Khamis, 18 April 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Ronnie Liu, Jenice Lee dan Teresa Kok antara digugurkan dari kerusi DUN Selangor

Posted: 18 Apr 2013 02:54 AM PDT

Oleh Md Izwan

April 18, 2013

KUALA LUMPUR, 18 April — Tiga pemimpin utama DAP Selangor Ronnie Liu, Teresa Kok dan Jenice Lee tidak tersenarai dalam senarai calon yang baru dikeluarkan hari ini untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing di negeri Selangor.  Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan keputusan tersebut di ibu pejabat DAP di ibukota dan menegaskan keputusan tersebut diputuskan selepas menerima maklum balas daripada ahli akar umbi.

Liu sebelum ini merupakan ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) Selangor tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pandamaran dan tidak akan bertanding dimana-mana kerusi pada pilihan raya kali ini.

Walau bagaimanapun, Kok hanya digugurkan daripada DUN Kinrara tetapi akan mempertahankan kerusi Parlimen Seputeh yang dimenanginya pada 2008 dahulu.

Lee pula digugurkan daripada kerusi DUN Teratai dan dengan calon baru digantikan Tiew Way Keng.

Calon baru bagi kerusi Parlimen Selangor pula menyaksikan Ahli Strategi Pilihan Raya DAP Ong Kian Ming terpilih sebagai calon Serdang bagi menggantikan Teo Nie Ching yang bertukar untuk bertanding di Kulai.

MENYUSUL LAGI

FELDA pohon dapatkan perintah penghakiman ingkar terhadap SU Agung PKR

Posted: 18 Apr 2013 02:50 AM PDT

April 18, 2013

KUALA LUMPUR, 18 April — Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memohon mendapatkan perintah penghakiman ingkar terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail kerana gagal memfailkan memorandum kehadirannya di mahkamah dalam satu kes saman fitnah.

Felda menfailkan permohonan itu pada 5 April lepas di Mahkamah Tinggi di sini dan menyerahkannya kepada Saifuddin tiga hari kemudian.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Felda memberitahu media bahawa Hakim Lee Heng Cheong menetapkan 30 April ini untuk sebutan permohonan itu selepas kes itu disebut di kamarnya hari ini.

Beliau berkata mahkamah menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Saifuddin, yang diwakili peguam S.H Tan, memfailkan afidavit balasan.

Pada 7 Jan lalu, Felda memfailkan saman fitnah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan lima lagi berhubung kenyataan penjualan minyak sawit mentah ke Israel. 

Felda menamakan Mazlan dan Mustafa sebagai defendan pertama dan kedua manakala Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd serta Saifuddin, masing-masing sebagai defendan ketika hingga ketujuh.

Dalam pernyataan tuntutannya, Felda mendakwa Mazlan telah memuat naik kata-kata fitnah di laman sosial facebook miliknya pada 19 Nov tahun lepas dan empat hari selepas itu (23 Nov), Mazlan pula mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu perhimpunan di hadapan pejabat Felda.

Felda mendakwa kenyataan fitnah yang dikeluarkan Mazlan diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam menerusi beberapa artikel dalam akhbar Harakah pada 26 hingga 29 Nov tahun lepas.

Menurutnya kenyataan fitnah itu menjejaskan reputasi Felda dan mendakwa kesemua defendan sengaja berbuat demikian untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi.

Felda menuntut ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah dan kos ke atas semua defendan.

Felda juga menuntut satu arahan injunksi bagi menghalang Mazlan dan ejennya berbicara atau menerbitkan kata-kata fitnah tersebut di internet atau media cetak. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved