Ahad, 5 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Najib tinjau Bilik Gerakan BN di Shah Alam selepas mengundi

Posted: 05 May 2013 02:31 AM PDT

May 05, 2013

Di kedua-dua tempat itu, Najib beramah mesra dengan calon-calon BN dan jentera parti sambil memberi kata-kata semangat kepada mereka. - Gambar Reuters

SHAH ALAM, 5 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor meninjau Bilik Gerakan BN Shah Alam di Seksyen 19 dan Seksyen 6 di sini, selepas mengundi di Pekan, Pahang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hari ini. 

Di kedua-dua tempat itu, beliau beramah mesra dengan calon-calon BN dan jentera parti sambil memberi kata-kata semangat kepada mereka.

Tinjauan itu dimulakan pada pukul 1 tengah hari di Bilik Gerakan BN di Seksyen 19, berhampiran pusat mengundi di Sek Men Keb Seksyen 19.

Beliau diiringi calon BN bagi kerusi parlimen Shah Alam Datuk Zulkifli Noordin dan calon bagi kerusi dewan undangan negeri (DUN) Batu Tiga, Datuk Ahmad Nawawi M.Zin.

Najib kemudian beredar ke Bilik Gerakan BN di Seksyen 6, berhampiran pusat mengundi di Sek Keb Seksyen 6, di sini.

Di situ perdana menteri meluangkan masa kira-kira 10 minit bersama anggota jentera parti dan Zulkifli serta calon BN bagi kerusi DUN Kota Anggerik Mohd Yusof Din.

Turut berada di situ ketika Najib membuat tinjauan ialah para anggota Pergerakan Wanita Umno dan penyampai radio dan pengacara TV Raja Azura.

Pemilik rumah di Jalan Bangau 6/5B, Nasir Mohd Dali, 59, yang dijadikan Bilik Gerakan BN untuk DUN Kota Anggerik, berkata beliau berasa amat gembira dengan kunjungan Najib ke situ.

Nasir yang menjadi anggota Umno sejak 1974 berkata beliau secara sukarela menawarkan kepada BN supaya rumahnya dijadikan bilik gerakan. — Bernama

Helikopter terbalik, Hishammuddin dan keluarga selamat

Posted: 05 May 2013 02:28 AM PDT

May 05, 2013

Hishammuddin bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor, pada pilihan raya umum ke-13. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 5 Mei — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama keluarga terselamat selepas helikopter yang mereka naiki terbalik akibat angin kencang di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kejadian itu dalam sidang media di Bukit Aman di sini, berkata kesemua mereka iaitu isteri, anak dan menantu Hishammuddin selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tengah hari ini.

Beliau berkata helikopter sewa milik syarikat swasta itu terbalik selepas mendarat berikutan angin kencang melanda kawasan itu.

"Hishammuddin menaiki pesawat itu untuk datang ke Kuala Lumpur setelah pulang mengundi di Johor," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.

Hishammuddin bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor, pada pilihan raya umum ke-13. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved