu memilih ketua panchayat yang adil dan berwibawa. — Ilustrasi oleh Chew Xiong-ieSaya mengenali Pragalath sejak kami sama-sama belajar di Universiti Malaya. Malah, saya mendapat tahu mengenai sikap dan perangainya semasa di maktab perguruan daripada beberapa rakan yang sama-sama belajar dengannya dahulu.

Kemudian, apabila Pragalath menjadi guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Siru Kambam, saya masih berpeluang untuk mengikuti perkembangan dirinya. Ringkasnya, dia seorang individu yang tidak berintegriti dan tidak amanah.

Maka, saya sedikit pun tidak hairan apabila mendapat tahu bahawa pemuda itu mula bergiat aktif dalam Pertubuhan Politik India (PPI) cawangan Siru Kambam. Turut sama ialah Laksamana iaitu budak pejabat di SJKT Ladang Siru Kambam.

Berbekalkan sokongan padu PPI jugalah Pragalath dicalonkan untuk bertanding jawatan ketua panchayat Siru Kambam. PPI memerlukan "orang"nya memegang jawatan itu supaya mudah dimanipulasi dan diperalatkan demi kepentingan politik.

Pada pemilihan lalu (April 2008), Murugan bertanding atas sokongan PPI. Lawannya ialah Sivanesan yang bertanding atas niat mahu meneruskan tradisi panchayat yang menjadi sebahagian budaya kaum India. 

Peluang merebut jawatan dalam parti politik

Walaupun PPI menggunakan kuasa wang untuk membantu Murugan berkempen, penduduk Siru Kambam memilih Sivanesan bagi jawatan penting itu. Mesej jelas yang dihantar oleh penduduk adalah bahawa mereka mahukan ketua panchayat yang berwibawa, beretika dan berjiwa rakyat.

Bagi pemilihan pada kali ini, Pragalath menawarkan diri kerana dia memang pandai membodek dan mengampu pihak berkenaan dalam PPI. Akhirnya, PPI bersetuju untuk menaja kos kempen bagi memungkinkan lelaki itu menjadi ketua panchayat. 

Pragalath memang menjadi pilihan utama PPI kerana individu yang korup seperti itu mudah dimanipulasi dan dijadikan boneka untuk mencapai agenda politik di Siru Kambam. Bagi Pragalath pula, dia melihat jawatan ketua panchayat selama lima tahun sebagai peluang baik untuk mengayakan diri dan bersedia merebut jawatan lebih tinggi dalam PPI.

Maka, dia bersama-sama Laksamana pergi ke hulu ke hilir untuk memujuk para penduduk supaya memilihnya menjadi ketua panchayat. Mereka memberikan "hadiah" dan "sumbangan" berupa beras, susu dan bijirin kepada hampir semua keluarga kaum India di Siru Kambam.

BarU-baru ini, timbul desas-desus bahawa PPI mungkin menyokong Murugan supaya kembali bertanding merebut jawatan ketua panchayat. Sebaik sahaja mendengar khabar itu, Laksamana pergi bertemu lelaki berkenaan dan memberi amaran.

"Pragalath sudah mula membuat kempen dengan menggunakan wang sendiri. Awak jangan kacau daun. Saya memerlukan Pragalath menjadi ketua panchayat supaya saya boleh memiliki Ladang Tebu Siru Kambam," kata lelaki itu kepada Murugan.

Dipendekkan cerita, pada keesokan hari, Murugan mengumumkan bahawa dia mahu menumpukan perhatian pada kerja-kerja dalam parti PPI dan tidak ada apa-apa cadangan untuk bertanding merebut jawatan ketua panchayat Siru Kambam. Dia tidak mendedahkan kepada sesiapa mengenai ugutan dan amaran yang diterima daripada Pragalath.

Pragalath sudah membayangkan dirinya duduk di bawah pohon beringin tidak jauh dari Kuil Sivaperuman dan menyelesaikan pelbagai isu dalam kalangan masyarakat kaum India di Siru Kambam. Lebih daripada itu, dia sudah merancang mempengaruhi jawatankuasa kuil supaya sejumlah wang masuk ke akaunnya secara berkala.

Usaha PPI untuk menutup SJKT Ladang Siru Kambam pada suatu masa dahulu menemui kegagalan. Misi tambahan Pragalath adalah untuk memastikan sekolah itu ditutup dan PPI mendapat untung apabila tanah itu dijual kepada pemaju perumahan. Pastilah habuan akan turut dimilikinya.

Laksamana pula awal-awal lagi sudah meminta supaya dokumen hak milik ladang tebu terbesar di Siru Kambam ditukar ke atas namanya. Maka, dapatlah dia menjual tanah itu kepada orang luar untuk mengaut untung besar. Sekali lagi, habuan menanti Pragalath.

Keyakinan Pragalath untuk merampas jawatan penting sebagai ketua panchayat juga berikutan pengesahan bahawa Sivanesan menghidap penyakit barah. Doktor pakar mengesahkan perkara itu (mengenai penyakit yang dihidap Sivanesan; bukan mengenai keyakinan Pragalath) pada tahun lalu. 

Sivanesan dinasihatkan supaya berehat. Namun begitu, lelaki berkenaan terus giat melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti biasa.

Umpama memilih Ahli Parlimen, ADUN

"Saya tidak patut menjadikan masalah peribadi saya sebagai alasan untuk tidak menjalankan tugas seperti yang diamanahkan oleh para penduduk. Betullah saya disahkan menghidap barah dan mungkin tiada peluang untuk hidup lama. Tapi adakah itu alasan untuk mengetepikan kerja-kerja sebagai ketua panchayat? Tambahan pula, ajal dan maut di tangan Tuhan."

Demikian Sivanesan berkata kepada beberapa penduduk yang mengunjunginya sebaik keluar hospital. Sepanjang dia menjadi ketua panchayat, para penduduk memang berpuas hati dengan mutu kerjanya. 

Kalau boleh, mereka mahu Sivanesan bertanding lagi dan terus memegang jawatan ketua panchayat. Akan tetapi, mereka sedar bahawa tindakan itu mungkin kurang adil memandangkan lelaki berkenaan menghidap barah.

Namun begitu, hasil rawatan yang diterima, keadaannyadilaporkan  lebih baik dan doktor sendiri hairan melihat perubahan positif pada diri Sivanesan.

Maka, dua minggu lalu, Sivanesan mengesahkan akan bertanding bagi mempertahankan jawatan ketua panchayat. Tentulah pengumuman itu menjadi tamparan hebat kepada Pragalath yang telah mengharapkan peluang untuk menang mudah.

Berbekalkan bantuan dana daripada PPI, Pragalath meningkatkan kempen dan kerja-kerja memberi "sumbangan ikhlas" dan "bantuan" kepada penduduk kaum India di Siru Kambam. Bantuan turut diberi kepada penduduk kaum-kaum lain dengan harapan mereka akan memujuk, menasihat dan mempengaruhi jiran kaum India supaya mengundi Pragalath pada tarikh mengundi.

"Terimalah bantuan ikhlas daripada kami. Bukan hanya Barisan Nasional dan MIC yang bermurah hati memberikan beras kepada penduduk kaum India yang miskin di seluruh negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. PPI juga prihatin terhadap nasib penduduk kaum India di Siru Kambam. Terimalah sumbangan ikhlas daripada kami dan jangan lupa membalas budi apabila tiba tarikh mengundi nanti."

Sebagai individu yang ada sokongan padu daripada PPI, Pragalath mampu melakukan apa sahaja demi memastikan kemenangan berpihak kepadanya. Halal atau haram tidak menjadi persoalan. Malah, pengalamannya sejak di maktab perguruan dahulu menjadikannya seorang individu yang tidak amanah, tidak berwibawa, tidak bermaruah, tidak boleh dipercayai dan tidak boleh diharap.

Ringkasnya, Pragalath adalah seorang calon politikus yang hebat mengikut kriteria, acuan dan budaya PPI. Kalau dilihat dari segi kempen hebat yang dijalankan, seolah-olah lelaki itu akan menang mudah berikutan tindakan penduduk tampil "membalas budi".

Walau bagaimanapun, harapan saya adalah bahawa sebagai kelompok masyarakat yang bijak dan berfikiran waras, penduduk Siru Kambam tidak akan masuk dalam perangkap yang ditebarkan oleh Pragalath dan Laksamana serta konco-konco PPI. Janganlah semata-mata kerana sekampit beras, maruah tergadai.

Sebaliknya, penduduk Siru Kambam perlu memberi pengajaran kepada Pragalath, Laksamana dan PPI bahawa mereka tidak boleh diperalatkan dan diperbodohkan. Penduduk perlu membuktikan bahawa jawatan ketua panchayat hanya layak diberikan kepada individu berwibawa dan amanah. Sama seperti jawatan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Namun begitu, sebagai kembar kepada Laksamana, saya tidak dapat berkempen secara terbuka. Saya hanya mampu menulis catatan berupa pendedahan dan menyebarkan maklumat menerusi kertas A4 yang diselitkan pada helaian akhbar.

Setiap pagi, anak saya menunggang basikal dan menghantar akhbar ke rumah-rumah di sekitar Siru Kambam. Semoga para penduduk membaca catatan pada kertas-kertas fotokopi yang diselitkan itu lalu menyedari niat sebenar Pragalath dan kembar saya.

* Uthaya Sankar SB menulis faksyen ini sebagai sebahagian kempen menolak calon PRU-13 yang korup dan tidak berwibawa.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis. 

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved