Khamis, 9 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Mesej pengundi kepada BN — perkauman membawa pulangan merosot

Posted: 09 May 2013 02:00 AM PDT

Oleh Leslie Lau
Editor Eksekutif
May 09, 2013

9 Mei — Jika dilihat daripada jumlah pengunjung di stadium di Petaling Jaya malam tadi selepas masyarakat Cina dipersalahkan sebaik sahaja keputusan pilihan raya diumumkan, ia menunjukkan rakyat Malaysia memberikan isyarat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mesej yang cuba disampaikan adalah kebanyakan rakyat Malaysia mahukan agar isu perkauman yang menyelebungi Pilihan Raya 2013 segera dihentikan.

Disebalik keputusan pilihan raya yang dirasakan pengundi sebagai tidak adil dan bersih termasuk cubaan BN menyalahkan komuniti Cina.

Mereka yang menyertai perhimpunan malam tadi tidak mengira amaran polis bahawa ianya adalah perhimpunan haram.

Dan bukan kesemua mereka pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim, atau ahli kepada tiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat (PR). Kecuali mereka adalah pengundi PR sebagai sebuah parti.

Turut berada di sana adalah kumpulan remaja Malaysia dengan kepelbagaian kaum.

Ia seharusnya menjadi amaran buat ahli politik bahawa memainkan sentime perkauman akan memberikan pulangan yang merosot.

Analisis membuktikan undi bagi Pakatan Rakyat dan BN melangkaui garisan perkauman.

Jika ada pun, penganalisis hanya berkata berlakunya pemisahan pengundi bandar dan kawasan pedalaman, bukannya trend Melayu menentang Cina.

Realiti baru yang perlu diakui adalah PR kini menikmati sokongan daripada mereka yang dikenali sebagai pengundi bandar.

Pembangkang memenangi undi popular dengan sejumlah 50 peratus menggunakan platform anti rasuah termasukjuga perkongsian kekayaan negara dengan adil dan saksama.

BN memenangi sekitar 47 peratus undi popular namun masih menyaksikan kemenangan dan sokongan padu daripada pengundi luar bandar termasuk kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Namun ribuan yang berkumpul di Stadiu MBPJ malam tadi, dan untuk semua rakyat Malaysia, kedua-dua BN dan PR perlu bekerja keras untuk mendapatkan lebih banyak undi.

BN danUmno telah menjadikan keadaan semakin sukar buat mereka apabila menyalahkan pengundi Cina yang m,engundi menentang kerajaan "Melayu" seperti mana yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan akhbar Utusan Malaysia.

Akhbar Umno itu sudah boleh dijangka, dan banyak pihak yang merasakan ianya adlah satu penghinaan.

Daripada perkataan "Tsunami Cina" sehingga berita muka hadapan "Apa :agi Cina Mahu?" Umno hanya menambah kepada kejayaan PR iaitu sokongan yang mereka telahpun terima.

BN mungkin perlu diingatkan bahawa mereka berkuasa pada Ahad lalu dengan dakwaan penipuan.

Daripada menjadikan Anwar sebagai saaran atau pengundi Cina, BN dinasihatkan agar lebih baik baik untuk mendengar nasihat.

DAP tidak akan mempertimbangkan ‘cadangan untuk menyertai BN’, kata Kit Siang

Posted: 09 May 2013 01:23 AM PDT

TERKINI @ 05:42:35 PM 09-05-2013

Oleh Ida Lim
May 09, 2013

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Lim Kit Siang hari ini menegaskan "tiada pertimbangan" untuk parti politik DAP menyertai musuh ketat mereka Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak akan mempertimbangkan perkara itu tetapi kita menantikan cadangan seperti itu diutarkan," kata Lim kepada pemberita hari ini, dan menambah banyak cadangan diterimanya.

Lim (gambar) berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan bekas Menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dalam blognya, Zamkata.

"Sukar buat DAP untuk melangkah (cadangan menerima BN) dan seperti juga BN untuk menerimanya, namun perkara ini perlu dilihat dari konteks Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa untuk pembaharuan negara ekoran "tsunami Cina" dalam Pilihan Raya 2013 yang merupakan insiden pahit buat negara," katanya dipetik laporan Bernama.

Zainuddin telah mengutarakan cadangan bagi memastika terus wujudnya wakil Cina dalam kerajaan dengan menjemput DAP menyertai pentadbiran BN.

DAP sering dilabel sebagai parti Cina walaupun mereka menegaskan parti itu turut membuka keahlian mereka kepada bukan Melayu.

Ditanya cadangan Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI)supaya BN bekerjasama dengan Pakatan Rakyat, Lim menegaskan: "Ia hari yang penuh dengan cadangan. Kita akan tunggu dan lihat."

Ketua Pengarah Eksekutif ASLI, Tan Sri Michael Yeoh mencadangkan Umno bekerjasama dengan tiga parti komponen PR - DAP, PAS, PKR - bagi membentuk kerajaan perpaduan.

"Tiada rakan atau musuh kekal dalam politik dan dengan bekerjasama, negara akan lebih maju ke hadapan menghadapi cabaran mendatang.

"Malah di United Kingdom, Konservatif dan LibDem boleh membentuk pakatan, serta banyak lagi boleh dilihat di negara-negara lain," kata Yeoh dipetik Bernama.

Kenyataan Zainuddin dikeluarkan selepas MCA gagal memperbaiki mutu mereka berbanding Pilihan Raya 2008 yang memenangi 15 kerusi, apabila kali ini hanya menang tujuh kerusi, menyaksikan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengotakan janjinya bahawa parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan.

Gerakan, yang juga komponen BN turut mengalami nasib sama apabila prestasi mereka menurun, dan akan mengikut jejak langkah MCA.

"Bukan disebabkan kalah teruk, tak bermakna kamu perlu menolak jawatan itu.

"Kita boleh menerima atau menolak jawatan itu sekiranya berlaku perbezaan dalam polisi kerajaan, kamu boleh menolaknya," kata Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn dipetik laporan akhbar The Star.

BN memenangi 133 berbanding 222 kerusi yang dipertandingkan untuk parlimen, menurun tujuh kerusi, kepada pembangkangjika dibandingkan dengan keputusan Pilihan Raya 2008.

Daripada 89 kerusi dimenangi PR, DAP memperolehi kerusi terbesar dengan 38 kerusi.

BN turut hilang undi popular kepada PR - pertama kali sejak 1969 ketika parti itu dikenali sebagai Parti Perikatan.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved