Rabu, 1 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Muhyiddin: Gred ‘F’ bagi kad laporan prestasi kerajaan PAS Kelantan

Posted: 01 May 2013 02:22 AM PDT

May 01, 2013

JELI, 1 Mei — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meletakkan gred F atau gagal pada kad laporan prestasi kerajaan PAS Kelantan ekoran ketidakupayaan menyelesaikan beberapa masalah utama rakyat di negeri ini.

Beliau berkata adalah amat mendukacitakan dalam tempoh 23 tahun PAS memerintah Kelantan, tiada kemajuan daripada beberapa aspek seperti menyediakan peluang ekonomi dapat dikecapi di negeri berkenaan.

"Sebagai Menteri Pelajaran saya nak periksa 'report card' (kad laporan) Kelantan. Saya bagi F maknanya 'fail' (gagal) dan tak boleh terus pimpin negeri ini.

"Banyak janji-janji mereka (PAS) tak ditunaikan dan banyak masalah tak diselesaikan," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 20,000 hadirin pada Program Himpunan Rakyat 1Malaysia bersama TPM di Sekolah Kebangsaan Gemang Ayer Lanas di sini.

Muhyiddin meminta rakyat mengkaji dan meneliti prestasi PAS berdasarkan tiga faktor penting iaitu pembangunan infrastruktur, keupayaan menyediakan peluang ekonomi serta meningkatkan syiar Islam di negeri ini.

Turut hadir isteri Muhyiddin Puan Seri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Jeli dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas. — Bernama

PKR: Kegagalan dakwat kekal jejaskan kredibiliti keputusan PRU13

Posted: 01 May 2013 12:49 AM PDT

Oleh Amin Iskandar
Penolong Pengarang Berita

May 01, 2013

Dalam penggundian awal yang dijalankan semalam bagi anggota polis dan tentera, beberapa pengundi yang telah membuang undi dan menggunakan dakwat kekal mendakwa warna dakwat itu hilang selepas mereka membasuhnya menggunakan sabun. - Gambar fail PETALING JAYA, 1 Mei — Kegagalan dakwat kekal yang digunakan buat pertama kali dalam Pilihan Raya 2013 akan menjejaskan kredibiliti keputusan pilihan raya umum 5 Mei ini, kata PKR.

Menurut Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dakwat kekal dapat dihilangkan kerana sebahagian petugas mereka tidak menggoncang botol ink adalah alasan lemah untuk menutup kepincangan badan penggendali pilihan raya itu.

"SPR secara jelasnya telah menipu kepada rakyat Malaysia mengenai integriti SPR dan integriti PRU13. SPR juga telah menjejaskan integriti pembuangan undian dan kredibiliti keputusan PRU13 ini," kata beliau yang dikenali sebagai Tian Chua dalam satu kenyataan hari ini.

"SPR mempunyai lebih dari setahun untuk memastikan dakwat kekal yang dibawa masuk adalah dakwat kekal di samping melatih para petugas SPR cara mengguna dakwat kekal tersebut secara sistematik dan berkesan," tambah beliau merujuk kepada pengumuman pertama SPR untuk menggunakan dakwat kekal pada 7 Disember 2011.

Dalam penggundian awal yang dijalankan semalam bagi anggota polis dan tentera, beberapa pengundi yang telah membuang undi dan menggunakan dakwat kekal mendakwa warna dakwat itu hilang selepas mereka membasuhnya menggunakan sabun.

Gambar menunjukkan demonstrasi membuang dakwat kekal mula tersebar di internet, menimbulkan kemarahan orang ramai berkenaan prosedur yang perlu dilakukan bagi mengelak pengundi mengundi dua kali.

Disebalik protes, SPR memberi jaminan mereka mempunyai langkah pencegahan untuk mengelakkan pengundi mengundi dua kali.

Menurut Chua, SPR telah diperuntukkan kira-kira RM400 juta oleh kerajaan persekutuan bagi melaksanakan pilihan raya umum kali ini dan badan penggendali pilihan raya itu bertanggungjawab untuk menyatakan berapa wang yang dibelanjakan kali ini untuk membeli dakwat kekal.

"Pada PRU 2008, SPR telah membazirkan sebanyak RM2.4 juta ke atas dakwat kekal yang akhirnya tidak diguna pakai.

"Kehilangan kepercayaan rakyat kepada SPR akan membawa kepada ketidakhadiran kredibiliti kepada keputusan PRU13 ini dan ini akan membawa kesan jangka panjang kepada masa hadapan negara," tambah beliau lagi.

Bersih hari ini menggesa SPR menunjukkan kepada umum dakwat kekal walaupun pengendali pilihan raya itu telah menjelaskan malam tadi kotoran itu diakibatkan ada pegawai yang tidak mengikut prosedur.

Semalam pemerhati pilihan raya termasuk pemimpin pembangkang membangkitkan isu ini beberapa jam selepas pengundian awal dilakukan oleh pasukan keselamatan dan pasangan mereka.

Walau bagaimanapun, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  mengatakan kepada The Malaysian Insider dakwat kekal itu diperbuat menggunakan silver nitrat dan hanya boleh ditanggalkan selepas tujuh hari.

Pilihan Raya 2013 jatuh pada 5 Mei dan hampir 13.3 juta rakyat yang layak mengundi termasuk 5,200 di luar negara akan membuat keputusan bagi memilih 222 anggota parlimen dan 505 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di 12 negeri kecuali Sarawak.

Sarawak telah menjalankan Pilihan Raya Negeri pada 2011.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved