Ahad, 19 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kit Siang: KPN dan Zahid ‘bermain politik’, gesa tangani jenayah

Posted: 19 May 2013 02:41 AM PDT

Oleh Md Izwan
May 19, 2013

GEORGE TOWN, 19 Mei — Ketua polis negara (KPN) baru dan menteri dalam negeri perlu berhenti "bermain politik" dan mula melindungi rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur selamat daripada jenayah dan bahaya, kata pemimpin DAP Lim Kit Siang hari ini.

Penasihat DAP tersebut membidas KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid ekoran kenyataan kedua-dua mereka ke atas perhimpunan Pakatan Rakyat (PR) dan rakyat Malaysia yang tidak gembira dengan keputusan pilihan raya.

"Kedua-dua perlu sedar bahawa mereka dibayar oleh pembayar cukai untuk menjalankan tugas utama mengurangkan jenayah, untuk melindungi keselamatan rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur dan untuk menghapuskan perasaan takut terhadap jenayah yang menghantui rakyat Malaysia dalam negara ini , bukan mengabaikan tugas mereka dengan bermain politik dengan menggunakan kedudukan mereka," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim kemudiaan mencabar kedua-dua individu supaya menumpukan tanggungjawab mereka serta memberitahu kepada rakyat bagaimana mereka akan mengurangkan kadar jenayah, bukan dengan hanya bersikap sambil lewa dan pandai berpolitik sahaja.

"Kalau mereka banyak masa terluang, apa kata mereka cabar diri sendiri untuk membuang Johor Baru sebagai pusat jenayah dalam tempoh 12 bulan daripada sekarang.

"Adakah Khalid dan Zahid mampu mengumumkan perletakkan jawatan mereka kepada umum jika mereka gagal melakukannya untuk memastikan Johor Baru selamat dan terjaga semula?" kata Lim.

Menurut Lim lagi, kedua-dua mereka hanya sibuk bercakap tentang konspirasi mengguling kerajaan tetapi tidak pula melakukan siasatan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berbau perkauman walaupun banyak laporan polis telah dibuat, sebagai contohnya terhadap bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah.

"Mengapa pihak polis tidak mula siasatan ke atas ucapan hasutan dan perkauman yang dibuat kepada orang awam oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Abdullah pada Ahad lalu walaupun laporan polis telah dibuat?" soal Lim lagi.

Malah, akhbar milik Umno Mingguan Malaysia hari ini juga melaporkan bahawa Khalid memandang serius pendedahan bekas paib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, yang menuduh terdapat konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring.

"Individu yang membuat dakwaan pun tidak mempunyai integriti atau keberanian untuk membuat laporan polis, bagaimana Ketua Polis Negara boleh berkata akan memulakan siasatan ke atas tuduhan yang keterlaluan dan tidak berasas?" kata Lim lagi merujuk kepada Tunku Abdul Aziz.

Bulan lalu, media melaporkan pembunuhan dan percubaaan merompak terhadap wanita berumur 52 tahun Irene Ong di Bukit Gasing yang menyayat hati dan mendapat tumpuan orang ramai.

Putrajaya telah mengatakan dari 2009 hingga 2012, kadar jenayah kebangsaan menurun sebanyak 27 peratus sementara jenayah jalanan menurun sebanyak 39.7 peratus tetapi ramai pengundi wanita yang berjumlah separuh daripada keseluruhan pengundi.

Polis mengatakan kadar jenayah juga jatuh enam peratus untuk suku tahun pertama 2013 berbanding tempoh yang sama tahun lepas tetapi beberapa kumpulan mempertikaikan angka tersebut, mengatakan ianya telah diubah.

Pengerusi Pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan mengatakan Putrajaya dan polis hanya memberitahu jenayah adalah satu persepsi dalam tindak balas terhadap kebimbangan awam.

MyWatch menuduh polis Februari lalu mengubah statistik jenayah, mendakwa kes-kes ragut dan samun tanpa senjata api serta kecurian dan pecah rumah, adalah lebih tinggi daripada indeks jenayah diterbitkan dari Januari hingga Oktober 2011.

Paul Low jangan hanya jadi jurucakap BN, kata DAP

Posted: 19 May 2013 01:20 AM PDT

Oleh Md Izwan
May 19, 2013

Paul Low, Presiden Transparency International Malaysia, dilantik jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. — Gambar failKUALA LUMPUR, 19 Mei — DAP mengkritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, Paul Low, supaya tidak hanya menjadi jurucakap kepada kerajaan pemerintah Barisan Nasional tetapi sebaliknya melaksanakan tanggungjawab yang diberi.

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, mendakwa Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) tersebut mengamalkan budaya berbohong seperti diamalkan parti pemerintah BN apabila berkata ahli Kabinet tidak perlu mengisytiharkan harta kepada umum.

"Paul Low tidak seharusnya bertukar begitu cepat daripada Presiden Transparency International Malaysia kepada jurucakap BN dengan menggunakan budaya pembohongan BN apabila menerangkan kenapa ahli Kabinet tidak perlu menhisytiharkan harta secara umum," kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.

"Sekarang Paul Low sudah menjadi menteri BN, beliau telah akhirnya menelan semua propaganda BN kononnya pengisytiharan harta akan menggugat keselamatan menteri kabinet," tambahnya lagi.

Ketua menteri Pulau Pinang juga mempersoalkan Low yang tiba-tiba bertukar pendirian sebaik masuk ke dalam Kabinet walaupun sebelum ini menyokong pemimpin kerajaan pentadbiran DAP tersebut yang mengisytiharkan harta.

"Sebaliknya menggunakan pendekatan serupa demi meningkatkan integriti di Kerajaan Persekutuan, kenapa pula beliau memiliki pendirian berlainan sekarang?" soal Lim.

Lim Guan Eng: Timbulkan propaganda BN. — Gambar failLow juga dibidas pemimpin DAP tersebut kerana mengatakan pengisytiharan harta Ketua Menteri Pulau Pinang dan ahli mesyuarat negeri (exco) adalah tidak rasmi kerana tiada tindakan diambil walaupun maklumat yang diberikan adalah tidak benar.

"Pengisytiharan harta Kerajaan Negeri Pulau Pinang disahkan oleh sebuah firma perakaunan antarabangsa dan diakujanji oleh ahli exco bahawa mereka telah memberikan maklumat yang tepat dan benar.

"Semua ahli exco yang gagal mengisytiharkan harta akan dilucutkan jawatan. Bukankah itu hukuman berat yang mencukupi  untuk memastikan semuanya patuh?" ujar Lim lagi.

Penasihat DAP Lim Kit Siang juga turut mempersoalkan kewibawaan dan kemampuan Low berada dalam Kabinet, serta mencabarnya untuk melaksanakan lima perkara bagi membuktikan keupayaannya.

Low digesa untuk mendedahkan laporan dan penilaian penuh terhadap Ikrar Integriti Pilihan Raya TI-M pada 20 Februari 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengadakan tiga Suruhanjaya Inkuiri Diraja (RCI) melibatkan cadangan Perdamaian Kebangsaan, insiden 13 Mei 1969 serta tuduhan rasuah ke atas Tan Sri Taib Mahmud serta Datuk Seri Musa Aman, disamping membuka semula kes Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani.

"Bolehkah Paul Low menyelesaikan kelima-lima kes dalam minggu pertama beliau sebagai Menteri, dengan mendapatkan persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melaksanakannya?" soal Lim Kit Siang.

Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) menurun untuk beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun Malaysia bertambah baik pada tahun 2012 untuk menjadi negara ke-54, di dunia, indeks antarabangsa masih meletakkan Malaysia di bawah negara-negara Afrika seperti Rwanda (50) dan Botswana (30 ).

"Hanyalah apabila kerajaan BN berkomitmen untuk melakukan pengisytiharan harta secara umum dan melaksanakan tender terbuka maka rakyat akan percaya," kata Lim Kit Siang lagi.

"Apa sahaja yang kurang daripada itu hanyalah akan menambahkan curiga bahawa Paul Low hanyalah seorang apologis yang dipergunakan secara kosmetik untuk menunjukkan kononnya UMNO dan BN itu anti rasuah."

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved