Rabu, 29 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Pertama kali MCA tiada dalam Kabinet

Posted: 28 May 2013 04:14 PM PDT

May 29, 2013

Haji Subky Abdul Latif seorang penulis bebas dan tinggal di Kuala Lumpur. Seorang pendiam, dia gemar meneliti perangai manusia dan berita politik di Malaysia.

29 MEI ― Sejak Kabinet kerajaan sendiri Persekutuan Tanah Melayu tahun 1955 yang dipimpin Tunku Abdul Rahman Putra hinggalah 5 Mei 2013 hari PRU 13 lalu MCA.

Dalam Kabinet pertama pra merdeka itu Menteri MCA ialah Kolonel HS Lee dan Ong Yoke Lin. Lee tidak menyertai Pilihan Raya 27 Julai 1955 itu tetapi menjadikannya sebagai menteri yang tidak menyertai pilihan raya bersama beberapa pegawai Inggeris lagi.

Beberapa calon MCA menang PRU lalu tetapi yang kalah lebih ramai. Kerana perhimpunan agung MCA sebelum itu membuat keputusan, ia tidak akan menyertai kerajaan kiranya prestasinya buruk dalam pilihanraya, maka ia menolak mengannggotai Kabinet.

Bukan kali pertama MCA mengalami prestasi buruk itu. Bahkan tahun 1969 Tun Tan Siew Sin mengumumkan tidak menyertai Kabinet kerana ramai calonnya kalah kepada Gerakan, PPP dan DAP. Belum sempat keputusan itu dilaksanakan, tercetus peristiwa 13 Mei 1969, Kabinet belum dibentuk, negara ditadbirkan secara Mageran ― Darurat ― maka Tun Razak yang mengambil alih pemernthan sebagai Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) memasukkan MCA dalam Kabinet darurat itu.

Lepas itu tidak berbangkit lagi MCA enggan menyertai Kabinet hinggalah setelah ia kalah teruk baru-baru ini.

Bukan PM Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin mahu mengenepikan MCA. Menteri kesihatannya Liow Tiong Lai menang di Bentong dan bekas menteri, abang Ong Ka Ting menang di Tanjung Malim. Mereka boleh mewakili MCA dan Cina, tetapi mereka ada maruah, maka mereka menolak perlantikan Kabinet.

Maka pertama kali parti Cina yang penting itu tiada dalam kerajaan dan hingga bila?

Bagaimanapun satu kerusi disediakan untuknya iaitu Menteri Pengangkutan yang dipegang oleh Lee tahun 1955 dulu. Kementerian itu dipangku oleh Hishammuddin Hussein yang jadi Menteri Pertahanan sekarang.

Bila ia akan diserahkan kepada MCA? Hingga MCA dapat menebus kekalahannya dalam PRU 14 atau MCA dalam perhimpunan agung akan datang memutuskan untuk kembali ke Kabinet semula?

Ia hanya akan kembali ke Kabinet juga ia mengubah keputusan. Ia terpaksa mencari alasan yang kuat supaya maruahnya tidak cacat dengan keputusan kembali semula ke Kabinet sebelum ia dapat menebus kekalahannya.

Apakah alasan yang Najib dapat beri bagi memujuk MCA kembali dan apa pula alasan bermaruah MCA untuk mengubah keputuannya?

Jika MCA hendak kembali ke Kabinet ia jangan fikir sangat maruah. Dulu Tan Siew Sin dapat mengubah keputusan kerana kecelakaan 13 Mei. Alasan seperti itu tidak dapat difikirkan lagi.

Peluang bermaruah hanya memenangi PRU 14 lima tahun lagi. Tetapi undi saluran satu pilihan raya bagi warga emas ramai yang akan mati. Ganti mereka yang baru terutama Melayu belum tentu mengundi BN.

Tidak dapat difikirkan undi Cina akan swing semula ke belakang masa itu. Maka harapan MCA untuk menebus maruah tidak dapat difikirkan kerana arus menolak kerajaan kian ketara disebabkan pengundi tegas BN di saluran banyak mati dan undi muda semua kaum bertambah ramai dalam masa llima tahun akan datang.

Kalau buruk BN 2008 bertambah buruk pada 2013, bagaimana jika aliran itu tidak berubah tahun 2017?

Apa makanisma MCA dapat buat bagi mengembalikan kecemerlangannya?

Mungkin Anwar Ibrahim sudah mati masa itu. Demikian juga Hadi Awang dan Lim Kit Siang mati belaka. Tetapi Lim Guan Eng dipercaya belum mati. Demikian juga Salehudin Ayub masih hidup. Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli belum tua.

Maka masa depan MCA tidak banyak yang dapat diagak. Apakah ketiadaannya itu memulakan ketiadaannya lagi atau muncul satu pertubuhan Cina baru bagi menggantikannya?

* Ini adalah pandangan peribadi penulis

Tragedi media Melayu

Posted: 28 May 2013 04:10 PM PDT

May 29, 2013

Zairil is a chocolate purveyor-turned-politician. He finds both experiences bittersweet.

29 MEI ― Jika perkembangan media Melayu mutakhir ini diperhatikan, sifat-sifat kewarasan, keberkecualian dan kesusilaan sudah jelas tidak wujud.

Sentimen perkauman bagai menjadi kelumrahan media Melayu zaman sekarang, baik di kaca mata televisyen ataupun dalam media cetakan. Nyata trend yang sempit ini sedang diterajui oleh media-media kawalan Umno, khususnya Kumpulan Utusan Melayu.

Sejurus selepas pilihan raya umum ke-13, Utusan Malaysia dengan tidak segannya telah mempersoalkan "Apa lagi Cina mahu?" melalui tajuk berita utama, manakala tabloid Kosmo! yang dimiliki kumpulan yang sama telah meluahkan muka depan yang tidak kurang provokatifnya, yakni, "Pengundi Cina bersikap talam dua muka".

Seperti biasa, fitnah diterbit sebagai fakta dan tohmahan menjadi bahan ulasan para pengarang. Pengundi kaum Cina dipersalahkan atas kemerosotan keputusan pilihan raya Barisan Nasional, meskipun hujahnya tidak logik ― bagaimanakah mungkin golongan yang merangkumi lebih kurang satu suku populasi negara boleh memberikan 51 peratus undi popular (53 peratus di Semenanjung) kepada Pakatan Rakyat?

Jelas, kemenangan undi popular Pakatan Rakyat membuktikan bahawa gabungan parti tersebut telah menerima sokongan yang padu daripada segenap masyarakat Malaysia ― namun hakikat ini langsung diabaikan oleh media kawalan Umno yang tidak ingin menerima kenyataan.

Agenda perkauman kemudian telah diteruskan dengan seruan Awang Selamat, iaitu suara hati lembaga pengarang Utusan, untuk memboikot syarikat penerbangan Air Asia ekoran kritikan seorang pegawai kanannya, Azran Osman-Rani, yang telah mencemuh akhbar Utusan kerana bersifat rasis.

Dan jika itu tidak mencukupi, Utusan kemudiannya menyiarkan kenyataan Perkasa yang menyelar Azran sebagai "bongkak" dan "lupa diri", serta "mengingatkan" Azran agar tidak sesekali "menyentuh" Utusan Malaysia kerana akhbar itu merupakan satu-satunya wadah yang mempertahankan hak orang Melayu di negara ini, seolah-olah segala kejayaan Azran adalah hasil daripada jasa-jasa akhbar tersebut.

Aduhai, malangnya nasib bangsa sehingga perisai perkauman terpaksa menjadi pelindung kepada umat Melayu. Agaknya, tanpa "perlindungan" daripada wira-wira bangsa seperti Utusan dan Perkasa, tidak mungkin Melayu dapat berjaya atas usaha gigih sendiri ― inilah sebenarnya sikap yang memperlekehkan dan merendahkan martabat bangsa!

Keadaan ini bukan sahaja sangat mendukacitakan, tetapi amat memalukan, khususnya apabila Utusan Malaysia pernah pada suatu ketika dahulu menjadi tonggak dan peneraju kepada suara masyarakat Melayu yang bebas.

Mungkin ramai yang telah lupa peristiwa tahun 1961 apabila pekerja-pekerja Utusan, termasuk tokoh kewartawanan seperti Said Zahari (yang ketika itu Ketua Pengarang), Usman Awang (kini Sasterawan Negara), serta barisan penulis dan wartawan seperti Abu Zaki Fadzil, Awam-il Sarkam, Salleh Yusof, Tajuddin Kahar, Zailani Sulaiman, Rosdin Yaakub dan lain-lain telah melancarkan kempen mogok.

Tujuan mogok tersebut adalah untuk membantah pengambilalihan Utusan oleh Umno yang tidak senang dengan sikap akhbar itu yang kritikal terhadap pemerintah dan pro kepada masyarakat terbanyak.

Akhirnya, 50 tahun kemudian, kekhuatiran Said Zahari, Usman Awang dan para pekerja Utusan pada zaman 60-an yang mahukan Utusan kekal bebas daripada campur tangan politik, sudah pun menjadi kenyataan. Malah, Said Zahari dan Usman Awang tidak mungkin dapat bayangkan betapa corotnya kualiti kewartawanan akhbar yang pernah menjadi perjuangan mereka.

Akibatnya, Utusan sudah hilang wibawa di mata orang Melayu, khasnya golongan kelas menengah seperti Azran yang sudah lelah dengan politik perkauman dan fitnah. Jika tidak kerana langganan kerajaan melalui jabatan-jabatan, agensi-agensi dan anak-anak syarikatnya, Utusan tidak mungkin mampu bernyawa, apatah lagi apabila ia seringkali didapati bersalah oleh mahkamah dan dipaksa untuk membayar ganti rugi kepada mangsa-mangsa fitnahnya (Lim Guan Eng dua kali, Karpal Singh, Khalid Samad, Azan Ismail sebagai contoh-contoh yang terbaru).

Hakikatnya, Utusan yang dahulu menjuarai suara masyarakat terbanyak sudah menjadi alat politik parti konservatif kanan yang ketandusan ilham dan gagal merangkumi gagasan politik baru yang berteraskan idea. Yang paling malangnya, "usaha-usaha murni" Utusan serta puak-puak haluan kanan ini sebenarnya tidak memajukan, malah memperbodohkan bangsa sendiri.

Pada saya, keadaan Utusan Malaysia pada hari ini adalah tragedi yang sangat besar kepada warisan akhbar Melayu. Jalan keluar daripada kemelut ini hanya satu ― media massa di negara kita harus dibebaskan.

Pengalaman di negara-negara lain yang telah beralih daripada media terkongkong kepada media yang bebas telah menunjukkan bahawa akhbar-akhbar yang berpendirian sempit dan berhaluan ekstrim seperti Utusan Malaysia tidak dapat bersaing dan akhirnya akan berhadapan dengan dua pilihan: tukar pendirian atau tutup kedai. Yang berjaya adalah mereka yang mampu memenuhi kehendak pasaran untuk kewartawanan yang lebih objektif.

Jika warisan akhbar Melayu hendak diselamatkan dan kewibawaan dikembalikan, jalannya adalah melalui pembebasan media.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved