Rabu, 1 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Komen Karpal atas Mat Taib

Posted: 30 Apr 2013 06:00 PM PDT

May 01, 2013

Haji Subky Abdul Latif seorang penulis bebas dan tinggal di Kuala Lumpur. Seorang pendiam, dia gemar meneliti perangai manusia dan berita politik di Malaysia.

1 MEI ― Bagi Karpal Singh, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohamad Mohd. Taib tidak layak diterima menjadi ahli PAS. Sebagai   ahli PAS tentulah dia menjadi kerabat Pakatan Rakyat yang parti Karpal adalah tuan punya bersama PAS.

Pandangannya adalah kerana rekod lamanya dalam Umno dulu. Bagaimana pun komen Karpal itu ada atas kapasiti pribadinya, bukan sikap partinya.

Karpal berhak menyatakan pandangan seperti yang dibenarkan oleh Perlembagaan dan kebebasan bersuara dalam demokrasi. Latarbelakang undang-undangnya menyebabkan dia terpaksa sampaikan begitu.

Bagaimana pun PAS tidaklah perlu apolojetik apabila  menerima Mohamad sebagai ahli. Ajaran  Islam yang menjadi landasan perjuangan PAS membuka ruang kepada semua orang untuk bersamanya tanpa mempersoal  sangat pengalaman lama seseorang.

Firaun misalnya adalah sekejam-kejam pemerintah dalam sejarah manusia. Tetapi Nabi Musa a.s. datang mengajaknya kepada kebaikan. Tanpa mengira latar belakang Firaun, kiranya dia bersetuju menyertai Nabi Musa, maka segala kekejaman lampau Firaun itu dilupakan. Dia akan dikira sebagai orang baru.

Pada hari dia mahu bersama  Nabi Musa, bererti dia  meninggalkan  dunia lamanya. Dia berubah dari kezaliman kepada kehidupan yang adil dan hak.

Islam itu adalah agama pengampunan. Ia menerima sesiapa  saja yang hendak berbuat baik dan mengampunkan segala kelemahan orang yang mula berbuat baik itu.

Firaun itu  lebih ranggi dari iblis. Iblis tidak mengaku dirinya tuhan. Tetapi Firaun mengaku  dirinya tuhan. Pada Allah tidak kesalahan lebih besar dari mengaku tuhan. Makhluk yang seteruk itu jika menerima seruan Nabi Musa, serta merta jadi orang sebersih bayi yang baru lahir, habis dosanya. Tetapi lazimnya orang  sejahat Firaun itu Allah tidak bagi hidayat untuk masuk kumpulan orang baik.

Dan yang menjayakan kenabian Rasulullah SAW itu ialah penyertaan sekalian orang jahat jahiliyah Quraisy. Jika Nabi Muhamad SAW menolak penyertaan orang-orang jahiliyah itu, maka baginda seorang sajalah yang Islam. Islam yang dibawa oleh baginda itu adalah tempat semua orang untuk berbuat baik.

Atas ajaran itu PAS sebagai parti yang berasaskan Islam menerima siapa saja dari Umno, bahkan orang jahat yang bukan Umno juga diterima. Jika Dr Mahathir Mohamad yang dikira seteruk-teruk Umno, jika  dia mohon masuk PAS, maka PAS terima.

Jika selepas masuk, dia tidak berubah, meneruskan juga sistem Umno itu, masih seronok juga dengan kisah-kisah lamanya, maka dia boleh dipecat. Tetapi tidak boleh  dipertikai niat dia mengapa dia masuk PAS.

Dan PAS yang bergerak siang malam  selama ini adalah untuk menarik orang Umno menyertainya. Tidak menang PAS kiranya orang Umno tidak menyertai PAS beramai-ramai. Siapa lagi hendak meramaikan PAS kiranya tidak orang Umno yang ramai itu.

Memang ramai juga dalam PAS sekarang, asalnya orang Umno. Malah peranan mereka bagi menentang  Umno lebih agresif dari setengah orang PAS.

Pak Yazid Jaafar, pernah menjadi pendakwah bebas di Kuala Lumpur, asalnya ada aktivis Pemuda Umno zaman Pemuda tahan lasak yang berdengung anti-PASnya. Apabila dia menyertai PAS dia seorang Islam dan PAS yang komited dan disukai  ramai.

Yang berjaya menjadikan dia dari seorang Umno yang  bengis kepada seorang yang diundang berdakwah di merata-rata ialah PAS. PAS itu bukan sekadar sebuah parti politik tetapi ia juga adalah kilang menukar Umno yang nakal kepada orang PAS yang baik dan beradab. Kiranya kita tolak penyaertaannya, maka kekallah dia sebagai orang yang tidak berubah.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis

Sabah 2013: Where everyone’s a loser

Posted: 30 Apr 2013 05:58 PM PDT

May 01, 2013

Native Sabahan Erna is (not) Malay but loves Malay literature. Her hobbies: cats/gaming/blogging at ernamerin.com/Tweeting at @ernamh.

MAY 1 — Sabah voters will have quite a headache on May 5 what with all the multi-corner fighting.

"Sepa bah ni urang?" (Who is this?) I can imagine many a native Sabahan going through the candidate list and wondering who the heck all the nominees are.

I found myself desperately trying (and failing) to get much background on all the people running in my voting areas. Even if I know what party I will vote for, I do want some assurance I am not voting for a complete non-hoper. Or non-hopper if you take into account Sabahan politicians' penchant for switching parties.

Some candidates could have an edge merely through being more recognisable. Of course Barisan Nasional candidates will get more exposure, with their competitors lucky to get a mention in mainstream media.

"Najib's here almost every other week," says a friend and you get the feeling that BN has been really working on the charm offensive.

But when the election is over and the results are out, will things get any better for Sabahans? Will the RCI continue or will Project IC be, again, swept under the carpet?

Will Sabah MPs again be ignored and sidelined the way they have always been in Parliament? The issue of "free ICs" has been a very much non-partisan issue in the state where both BN MPs and the opposition have called for an RCI, which sadly was put on hold halfway for the election.

It is likely the older crowd and especially the Muslim Bumiputera will continue to vote Barisan Nasional. A different picture emerges though when you look at the younger Kadazan Dusun crowd who are now demonstrating more political awareness and an eager enthusiasm that has long been gone from the state.

But the younger set, especially the newer voters, will not find it easy to choose. No single opposition party has managed to position itself as a frontrunner with SAPP, STAR and PKR all jostling for voter attention.

None of the opposition parties have proven capable of proving a threat to Sabah BN's hold on the state's Muslim Bumiputera and will most likely be fighting over the smaller non-Muslim Bumiputera block.

For Pakatan Rakyat, PAS is probably the underdog in the state and the least likeliest party to win in Sabah. DAP could do better this time around but only at the expense of SAPP. The latter will find out May 5 whether its split from BN was a savvy decision or the beginning of its end.

PKR and STAR could be the dark horses this time around as voters who see in STAR an inkling of the PBS of old might be attracted to the latter's uncompromising "Sabah for Sabahans" stance.

PKR on the other hand has to contend with infighting, weak unknown candidates and an uncertain gamble on "old horses" like Datuk Seri Wilfred Bumburing and Datuk Seri Lajim Ukin.

Barisan Nasional is likely to keep the state but as the 2008 election proved, there could be a surprise or two. What is certain, though, is the state will be a messy battleground and possibly PKR's last great hope to take Putrajaya.

* This is the personal opinion of the columnist

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved