Isnin, 8 April 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


A policy impasse

Posted: 07 Apr 2013 04:42 PM PDT

April 08, 2013

Yin Shao Loong is a policy advisor with a passion for history, human rights, and the environment. He lectures occasionally on ideas and history.

APRIL 8 — It is entirely appropriate that the prevailing colour of Barisan Nasional's 2013 manifesto is white. From the disingenuous copywriting of the preamble to the jumble of proposals within, it is clear that this is largely a whitewashing exercise.

It tries to present the Barisan Nasional (BN) as a democratic and competent government, respectful of human rights, and capable of taking Malaysia into the future. Unfortunately for them the symptoms of BN's chronic policymaking impasse litter the document.

With election reforms stillborn, the preamble has the gall to cite the rakyat's power to select their government according to "free and fair elections", but the overwhelming message of BN's manifesto to the rakyat is: "Don't Change."

BN seems to have taken their own advice to heart because there is little new here to appeal to a more critical electorate.

Aping Pakatan's manifesto title — Pakatan Harapan Rakyat — the BN manifesto tries to promise hope to the rakyat, but its profound cowardice in tackling necessary structural reforms means that its political economy based on corrupt rentiership and patronage will continue unchecked.

Under continued BN governance, therefore, Malaysia will continue to haemorrhage wealth and wallow in inefficiency.

The Pakatan Rakyat Manifesto, on the other hand, has lined up this system of corruption as the central target of its structural reforms. Reallocating wealth from cronies and monopolies to the rakyat based on need and redistributive justice is the core of Pakatan's platform.

Pakatan Rakyat's manifesto was launched on February 25. BN has had six weeks to finalise its response and the results are predictably disappointing. It is reflective of the decline in the talent pool of BN's leadership and its increasing reliance on consultancy firms for policy content.

By strategically avoiding the BN's greatest deficiency — its inability to deliver structural change by challenging vested interests — the BN manifesto proposes piling on more piecemeal palliative remedies over flawed structures.

These are the usual motley initiatives prefixed with a "1" that have come to mark the prime minister's presidential, personality-driven, mandate-less reign.

Rather than propose solid means of raising the rakyat's income through productivity improvements and eliminating the middlemen, the BN manifesto aims to continue fiscally unsustainable cash handouts under BR1M.

Of course, there is a hint of how the blow to revenues may be squared. The BN now speaks of implementing a "broad-based tax system" over the next five years, which we can take to be code for the implementation of the long-threatened goods and services tax (GST).

This means that BN will give BR1M with the right hand and take it away as taxes with the left. A more sustainable approach that would improve the rakyat's quality of life would be to raise incomes first by generating more value-added before imposing the regressive GST.

Pakatan Rakyat can take such an approach because it has no interest in protecting the fiscal leakages owing to corruption and patronage.

BN has to protect its patronage system and raise revenues to cover the massive budget deficits they have incurred. Because they have no clear economic vision their principal option is to tax the rakyat.

The shallow remedies continue to mount.

Rather than tackle the cabotage policy that structurally punishes east Malaysian consumers, the BN proposes a vague "1 Country 1 Price" policy for unspecified essential goods. This implies more subsidy payments, which will be financed by taxpayers.

Rather than abolishing rentiers and allowing only actual operators to own taxi permits, the BN merely proposes increasing individual taxi permits.

Rather than redressing the manpower imbalance and inefficiencies in the police force where criminal investigation is six times smaller than non-criminal divisions (which includes regime-protection forces such as the FRU and Special Branch), the BN proposes to leave redundant divisions untouched whilst relying on a volunteer reserve to patrol crime.

Crime prevention should by right be tasked to full police officers and the heavy case burden of crime-solving detectives needs to be addressed by increasing their staff. None of this is present in the BN manifesto despite the longstanding findings of the Dzaiddin Commission on police reform. The commission's proposal for a Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) remains absent.

These are all, of course, issues addressed in the Pakatan Rakyat Manifesto, the Buku Jingga, Pakatan Rakyat's Belanjawan (Budget) 2013, Common Policy Platform, and other policy documents. The BN has essentially produced an inferior copy of them, like a cetak rompak (pirated copy).

Outright examples of cutting and pasting include the proposal for Bus Rapid Transit systems lifted from the Pakatan Rakyat Belanjawan 2013 and the return of 20 per cent of revenues to petroleum-producing states.

In the wake of Pakatan's provocative campaign on car price reduction, the BN proposes reducing the cost of cars by 20-30 per cent, though they omitted mention of slashing excise duties which will be necessary to produce such savings.

The items which haven't been copied and diluted from Pakatan Rakyat are thin on inspiration.

The BN is proposing to bloat government further by setting up a new ministry to cover urban affairs rather than empowering state and local governments to tackle their cities.

There are nonsensical items such as more 1 Malaysia products in petrol stations and hypermarkets. It is not clear who this helps besides the contractors/suppliers and the prime minister's personal association with the 1 Malaysia brand. The people don't need more Soviet-style products, they need better wages and a fairer government.

The fact that BN has copied so liberally from the Pakatan Rakyat Manifesto shows that policy competition is now a central feature of Malaysian politics. This is a good thing and represents progress from a politics of character assassination, though BN has yet to abandon that.

Malaysia will benefit from a strong opposition capable of making solid counter-proposals to government policy rather than producing weak echoes.

BN clearly needs to focus on strengthening its deficiencies in policymaking in order to remain relevant when Pakatan Rakyat forms the next government.

Disclosure: The writer was involved in preparing the Pakatan Rakyat Manifesto, available here.

* Yin Shao Loong is a research director at Institut Rakyat.

* This is the personal opinion of the columnist.

Undi pecah, BN untung

Posted: 07 Apr 2013 04:23 PM PDT

April 08, 2013

Uthaya Sankar SB berkarya dalam Bahasa Malaysia. Beliau adalah presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya. Selain menulis, membaca dan bercakap, beliau juga suka menonton filem.

8 APRIL — Nampaknya Parti Hak Asasi (Human Rights Party) sudah memulakan kempen untuk bertanding merebut tiga kerusi Parlimen iaitu Kota Raja, Kelana Jaya dan Kuala Selangor, serta lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sri Andalas, Sri Muda, Seri Setia, Bukit Melawati dan Ijok.

Gambaran paling umum yang diberikan adalah seolah-olah "kubu kuat" HRP — yang merupakan serpihan berikutan perpecahan Hindraf — hanyalah di Selangor. Malah, seolah-olah HRP hanya mampu merebut kerusi yang ditandingi/dipertahankan calon Pakatan Rakyat (PR).

Suatu kebimbangan yang pasti wujud dalam kalangan pengundi di Parlimen dan DUN terbabit adalah kemungkinan undi penduduk (khususnya kaum India) pecah akibat keputusan wakil-wakil HRP bertanding sebagai calon bebas. Apabila undi berpecah antara calon PR dan HRP, calon Barisan Nasional (BN) yang akan untung besar.

Risalah kempen untuk Uthayakumar sudah mula diedarkan untuk memancing undi kaum India.Perkara ini saya timbulkan menerusi laman rangkaian sosial Facebook pada 6 April dan wakil HRP, A. Sugumaran tampil memberikan penjelasan. Rakan-rakan lain juga terlibat dalam perbincangan terbuka yang sekurang-kurangnya membuka ruang untuk berdialog tentang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut Sugumaran, HRP mahu bertanding kerana Umno/BN dan PR "kedua-duanya menafikan hak orang India miskin. Mereka sudah tiada pilihan. Kalau tak mahu undi pecah, suruh Anwar Ibrahim beri laluan untuk HRP lawan BN".

Nagathisen Katahenggam dari Jelutung, Pulau Pinang juga yakin bahawa tindakan HRP hanya bertujuan memecahkan undi dan akhirnya pihak yang mendapat faedah adalah BN. Kebimbangan ini memang wajar dan amat berasas kerana kesemua kerusi yang ditandingi HRP adalah milik PR selepas PRU-12. 

Berbalik kepada kenyataan Sugumaran mengenai hak orang India miskin dinafikan, saya tertanya-tanya apakah HRP memperjuangkan hak pengundi kaum India miskin sahaja? Tambahan pula, itulah gambaran jelas yang diberikan menerusi risalah HRP yang turut diedarkan di sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam dan saya juga menerimanya pada 5 April.

Sugumaran, seorang guru swasta yang tinggal di Kota Kemuning, Shah Alam segera menafikan kata-kata itu. Menurutnya, HRP bersikap antirasisme.

"Kami tidak mahu mana-mana kerajaan amalkan/teruskan polisi perkauman yang menindas orang India miskin secara langsung dalam segenap lapangan. Kami tidak percaya pada retorik politik kononnya PR berjuang untuk semua kaum. Makna 'semua kaum' bagi PR hanya merujuk kepada kaum Melayu dan Cina!" Demikian kata jurucakap HRP kelahiran Bedong, Kedah itu.

Seorang kenalan dari Taman Sri Muda, Adam Farhan yang merupakan bakal pengundi Parlimen Kota Raja dan DUN Sri Muda turut mengemukakan pandangan.

Pada pengamatan Adam, taktik yang cuba diamalkan oleh HRP adalah "muslihat tertua dalam politik" iaitu teknik "pecah dan perintah". Pemuda ini adalah pemerhati politik dan hasil perbualan saya bersama-samanya sebelum ini, Adam memang memiliki pengetahuan dan maklumat yang mendalam mengenai hal-hal politik.

"Taktik pecah undi bukan sesuatu yang baru. Apabila sudah tahu tidak boleh menang majoriti, maka pihak tertentu akan cuba pecahkan undi pihak lawan. Berdasarkan statistik yang ada di tangan saya, sekitar 95 peratus pengundi Cina di Kota Raja akan mengundi calon PR. Sekitar 84 peratus pengundi India dan hampir 44 peratus pengundi Melayu juga dijangka memilih PR.

Adam berharap kaum India menyedari taktik pecah undi yang cuba diterapkan."BN tahu bahawa mustahil untuk mendapatkan kembali undi kaum Cina. Sokongan orang Melayu pada BN masih kuat. Maka, undi kaum India di Kota Raja dan Sri Muda cuba dipecah kerana ramai pengundi India di sini. Kalau undi kaum India berpecah antara PR dan HRP di Parlimen dan DUN terbabit, ada peluang BN menang dengan majoriti kecil. Saya harap pengundi kaum India menyedari taktik politik yang cuba diterapkan ini," katanya.

Saya juga tertanya-tanya mengapa HRP secara khusus hanya bertanding di tiga kerusi parlimen dan lima kerusi DUN yang dikuasai PR di Selangor.

"Kota Raja mempunyai pengundi kaum India yang terbanyak (29 peratus) di Malaysia dan satu per tiga penduduk kaum India tinggal di Selangor. Kawasan ini juga mempunyai penyokong Hindraf yang paling ramai terlibat dalam Perhimpunan Hindraf (November 2007). Jadi ini adalah tempat terbaik untuk Hindraf menang," Sugumaran menjelaskan.

Mengenai soal memecah undi pula, guru swasta itu bertanya: "Mengapa perlu menghadapi risiko undi pecah? Mintalah Anwar menerima Uthayakumar sebagai calon PR di Kota Raja. PR pasti memang dan pengundi kaum India seluruh negara tidak akan keliru siapa yang perlu diundi. Kami sokong PR hanya jika PR menerima calon kami. Apa kurangnya Uthayakumar?"

Berdialog, berkongsi maklumat di Facebook

Berikut adalah perbincangan lanjut yang berlaku menerusi Facebook berkenaan topik tersebut:

Adam: Benar. Malangnya undi kaum India sahaja tidak mencukupi untuk HRP menang di Kota Raja. Harus diingat bahawa pengundi Melayu adalah sekitar 46 peratus dan Cina pula 25 peratus di Kota Raja. HRP masih memerlukan undi kaum-kaum lain tetapi tentulah sukar diperoleh jika HRP hanya mahu menjadi "juara" bagi kaum India. Sebaliknya, BN akan mendapat untung apabila undi berpecah antara PR dan HRP.

UthayaSB: Apakah penyokong Hindraf (2007) semuanya masih menyokong HRP dan Uthayakumar?

Sugumaran: Tiada siapa yang tahu. Satu cara untuk tahu adalah dengan bertanding di situ!

UthayaSB: Apakah Uthayakumar dan HRP mahukan undi kaum India sahaja? Adakah Uthayakumar mahu ke Parlimen untuk mewakili kaum India sahaja selepas mendapat mandat dan sokongan pengundi pelbagai kaum di Kota Raja?

Sugumaran: Tidak dan tidak (bagi kedua-dua soalan di atas). Pengundi yang antirasisme patut mengundi HRP. Selepas menang, kami akan jaga hal semua kaum, termasuk hal kaum India yang sering dipinggirkan.

Adam: Terus terang, saya tiada masalah jika HRP ingin bertanding di Kota Raja kerana ini negara demokrasi dan sesiapa sahaja boleh bertanding jika layak. Tetapi untuk mengubah tampuk pemerintahan negara, undi kepada BN mesti dinafikan dan PR harus berjaya ke Putrajaya. HRP hanya bertanding di tiga kawasan Parlimen. Maka jelaslah niat HRP bukan mahu ke Putrajaya tetapi mahu meletakkan wakil HRP di Parlimen. Tiada salah dalam impian itu. Tetapi amat malang jika tindakan mereka bertanding hanya memecah undi, menguntungkan calon BN, sekali gus menafikan peluang HRP sendiri untuk menghantar wakil ke Parlimen.

'Tiada siapa yang tahu jika penyokong Hindraf (2007) masih menyokong HRP,' akui Suguraman.UthayaSB: Berbalik pada pengakuan Sugumaran tadi, kalau Anwar tiba-tiba memberi peluang kepada Uthayakumar dan HRP untuk bertanding atas tiket PR, apakah semua maklumat menghentam PR dalam risalah yang diedarkan pada 5 April akan dipadam dan dilupakan?

Sugumaran: Sistem pilihan raya di Malaysia tidak adil. Ada 800 ribu pengundi kaum India tetapi tidak ada satu kerusi majoriti pun kerana masyarakat India tinggal berselerak. Jika ada pun kawasan pengundi majoriti kaum India, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah lakukan persempadanan semula sehingga tiada satu pun kawasan majoriti pengundi kaum India. Inilah punca utama isu kaum India tidak dapat dibawa ke Parlimen; termasuk oleh Ahli Parlimen kaum India sebelum ini yang rata-rata menang atas undi Melayu dan Cina. Kita asyik salahkan Samy Vellu sedangkan sistem pilihan raya tidak berlaku adil kepada kaum India!

UthayaSB: Maknanya, Uthayakumar mahu ke Parlimen dengan undi kaum India; berbanding Ahli Parlimen kaum India sebelum ini (PRU-12) yang pada pendapat HRP telah menang atas undi Melayu dan Cina?

Adam: Jika Uthayakumar berjaya menjadi Ahli Parlimen, apakah beliau masih menggunakan tagline "Calon Hindraf Pertama di Parlimen"? Bagi saya, mana-mana calon yang bertanding haruslah mewakili semua kaum kerana tidak mungkin dia menang dengan undi satu kaum sahaja. Tambahan pula, sejak PRU-12, politik berasaskan kaum semakin ditolak generasi muda.

HRP mahu Anwar buka UiTM kepada pelajar semua kaum.Sugumaran: Konsep mewakili semua kaum itu adalah penipuan semata-mata! Anwar, Hadi Awang dan Lim Kit Siang; mereka ini adakah wakili semua kaum?

Adam: Harus diingat bahawa PAS, PKR dan DAP membuka keahlian kepada semua kaum. Manakala Umno, MCA dan MIC yang merupakan komponen utama BN hanya eksklusif bagi kaum yang diwakili. Maka dengan jelas sudah dapat dinilai siapa yang sebenarnya mewakili semua kaum dan sebaliknya. Saya ingin tahu juga adakah keahlian HRP eksklusif untuk kaum India miskin sahaja atau dibuka kepada semua kaum di Malaysia?

Sugumaran: Saya tak nak dengar retorik politik. Kaum saya merana; saya mahukan penyelesaian mutlak! Kalau benar PR untuk semua kaum, suruh Anwar buka Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk semua kaum; buka Giatmara untuk semua kaum! Cuba layari laman HRP dan lihatlah sendiri tahap penindasan terhadap orang India miskin. Tak ada di mana-mana dalam dunia; Malaysia paling rasis!

Perbincangan di atas mungkin kelihatan hanya melibatkan tiga individu tetapi saya percaya masih mewakili pelbagai pihak yang mempunyai pandangan yang serupa. Atau sekurang-kurangnya membuka laluan untuk perbincangan lanjut dalam kalangan orang ramai. 

Apa yang penting, orang ramai perlu memahami situasi yang akan wujud sekiranya HRP bertanding merebut kerusi yang turut ditandingi calon PR. Orang ramai juga wajar memahami punca dan alasan HRP mahu bertanding dalam PRU-13 sebagai calon bebas.

* Uthaya Sankar SB tidak menyokong mana-mana parti politik. Beliau tidak mahu pengundi tertipu.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis. 

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved