Isnin, 8 April 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Sumbang mahram: Bekas nelayan, isteri dipenjara 18 tahun

Posted: 08 Apr 2013 02:43 AM PDT

April 08, 2013

PUTRAJAYA, 8 April — Seorang bekas nelayan berusia 76 tahun yang melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya enam tahun lepas, akan menghabiskan sisa umurnya di dalam penjara.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 18 tahun terhadap lelaki itu oleh Mahkamah Sesyen Kota Baharu.

Ketika mengetepikan rayuan lelaki yang kelihatan lemah itu terhadap sabitan dan hukuman itu, Apandi berkata hukuman penjara adalah bersesuaian dengan jenayah yang dilakukan.

"Lebih baik awak duduk di dalam penjara dan soal perubatan awak akan diuruskan," katanya kepada tertuduh yang mempunyai 13 anak hasil tiga perkahwinan.

Satu-satunya perkara yang 'menyenangkan hati' tertuduh daripada Mahkamah Rayuan adalah tarikh hukuman penjaranya bermula dari 21 Jan 2007, iaitu tarikh dia ditangkap.

Dia ditahan reman kerana gagal membayar wang jaminan.

Dua lagi hakim yang menganggotai panel rayuan itu ialah Datuk Linton Albert dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin.

Mahkamah Sesyen, yang mendapati tertuduh bersalah, menjatuhi hukuman 18 tahun tetapi memerintahkannya supaya menjalani hukuman mulai 17 Dis 2009, iaitu tarikh mahkamah sesyen membuat keputusan.

Dia melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang ketika itu berumur tujuh tahun, di sebuah rumah tidak bernombor di daerah Tumpat pada 19 Jan 2007.

Tertuduh gagal dalam rayuannya di mahkamah tinggi.

Menurut fakta kes tertuduh mengahwini ibu kanak-kanak perempuan itu dan pada malam kejadian, dia mengadakan hubungan kelamin dengan isterinya.

Tertuduh selepas itu mengadakan pula hubungan seks dengan anak tirinya dengan bantuan ibu kanak-kanak itu yang memegang kedua-dua tangan dan menutup mulutnya.

Kanak-kanak itu mengadu tentang penderaan seks itu kepada neneknya yang kemudian membuat laporan polis sebelum menghantarnya ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.

Ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat dan dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh mahkamah sesyen.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Bache berhujah mahkamah rayuan perlu mengambil masa dalam membatalkan keputusan mahkamah prbicaraan yang turut dikekalkan oleh mahkamah tinggi.

Beliau berkata pembelaan tertuduh adalah semata-mata penafian, dan menambah tertuduh mendakwa mati pucuk tetapi dia tidak mengemukakan bukti perubatan untuk menyokong dakwaannya.

Peguam Ahmad Nizam Mohamed yang mewakili tertuduh berhujah terdapat percanggahan penting dalam keterangan kanak-kanak perempuan itu dan faedah kesangsian perlu diberi kepada anak guamnya. — Bernama

PKR Pahang semakin keliru, ahli umum jadi calon bebas

Posted: 08 Apr 2013 02:42 AM PDT

April 08, 2013

KUANTAN, 8 April — Ketidaksepakatan parti pembangkang dalam pelbagai perkara kini semakin jelas apabila Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Paya Besar, Zahari Mamat hari ini mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas untuk kerusi Parlimen Paya Besar.

Zahari, 52, berkata sekalipun akan bertanding sebagai calon Bebas, beliau masih lagi menjadi anggota dan ketua cabang PKR kawasan berkenaan.

"Hari ini, saya sekadar ingin memaklumkan saya akan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Paya Besar, perkara lain (hal-hal lain) akan dimaklumkan kemudian selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membeli borang untuk bertanding calon Bebas di Pejabat SPR Pahang di sini hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah di Kuantan, mengumumkan Murnie Hidayah Anuar, 29, seorang peguam, sebagai calon yang akan mewakili parti itu di Paya Besar.

Selain Zahari, turut mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas ialah Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Paya Besar, Mohamad Fauzi Ramli, 25, yang juga anggota PKR, yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Lepar.

Turut hadir membeli borang ialah bekas Timbalan Pengerusi III PKR Pahang, G. Ramponusamy dan juga seorang aktivis, Mohd Shukri Mohd Ramli, 42 tahun atau lebih dikenali sebagai Cucu Mat Kilau.

Ramponusamy berkata beliau akan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Indera Mahkota manakala Mohd Shukri di DUN Teruntum.

Anwar ketika berceramah di Kuantan pada 30 Mac lepas, turut mengumumkan Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman dsebagai calon parti itu bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota.

Semalam, PKR Pahang turut menerima tamparan awal menjelang pilihan raya umum ke-13 apabila seramai 300 ahlinya di Indera Mahkota bertindak keluar parti itu.

Seramai 300 bekas ahli PKR yang diketuai bekas Naib Ketua cabang PKR Indera Mahkota, M. Ramesh, bertindak mengumumkan mereka meninggalkan parti itu dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Lima tahun lepas kami termakan janji PKR, tapi selepas lima tahun kebajikan kami, kaum minoriti India sebenarnya tidak pernah dibela pun oleh PKR," katanya. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved