Rabu, 29 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


FINAS patut benarkan filem ‘tanda putera’ ditayang kepada umum, kata Shabery

Posted: 29 May 2013 02:52 AM PDT

May 29, 2013

KUALA LUMPUR, 29 Mei — Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) patut membenarkan filem 'Tanda Putera' ditayang kepada orang ramai, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata dengan tayangan filem itu, rakyat boleh membuat penilaian sendiri terhadap mesej yang disampaikan menerusi filem kenegaraan arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu.

"Tiba masanya 'Tanda Putera' ditayang untuk tontonan semua," katanya dalam laman sosial Facebook beliau hari ini. Filem 'Tanda Putera' terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Finas, memaparkan kisah Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara susulan peristiwa 13 Mei 1969.

Filem itu, yang dibuat pada 2011 dan dilulus tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem dengan sijil PG13, sepatutnya menemui penonton mulai 15 Nov lepas.

Bagaimanapun, Jemaah Menteri membuat keputusan menangguhkan filem itu berikutan ada babak yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik dalam kalangan masyarakat. Filem yang menelan belanja RM4 juta itu dibintangi Rusdi Ramli yang diberi tanggungjawab memegang watak Abdul Razak, Zizan Nin sebagai Dr Ismail, manakala Faezah Elai memainkan watak isteri Abdul Razak, Tun Rahah Tan Sri Mohamad Noah. — Bernama

Perkasa tidak menentang Dong Zong dalam isu menteri Cina, gesa Najib akur

Posted: 29 May 2013 02:36 AM PDT

Oleh Amin Iskandar
Penolong Pengarang Berita
May 29, 2013

KUALA LUMPUR, 29 Mei — Perkasa menyokong bantahan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) dalam isu menteri dilantik dari kalangan kaum Cina dan tak boleh berbahasa Cina dengan baik serta menolak menteri-menteri itu sebagai wakil kaum Cina dalam Kabinet Datuk Seri Najib Razak yang baru diumumkan baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali, Dong Zong mempunyai hak untuk memperjuangkan kaum dan bahasa mereka selagi tidak mempertikaikan Perlembangaan Persekutuan terutamanya berkaitan dengan hal ehwal orang-orang Melayu.

"Itu hak mereka nak perjuangkan bangsa dan bahasa mereka. Tetapi jika Dong Zong pertikai Perlembagaan berkaitan orang Melayu, Perkasa akan tentang habis- habisan," kata Syed Hassan dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Perkasa berpendapat Datuk Seri Najib kena terima dan akur dengan apa disuarakan oleh Dong Zong itu," tambah beliau (gambar) lagi.

Sebelum ini, MCA mengumumkan parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan berikutan prestasi buruknya dalam PRU13 pada 5 Mei dengan hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi parlimen dan 11 daripada 90 kerusi negeri yang ditandinginya. Gerakan juga mengikut langkah sama apabila menolak jawatan Kabinet.

Najib telah menlantik Datuk Paul Low, bekas presiden Transparency International Malaysia (TI-M) sebagai satu-satunya menteri dari kalangan kaum Cina.

Sementara Mary Yap dari PBS, dilantik sebagai timbalan menteri pendidikan.

Menurut Syed Hassan, Najib perlu berterima kasih kepada kaum Cina kerana banyak membantu Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013 dan khuatir jika Najib tidak akur kepada tuntutan Dong Zong, kaum Cina akan lari menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.

"Kaum Cina dah bantu all out BN pada PRU13 baru-baru ini sebab itu BN masih dapat pertahankan Putrajaya walaupun kerajaan tidak melayani desakan dan permintaan kaum Cina," katanya.

"Sebagai menghargai sokongan padu kaum Cina kepada BN pada PRU baru-baru ini, PM kena ambik peduli kritikan Dong Zong dalam isu Menteri dari kaum Cina tidak boleh berbahasa Cina. PM kena fikirkan PRU14, jika tidak berpaling kpd Pakatan Rakyat."Menurut Syed Hassan, BN tidak perlu bimbang dengan orang-orang Melayu kerana sokongan mereka pasti meningkat terhadap gabungan pemerintah itu sekiranya kerajaan memberikan layanan baik kepada Dong Zong.

"Suara NGO Melayu tidak berapa penting sebab 95 peratus orang Melayu telah mengundi Pakatan Rakyat PRU baru-baru ini. Mereka akan pasti balik bila kerajaan terus layan Dong Zong," katanya.

Low menafikan dakwaan beliau adalah wakil Cina dalam Kabinet menurut laporan Oriental Daily News, dimana beliau mengatakan:" Saya bukan wakil Cina dalam Kabinet. Saya dilantik bukan kerana tiada wakil MCA dalam Kabinet. Saya dilantik kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak percaya saya boleh membantu pentadbirannya."

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved