Khamis, 18 April 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Pencalonan Zul: MIC membisu

Posted: 17 Apr 2013 05:19 PM PDT

April 18, 2013

Uthaya Sankar SB berkarya dalam Bahasa Malaysia. Beliau adalah presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya. Selain menulis, membaca dan bercakap, beliau juga suka menonton filem.

18 APRIL — Oleh kerana undang-undang negara gagal menjatuhkan hukuman setimpal ke atas Zulkifli Noordin yang menghina kaum India dan agama Hindu, maka biarlah rakyat menghukum individu itu dengan memastikan dia kalah di Parlimen Shah Alam dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei.

Demikian ringkasan pandangan dan hujah berani yang dikemukakan oleh ketua pengarang akhbar Thina Kural, P.R. Rajan dalam ruangan editorial akhbar itu pada 17 April.

Sehari sebelum itu, saya menunggu dengan penuh debaran untuk mengetahui siapakah calon-calon Barisan Nasional (BN) dan MIC yang akan bertanding, khususnya bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak menyerahkan surat aku janji dan watikah pencalonan kepada calon-calon BN Selangor di Shah Alam manakala Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel mengumumkan senarai calon MIC bagi seluruh negara di pejabatnya di Kuala Lumpur.

Kejutan besar yang saya terima adalah apabila dimaklumkan beberapa rakan menerusi laman rangkaian sosial Facebook bahawa Timbalan Presiden Perkasa yang juga bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu diumumkan bakal bertanding atas tiket BN bagi merebut kerusi Parlimen Shah Alam.

Pencalonan Zulkifli tidak mendapat reaksi mana-mana pemimpin MIC.Kejutan terbesar pula adalah apabila saya mendapat pengesahan berita itu menerusi Utusan Online dan Bernama bahawa Zulkifli bertanding sebagai "rakan BN".

Masyarakat pelbagai kaum dan agama pasti ingat bagaimana pada 3 April, Zulkifli "menyusun sepuluh jari mohon maaf sekiranya saya mengguris hati mereka (penganut agama Hindu) kerana saya tak berniat nak menghina agama Hindu".

Bagaimanapun, dua hari kemudian, keluar pula berita mengenai satu lagi klip video menunjukkan lelaki rasis dan ultra kiasu itu menuturkan kata-kata seperti "entah keling mana bawa kitab Hindu dia" dan "keling ni bawa kitab Hindu sumpah" pada 6 Mac.

Apakah agaknya reaksi para pemimpin MIC yang selalu mendabik dada mengatakan bahawa mereka dan parti mereka mewakili kaum India dalam kerajaan dan BN? Mampukah mereka bersuara menentang pencalonan Zulkifli atau hanya tunduk membisu di hadapan tuan (Umno)? Segera saya tidak sabar untuk mendapatkan akhbar-akhbar Tamil pada 17 April untuk melihat "kejantanan" dan "keikhlasan" para pemimpin MIC — khususnya 9 calon kerusi Parlimen dan 18 calon kerusi DUN — bersuara demi maruah kaum India. Tambahan pula, Najib sendiri mengakui bahawa undi kaum India bakal menjadi penentu kejayaan BN dalam PRU-13.

Bukan salah akhbar-akhbar Tamil

Apabila saya meneliti kelima-lima akhbar Tamil pada keesokan hari, saya amat kecewa. Akhbar Tamil Nesan, Malaysia Nanban, Makkal Osai, Thina Kural dan Nam Naadu tidak menyiarkan sebarang "bantahan" pemimpin MIC terhadap pencalonan Zulkifli. Saya tidak membazir masa membaca Senthamil, akhbar keenam yang terbit mulai 1 Mac.

Saya tidak menyalahkan akhbar-akhbar Tamil berkenaan atas "kegagalan" menyiarkan berita yang sangat-sangat saya harapkan dan mahu dibaca oleh orang ramai. Bak kata pepatah Tamil, apa yang ada di dalam periuk, itulah yang akan dapat dicedok dengan senduk.

Pada sebelah malam 16 April, seorang rakan wartawan kanan yang berwibawa dari Makkal Osai menyatakan menerusi Facebook bahawa "tidak ada seekor anak jantan dari MIC berani menyoal Najib mengenai pencalonan Zulkifli".

Akhbar-akhbar Tamil pada 17 April dihiasi berita-berita mengenai pencalonan BN dan MIC. Wajah-wajah ceria Palanivel, Subramaniam, Devamany, Saravanan, Sakthivel, Prakash Rao, Murugesan dan Mogan (lapan calon kerusi Parlimen) serta 18 calon kerusi DUN menghiasi kesemua akhbar berkenaan. Sekali gus membuatkan saya semakin menyampah pada "kedayusan" para pemimpin terbabit.

Sebelum ini, menerusi kempen "Sayangi Selangor, Yakini BN" dalam usaha merampas semula Selangor, Najib kononnya sudah mengakui kesilapan lalu dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan. Tetapi "Tokoh Nambikei" kini membuatkan keyakinan/kepercayaan orang ramai (khususnya kaum India) "hancur seperti tembikai" apabila memilih Zulkifli sebagai calon BN.

Rata-rata akhbar Tamil semalam menyiarkan berita pencalonan MIC/BN.Muka depan Makkal Osai melaporkan, senarai calon MIC menampilkan "50% muka baru, 100% dijamin menang". Thina Kural pula melaporkan bahawa MIC berdepan "ujian besar kerana kurang satu kerusi DUN". Berita penting pengumuman "80% muka baru di Selangor" oleh Najib mendapat tempat di kesemua akhbar Tamil.  Senarai penuh calon-calon BN seluruh negara disiarkan di halaman 2 dan 6 akhbar Malaysia Nanban.

Di muka depan Tamil Nesan dan Malaysia Nanban, wajah-wajah calon MIC serta logo parti dipaparkan sebagai berita utama. Muhyiddin Yassin pula mengingatkan pengundi supaya "jangan percaya janji-janji kosong pembangkang". Berita calon-calon BN di Wilayah Persekutuan dan MIC di Perak juga disiarkan di bahagian dalam.

Mengikut data, ada sekitar 15,000 pengundi kaum India di Parlimen Shah Alam, sekitar 31,000 (Kota Raja), hampir 21,000 (Kapar) dan sejumlah 17,000 (Subang). Malangnya tiada berita yang dinantikan pembaca akhbar Tamil mengenai pencalonan Zulkifli.

Palanivel lebih berminat untuk mendabik dada membuat kenyataan bahawa "BN akan rampas kembali Kedah, Perak dan Selangor" (Makkal Osai, halaman 16). Vikneswaran — yang tidak dicalonkan — pula menyeru kaum India supaya "jangan lupa wajah suci Perdana Menteri" (Thina Kural, halaman 5) dan "undilah calon-calon MIC dengan menganggap mereka sebagai adik-beradik" (Tamil Nesan, halaman 15).

Memanglah akhbar Makkal Osai (halaman 3), Thina Kural (halaman 16), Tamil Nesan (halaman 2) dan Malaysia Nanban (halaman 1) menyiarkan foto dan berita lelaki fanatik, rasis, etnosentrik dan ultra kiasu bernama Zulkifli. Tetapi sekadar disiarkan sebagai berita bahawa dia calon BN untuk kerusi Parlimen Shah Alam.

MIC, PPP akan bantu Perkasa berkempen?

Akhbar Thina Kural tampil dengan kelainan (baca: keberanian) apabila menyiarkan kenyataan bekas ADUN Sungkai, A. Sivanesan (DAP) yang mempersoalkan tindakan BN mencalonkan individu rasis seperti Zulkifli. Dalam berita di halaman 5, politikus itu bertanya, apakah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India/Hindu dan MIC akan menyuarakan bantahan.

Di halaman 7 akhbar sama, disiarkan analisis menarik oleh Pengerusi Suaram, K. Arumugam bertajuk "Jika BN menang, Rakyat alami kekalahan". Manakala dilaporkan di halaman 16 bahawa "Umno Selangor ketakutan kerana Muhammad Taib sertai PAS".

Pencalonan Zulkifli tidak mendapat reaksi mana-mana pemimpin MIC.Laporan di halaman 8 dan 9 akhbar Nam Naadu secara terang-terangan adalah kempen bagi calon-calon MIC menjelang PRU-13. Bagaimanapun, saya tertarik membaca berita di halaman 3.

Pada 16 April, tersebar berita menerusi Facebook bahawa Ketua MIC Bahagian Shah Alam, Suppaiah mahu meletak jawatan berikutan pencalonan Zulkifli. Tentu sahaja "tindakan berani" itu mendapat sokongan ramai orang di ruang siber. Bagaimanapun, saya terpaksa membetulkan "berita palsu" itu sebelum ia terus menular. Hal ini berikutan Nam Naadu melaporkan penafian Suppaiah. Rupa-rupanya hanya khabar angin di ruang siber!

Di halaman 5 akhbar Tamil Nesan, dilaporkan bahawa "Najib berjaya tawan hati kaum India melalui slogan Nambikei". Sepatutnya ditambah bahawa "nambikei" itu hancur pada saat Najib mengangkat Zulkifli sebagai calon BN.

Pada Februari 2013, Ketua Publisiti dan Perhubungan MIC, Vell Paari lantang bersuara menentang tindakan Ridhuan Tee Abdullah menghina penganut agama Hindu. Orang kuat akhbar Tamil Nesan itu juga mengancam (kononnya) akan berkempen meminta orang ramai tidak mengundi calon-calon BN dalam PRU-13 jika tiada tindakan diambil ke atas lelaki ultra kiasu itu.

Dalam kes pencalonan Zulkifli pula, saya amat kecewa kerana tiada sebarang kenyataan Vell Paari disiarkan di Tamil Nesan. (Kenyataannya hanya disiarkan di beberapa portal berita dalam talian semalam dan mungkin disiarkan di akhbar-akhbar Tamil hari ini.)

Berbalik pada keberanian ketua pengarang akhbar Thina Kural, P.R. Rajan membidas pencalonan Zulkifli, beliau turut menyebut dalam ruangan editorial akhbar itu mengenai "nambikei yang tercedera".

Agak menarik apabila Rajan mengungkitkan mengenai tindakan pantas Pemuda MIC berkejar ke Sepang dan segera membina semula tempat sembahyang (kuil kecil) yang dirobohkan pihak berkuasa tempatan tidak lama dahulu. Bagaimanapun, MIC hanya mengunci mulut apabila individu ultra kiasu yang menghina agama Hindu dan kaum India dicalonkan atas tiket BN dalam PRU-13.

"Perkasa tentu turun padang berkempen bagi Zulkifli di Parlimen Shah Alam. Apakah pemimpin MIC, PPP dan sebagainya akan turut serta tanpa rasa malu dan terhina?" Rajan bertanya sambil menyatakan bahawa harapan orang ramai adalah agar pengundi kaum India di kawasan Parlimen Shah Alam tidak mengundi Zulkifli. 

"Biarlah kekalahan Zulkifli menjadi ubat bagi nambikei (keyakinan) kita yang dicederakan," katanya dengan penuh simbolik dan saya amat bersetuju dengan seruan itu.

* Uthaya Sankar SB tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi beliau menentang politikus dan parti politik yang korup dan mengamalkan rasisme.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis. 

Paradise at our doorstep

Posted: 17 Apr 2013 04:45 PM PDT

April 18, 2013

Dr Kamal Amzan is concerned about where the country is heading, and whether the correct diagnoses and treatment will be able to save us all. He believes that politics is both an art and a weapon, which can be deadly in the wrong hands.Follow him on Twitter at @drkamalamzan.

APRIL 18 — The best things in life are sometimes just around the corner. 

For instance, I am very used to being stared at whenever I walk into a Chinese coffeeshop for a drink. It is fine for a Chinese to walk into a Malay restaurant for a meal but when a Malay man steps into a Chinese restaurant, he is immediately treated as an exotic specimen. 

The prolonged staring, gawking and the noticeable hush are enough to make one blush. 

Sometimes, even the shop owners are caught by surprise. They will stand at the counter watching — sweat on their forehead, clearly unsure of how to handle this Malay man, before taking slow, careful strides towards me. All the while looking confused and concerned.

I have had one shop owner come up to me and say: "Eh, we sell pork here you know?" 

Of course, I do not get such treatment at all Chinese restaurants but believe me these things happen, pathetically underlining how divided we are as Malaysians. 

We cannot even sit and drink in the same restaurant without being reminded of our differences.

So imagine my surprise when I was treated with no stares, no gawking, no hushed whispers when I walked into a Chinese restaurant last week. The shop owner greeted me in impeccable Malay, rambling on about the specials they have for the day.

He stopped midway after seeing the confused expression on my face. This time, I was the one caught off guard.

"Eh kamu tidak sihat ya? Baik minum air dulu bah."

It hit me then. I was in the "twilight zone" called Sabah. 

When Malaysians in Peninsular Malaysia are arguing over who is more 1 Malaysia than whom, we do not seem to realise that the Sabahans are already light years ahead in terms of racial integration.They are the living example that Malaysians can be Malaysians first, second and last.

Or to use the politically approved term, "1 Malaysia."

They are the home, the capital and the epicentre of everything we Peninsular Malaysians refer to when we say 1 Malaysia.

No wonder all the political parties are vying for it. No wonder the foreigners are crazy over it and want to stake their claim for it. And no wonder they are anxious to keep Peninsular Malaysians away from their shores. 

Whether it was the PM or his deputy at that time, we were the ones who initiated Project IC granting citizenships to immigrants, which has resulted in the rise of many social ills, crimes, etc. The many, many Filipinos with IC have complicated the security situation even more. 

One would have thought that we have done enough to this beautiful state but as our general election draws near, I fear this is only the beginning.

The politicians have again started to promise Utopia to Sabahans. Sabahans are spoilt for choices from free laptops to even bigger, annual cash handouts, to more autonomy within the federation of Malaysia. 

And as if on cue, the promise of a better tomorrow was accompanied by fights between supporters of opposing political parties in KK airport, showcasing first hand the kind of politics setting foot in Sabah.

What do ordinary Sabahans really want? 

They want better constructed and lit state roads that are not riddled with potholes. They want an uninterrupted supply of clean water and electricity. They want educational opportunities for their children to enable them to compete fairly. They want a bridge built to Labuan, and more employment opportunities.

At least this is what the Sabahans in Sipitang want.

But most importantly, and this applies to all Sabahans, they do not want their way of life dictated to, changed or resemble anything Peninsular Malaysian. Economically fine. But not when it comes to our brand of racial, religious tolerance and integration, nor the way we use politics to gain support at the expense of national unity, integrity and the future camaraderie of young Malaysians.

And rightly so because why should they? It is us Peninsular Malaysians who should be adopting their way of life.

I have been here less than a month and it is apparent that this state is the closest we will ever have to a social, cultural and religious utopia. I can only hope they will safeguard their heritage and way of life, preserving it for the benefit of our future generation from unscrupulous individuals bent on separating Malaysians for political gains.

This state has quietly achieved what Peninsular Malaysians have tried but failed — the creation of one Bangsa Malaysia. 

* This is the personal opinion of the columnist.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved