Isnin, 22 April 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Planning your online afterlife

Posted: 21 Apr 2013 05:47 PM PDT

April 22, 2013

A geology graduate turned writer, Khairie Hisyam Aliman enjoys stating the obvious... occasionally in writing. He is still figuring out how to write a proper bio of himself.

APRIL 22 — People who know me know that I think about death a lot in a preparing-for-afterlife way. So it was welcome news that Google announced the Inactive Account Manager feature recently. Or as Contextly founder Ryan Singel called it in his tweet, "Google Death Manager."

In a nutshell, the feature allows you to dictate what happens to your Google accounts — which includes Gmail, Drive, Blogger and other Google services — after a certain period of inactivity that signals death, ranging from three, six, nine and 12 months.  One option is to have all data deleted. Another option is you can also instruct Google to send data from some or all the Google services you've engaged to specified contacts.

"We hope that this new feature will enable you to plan your digital afterlife — in a way that protects your privacy and security — and make life easier for your loved ones after you're gone," wrote product manager Andreas Tuerk.

Our digital lives and what happens to them after our physical deaths is a subject that fascinates me. Not everyone gets the chance to get things in order before passing away. Accidents and other misfortunes often have other ideas — never mind social media and online things, some people never even get the chance to say goodbye to loved ones.

With that in mind, let's remember that a lot of people, like me, have exclusive access to their social media accounts like Facebook, Twitter and email. The login names and passwords are all in our heads, and we often use different login names and passwords for different things for security.

So it happens a lot that when people die, their online things become "frozen" in time, inaccessible to their loved ones yet enduring as a (sometimes painful) reminder that their owners once roamed the Net. 

Our statuses, written thoughts and photos remain as snapshots of who we were. Plenty of things on the Internet unfortunately do not yet have a mechanism dealing with owners' demise like what Google is introducing, and sometimes accounts are not deleted even after years of inactivity.

In the case of Facebook, our family members can request Facebook to turn our profiles into a virtual memorial. Of course, that relies on our immediate family members knowing that they have this option. And what if we personally would rather have our Facebook presence completely erased after we die?

The same goes with this latest feature from Google. It's great to decide now what happens to our Google things when we die. But unless you're telling Google to delete it all, it's also important to discuss with your loved ones what you want them to do with your Google things after you die.

Likewise for your forum accounts, various email accounts, Twitter account, etc, if you were suddenly run over by a cement truck tomorrow. Tying up these digital loose ends just in case, so to speak.

Unless, of course, you don't care what happens to your online things after you die, and you're absolutely certain that your loved ones don't care too.

* This is the personal opinion of the columnist.

David dan politik Malaysia

Posted: 21 Apr 2013 05:37 PM PDT

April 22, 2013

Uthaya Sankar SB berkarya dalam Bahasa Malaysia. Beliau adalah presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya. Selain menulis, membaca dan bercakap, beliau juga suka menonton filem.

22 APRIL — "In politics, you either make your enemy guilty or an example."

Demikian terjemahan salah satu dialog yang diucapkan oleh seorang politikus bernama Malati Tai (lakonan Rohini Hattangadi) kepada watak David yang mempersoalkan mengapa bapanya dipukul dan dihina pengikut parti politik pimpinan wanita itu.

Jika anda bercadang menonton filem "David" (2013) tulisan/arahan Bejoy Nambiar, suka saya mencadangkan supaya anda menonton versi Tamil mengenai kisah watak David dan David sebelum menonton versi Hindi mengenai kisah watak David, David, David dan anak David. Ada kejutan (twist) menanti.

Bagaimanapun, sebelum bercakap mengenai filem Tamil/Hindi berkenaan, amat wajar jika kita melihat sedikit perkembangan politik dalam negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Sekiranya diteliti, ada satu bahagian daripada filem "David" yang boleh dikaitkan dengan "naluri kebinatangan" golongan politikus.

Seperti dijangka, MIC sanggup mencium orang yang menghina agama Hindu dan kaum India.Apabila memperkatakan mengenai politik dalam kalangan kaum India, tidak dapat tidak, pasti perlu dikaitkan (walau sedikit) dengan MIC kerana parti politik itu kononnya mewakili "suara" kaum India dalam kerajaan sejak negara merdeka.

Namun begitu, bukti nyata MIC sudah tidak mampu "bersuara" menjadi amat nyata pada saat Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak mengangkat Zulkifli Noordin untuk bertanding kerusi Parlimen Shah Alam sebagai calon "rakan BN" dan MIC hanya membisu.

Maka, kita lupakan sahaja mengenai MIC buat waktu ini. Kredibiliti Najib sendiri sebagai "Tokoh Nambikei" yang melaung-laungkan slogan muluk "1 Malaysia" sejak beberapa tahun lalu juga musnah dan "berkecai seperti tembikai" apabila beliau mengangkat Zulkifli tanpa mengambil kira sensitiviti kaum India dan penganut agama Hindu.

Malah, sebenarnya, pemilihan Zulkifli dibantah masyarakat pelbagai kaum dan agama. Hanya juak-juak BN yang tiada pilihan selain menyokong, menyanjung — malah mencium pipi dan entah menjilat apa lagi — Zulkifli, seorang lelaki yang terbukti rasis, etnosentrik, fanatik dan ultra kiasu.

Permainan politik BN yang sangat menarik juga dapat diperhatikan apabila calon BN bagi Parlimen Pasir Mas "memilih" untuk tidak mengemukakan borang pencalonan pada 20 April. Maka, seorang lagi tokoh rasis, ultra kiasu, fanatik dan etnosentrik bernama Ibrahim Ali sah bertanding sebagai calon bebas menentang calon PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Secara logik, tentulah jentera pilihan raya BN di Pasir Mas tidak akan menyokong calon PAS. Sebaliknya, pasti bermati-matian menyokong Presiden Perkasa itu. Jangan terkejut jika keluar pula foto juak-juak MIC/Umno memeluk dan mencium pipi/mulut lelaki itu yang digelar "katak" kerana selalu lompat parti.

Najib membuktikan kepada masyarakat pelbagai kaum bahawa BN merestui, menyokong serta mengalu-alukan pemimpin rasis, fanatik, etnosentrik dan ultra kiasu dalam pentadbirannya pada masa "dulu, kini dan selama-lamanya". Slogan "1 Malaysia" bagaikan sudah disumbat ke dalam lubang tandas secara rasmi pada 20 April lalu.

Dua hari sebelum itu, perpecahan lebih nyata berlaku dalam kalangan penyokong dan pemimpin gerakan Hindraf yang mula bernafas pada 2006 dan bangkit berjuang pada November 2007. Malangnya, selepas itu, para pemimpin dalam gerakan itu sendiri sudah berpecah dan berpisah.

Hindraf tak kisah BN atau PKR memerintah?

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa P. Waythamoorthy sudah berjaya mendaftarkan Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 8 Mac 2013. Ramai juga — mungkin termasuk Najib sendiri — tidak tahu bahawa sebelum menandatangani perjanjian bersama-sama BN pada 18 April, Waythamoorthy telah berusaha mengadakan rundingan bersama-sama para pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Dr Paraman Subramaniam mendedahkan pada 20 April bahawa pertemuan antara Hindraf dan PR sepatutnya diadakan seminggu lebih awal sebelum perjanjian Hindraf-BN. 

"Sejak Sabtu (13/4), Ahad (14/4) dan Isnin (15/4), pemimpin PR mempermainkan (teasing) kami dengan mengajak mengadakan pertemuan. … Pada petang Ahad, mereka mengesahkan Anwar, Lim Kit Siang dan Husam Musa akan hadir," katanya dalam catat di Facebook.

Khabarnya, pada petang Isnin (15 April), Paraman dan Ganesan (penasihat kebangsaan Hindraf) pergi ke ibu pajabat PKR atas pujukan pihak tertentu. Menurut Paraman dalam catatannya, Anwar mengelakkan diri daripada bertemu dengan menyusup keluar dari sana selepas mereka berdua tiba.

Menurut maklumat di laman sesawang pihak berkenaan, Hindraf pimpinan Waythamoorthy mengadakan 24 kali pertemuan dengan Anwar dan lima pertemuan dengan Najib. Akhirnya Najib menerima Hindraf selepas "diabaikan" oleh Anwar yang turut mengabaikan HRP pimpinan Uthayakumar.

Sama ada benar atau tidak kisah-kisah itu, apa yang lebih menarik dalam plot cerita ini adalah bahawa apabila gagal berunding dengan PR, Hindraf masih ada "peluang" berunding dengan BN. Maka, jangan ada sesiapa yang terkejut dengan kata-kata pengakuan bahawa Waythamoorthy "tidak kisah sama ada Rama atau Ravana yang memerintah".

Dalam filem "David" yang saya sebut pada bahagian awal tadi, ada beberapa cerita berlaku sekali gus. Begitulah juga dalam perkembangan plot melibatkan Umno, MIC, Hindraf, Perkasa dan Human Rights Party (HRP). Kesemuanya kelihatan berasingan tetapi masih ada kaitan dan titik pertemuan. Ada kejutan dan twist yang menanti di mana-mana.

Filem "David" tulisan/arahan Bejoy Nambiar menampilkan plot menarik sepertimana politik Malaysia.HRP masih belum diluluskan pendaftaran sebagai parti politik. Dalam perkembangan terbaru, jurucakap HRP meminta saya supaya tidak merujuk kepada P. Uthayakumar sebagai calon HRP dalam PRU-13; sebaliknya sebagai "calon bebas yang membawa semangat Hindraf". Tentulah kurang sesuai — dan kurang tepat — memandangkan Hindraf adalah sebuah NGO berdaftar yang menyokong BN, sedangkan Uthayakumar diisytiharkan oleh jurucakap HRP itu sendiri sebagai "musuh nombor dua bagi Umno". 

Apa-apa pun, HRP memang telah berusaha mengadakan rundingan dengan PR, khabarnya bagi membela nasib "kaum India miskin". Malangnya Anwar/PKR tidak bersetuju untuk bekerjasama; khususnya apabila HRP/Uthayakumar meminta sejumlah kerusi Parlimen dan DUN untuk ditandingi wakil HRP di bawah tiket PKR.

Selepas "kegagalan" itulah maka HRP mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas di beberapa tempat yang ditandingi calon PKR dan PAS. Jurucakap HRP mengakui bahawa langkah itu bertujuan "kacau daun" dan mendesak Anwar akur pada permintaan mereka.

Anehnya, pada masa sama — atau sekurang-kirangnya sehingga sehari sebelum tarikh penamaan calon — HRP masih merayu-rayu dan mengharapkan agar Anwar bermurah hati dan membenarkan calon HRP bertanding atas tiket PKR. Tambahan pula (pada penelitian saya) selepas Hindraf pimpinan Waythamoorthy (adik kandung Uthayakumar) sudah mengisytiharkan sokongan 100 peratus kepada BN.

Dalam politik, kamu sama ada menjadikan musuh kamu sebagai pihak yang bersalah atau menjadikan mereka sebagai contoh (amaran) kepada orang lain. Demikian terjemahan kata-kata Malati Tai (Ibu Malati) dalam filem "David".

PR jangan jadi "musuh" kepada rakyat!

Versi Tamil filem itu menampilkan kisah watak David (lakonan Vikram) dan David (Jiiva). Versi Hindi pula menyajikan kisah watak David (lakonan Vikram), David (Vinay Virmani), David (Neil Nitin Mukesh) dan anaknya, Iqbal (juga lakonan Neil Nitin Mukesh). Jukstaposisi yang dilakukan amat hidup dan menjadikan kisah lebih menarik.

Kisah dalam kedua-dua versi lakonan Vikram adalah sama; hanya dialih bahasa dan ditambah pada beberapa babak melibatkan interaksi dengan watak dari versi Hindi.

Kisah melibatkan watak lakonan Vinay Virmani dan Jiiva lebih menarik kerana menggabungkan babak-babak yang sama dan juga babak-babak yang dirakam dua kali menggunakan watak-watak yang sama. (Jangan lupa bahawa saya masih bercakap mengenai politik tanah air melalui kiasan ini.)

Kisah ketiga (filem hitam-putih) melibatkan watak David dan Iqbal lakonan Neil Nitin Mukesh langsung tiada dalam versi Tamil. Maka, apabila menonton filem versi Hindi, kita berpeluang mendapatkan maklumat tambahan yang "tiada" (disembunyikan?) dalam versi Tamil.

Komik mudah yang menjelaskan kuasa sebenar rakyat.Walau bagaimanapun, individu ultra kiasu seperti Ridhuan Tee Abdullah yang menyokong pengharaman filem "Vishwaroopam" (2013) selepas "Majlis Madrasah India Muslim Malaysia (MIM) memberi maklumat" pasti akan tampil menggesa versi Hindi filem "David" diharamkan di Malaysia.

Apa tidaknya! Ada adegan asmara di atas katil melibatkan lelaki beragama Kristian dan wanita beragama Islam yang bukan suami-isteri. Sekumpulan watak beragama Islam digambarkan sebagai penjenayah di London. Ada pula adegan melibatkan upacara mazhab Syiah. Ridhuan Tee bolehlah mendapatkan maklumat lanjut daripada MIM sebelum menulis di akhbar.

Drama politik melibatkan Umno, MIC, Perkasa, Hindraf dan HRP pada masa sekarang adalah umpama kisah dalam filem "David". David mencintai Roma tetapi wanita itu mahu mengahwini Peter. Father Noel menjadi mangsa politik sehingga menyebabkan David mengubah "tujuan" hidup. Dalam situasi lain, David mahu tahu apakah benar mendiang ibunya pernah menjadi wanita simpanan tuannya.

Sementara Umno, MIC, Perkasa, Hindraf dan HRP berganding bahu dan bekerjasama — secara langsung atau tidak langsung, secara sedar atau tidak sedar — untuk menafikan kemenangan calon-calon PR dalam PRU-13, jangan kita lupa bahawa plot dalam kisah politik PR juga amat menarik dan mampu meloyakan Rakyat (huruf besar disengajakan).

Selepas sekian ramai pengundi menunggu peluang untuk "mengubah" kerajaan BN, kini timbul pula kisah mengenai realiti perpecahan, percanggahan dan pergeseran dalam PR apabila berlaku pertindihan antara calon PAS dan PKR melibatkan satu kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN.

Dilaporkan juga bahawa dua ahli DAP bertanding sebagai calon bebas tanpa kebenaran parti. Segala drama dan plot ini mungkin akan menyebabkan orang ramai (pengundi) mempertikaikan kredibiliti PR. Sudahlah Umno, MIC, Perkasa, Hindraf dan HRP dipinggirkan ramai orang; bayangkan apa pula yang akan berlaku jika DAP, PKR dan PAS menampilkan kebodohan yang sama.

Politikus usah lupa bahawa rakyat sudah semakin bijak dan tidak menyokong mana-mana individu atau parti politik secara membabi buta. Realiti kehidupan juga tidak seperti filem "David" yang boleh dibuat dalam dua versi dengan menampilkan beberapa pengakhiran yang boleh dipilih-pilih dan dimanipulasi mengikut sempadan geografi.

"In politics, you either make your enemy guilty or an example." Maka, dalam keghairahan mengejar undi, kerusi dan kuasa, jangan sampai politikus menjadi musuh kepada rakyat.

* Uthaya Sankar SB adalah pengundi berdaftar di Parlimen Kota Raja dan DUN Sri Muda.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved