Selasa, 14 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Appreciating my education

Posted: 13 May 2013 04:44 PM PDT

May 14, 2013

Victor Tan enjoys writing, philosophising, and watching the world spin. He believes that dreams aren't worth dreaming if they aren't grand enough to strike fear into people's hearts. He writes for CEKU at http://www.ceku.org.

MAY 14 — My family's valuation of education as a path to success has been ingrained in me from Day One. My sister is an ASEAN scholar at NUS, and my brother graduated with first-class honours from RMIT. In my quest to emulate my siblings' success, I've gained admission to the University of Chicago, and will attend in September.

When I was younger — to me, anyway — the number of As I received signalled my value within the social economy. By achieving academic success, I believed that things would open up for me — that my balance sheet would be healthy, my designated position well-respected, my "place" in society forever cemented.

However, my gap year has shifted my perspective. Work experience led me to discover that work and academia are entirely different environments. Your university's brand on your resumé, intelligence and academic ability, are no match for social savoir faire, integrity and commitment within the working world.

Surely, though, an elite education should, at the very least, guarantee a better-paying career relative to someone who didn't even graduate from college, right?

Let us consider the case of Dr Cai Mingjie. Cai has a degree from Stanford University in molecular biology. He worked as a principal investigator for Singapore's Agency for Science, Technology, and Research (A*STAR), before becoming one of the first principal investigators to be laid off from the institute in 2008, following the subprime mortgage crisis. 

After a string of failed job applications, Cai opted to work as a taxi driver, eventually garnering the joking sobriquet of Singapore's "Most Educated Taxi Driver."

He isn't alone. Hundreds of graduates of the world's finest institutions are unemployed.

Clearly, success is not as simple as obtaining a college degree from an elite institution. One can fail despite having a high-class degree, so as one can succeed without.

Success is strange and ill-defined. It is a concept we hold between our hands yet allow to slip through our fingers. It is a product of hard work, a function of qualities that cannot be taught, but must be discovered.

Many detractors of a university education claim that college education is unnecessary or peripheral to one's success. They cite Mark Zuckerberg, Bill Gates and Steve Jobs — Gates and Zuck both dropped out from Harvard, and Jobs from Reed College. They prove that it's possible to NOT get a degree, yet become very successful.

At age 21, I still haven't discovered what it means to be successful. However, I'd like to be able to say that I'm a little more grounded in reality. I no longer think that I will find success or that the world will open up to me because of my college degree. I have learnt that there is value in building upon what I've achieved in order to achieve different goals.

As for my reason for pursuing higher education, I seek to think, to discover, to find direction in life. I seek to discover passions I have never known. To live within the "life of the mind" that so many people seek but fail to discover, eating lunch on park benches where men have devised Nobel Prize winning ideas. I seek to be part of an intellectual heritage going back hundreds of years.

Perhaps, I may end up like Cai, writing a book about my failure to succeed within the harsh confines of an economy that has no place for me or my degree. I have no guarantee or any illusions that this investment will pay off fiscally. But I know that I'm in a position of privilege, going to university, a rare and beautiful opportunity in itself.

Granted, it's true that investment banks and management consultancy firms recruit from my alma mater to be. Yes, US$200,000 (RM600,000) is a heavy price tag to pay, given that I'm not on a scholarship. Like most other families, mine will have trouble affording the price of my education, but I know that my college days aren't predicated on discovering stepping stones to my career goals.

I certainly won't approach my studies with complacency. Not only because I want that 4.0 GPA for my internship at Morgan Stanley or Goldman Sachs, but because I love learning. I won't join that choir group simply to network with others, but because I enjoy music. I can and I will take that religious pottery class not because I want to live life eternally unemployed, but because there's value in succeeding in academia for the sake of succeeding in academia itself.

And so I give thanks, for the life ahead of me, and for all the opportunities that I will receive that lie ahead — I accept them all with humility.

* This is the personal opinion of the columnist.

‘Amaran’ kepada Pakatan Rakyat

Posted: 13 May 2013 04:31 PM PDT

May 14, 2013

Uthaya Sankar SB berkarya dalam Bahasa Malaysia. Beliau adalah presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya. Selain menulis, membaca dan bercakap, beliau juga suka menonton filem.

14 MEI — Para pemimpin Pakatan Rakyat (PR), salam sejahtera. Saya tidak menyokong mana-mana parti politik dan saya bukan ahli mana-mana parti politik. Saya juga tidak berminat menyertai mana-mana parti politik.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan "amaran" kepada anda hasil pemerhatian saya terhadap perkembangan parti-parti politik di negara ini; khususnya sejurus sebelum, semasa dan sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Secara kebetulan, tarikh "amaran" ini ditulis adalah pada 13 Mei 2013 — bertepatan dengan tarikh "13 Mei" yang digunakan sejak tahun 1969 oleh Perikatan — kini Barisan Nasional (BN) — untuk menakut-nakutkan orang ramai supaya saling berprasangka berasaskan kaum dan agama.

Apa yang sedang dibuktikan oleh PR menerusi PKR, PAS dan DAP sejak belakangan ini adalah bahawa Rakyat (huruf besar disengajakan) sudah semakin menolak politik perkauman dan parti-parti politik berasaskan kaum. Malah, tarikh 13 Mei kini diraikan oleh Rakyat sebagai "Hari Perpaduan" tanpa restu BN.

Penulis berkempen menolak politik perkauman.Maknanya, kewujudan BN yang membahagikan parti-parti komponen mengikut kaum — misalnya Umno untuk Melayu, MIC untuk India, MCA untuk Cina — sudah berani dicabar. Tambahan pula, BN turut ada "rakan" seperti IPF dan Hindraf yang mewakili "kaum India miskin" serta Perkasa yang mewakili kumpulan Melayu etnosentrik, fanatik, rasis dan ultra kiasu.

Maka, saya ingin menyampaikan "amaran" kepada anda kerana berani mengubah senario politik yang sudah menjadi "tradisi" di Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan; tanpa menafikan imaginasi orang bijak pandai tertentu yang membayangkan negara ini tidak pernah dijajah.

Saya perhatikan bahawa calon-calon yang bertanding di bawah PKR, DAP dan PAS pada PRU13 terdiri daripada individu pelbagai kaum/agama. Realiti ini tidak pernah wujud — dan mustahil akan wujud — dalam BN. Paling baik boleh dilakukan oleh BN adalah mengangkat individu seperti Zulkifli Noordin untuk memperjuangkan nasib kaum India beragama Hindu. Atas sebab itu juga "amaran" wajar diberikan kepada anda sebagai pemimpin PR.

Semasa tempoh kempen PRU13 (dari 20 April hingga 4 Mei), saya perhatikan juga di sekitar kawasan Parlimen Kota Raja dan DUN Sri Muda bahawa ramai golongan muda pelbagai kaum/agama terlibat sebagai sukarelawan bagi memasang sepanduk, bendera dan bahan-bahan kempen. 

"Amaran" wajar diberikan kerana walaupun PAS, DAP dan PKR secara teknikal masih tiga parti politik yang berbeza, serta PR bukan entiti berdaftar (berbanding BN), sukarelawan dari ketiga-tiga parti itu kelihatan bertolak-ansur, bekerjasama dan bantu-membantu. 

Malah, mereka juga kelihatan makan-minum dan berbual-bual mesra di restoran dari semasa ke semasa. Anda wajar menyampaikan "amaran" kepada mereka kerana tindakan mereka membuatkan api perkauman dan persengketaan antara kaum semakin menipis. 

Golongan sukarelawan pelbagai kaum/agama terbabit sedang secara terang-terangan menghakis dan menghapuskan bibit-bibit "pecah dan perintah" dan perkauman yang menjadi modal utama kepada BN untuk meneruskan corak pemerintahan zaman penjajahan British. Kalau Rakyat sudah bersatu, apa lagi modal yang ada?

Saya juga mahu menggunakan kesempatan ini untuk menyampaikan "amaran" kepada para sukarelawan terbabit yang tampil berkhidmat sebagai "sukarelawan" pada erti kata sebenar. Tahukah mereka bahawa tindakan mereka membuatkan pihak satu lagi kecewa? Hal ini kerana pihak yang satu lagi terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk membayar upah kepada para "sukarelawan" mereka.

The Third Force dan Bangsa Malaysia

Anda tentu telah perhatikan bahawa saya menulis "Rakyat" menggunakan huruf besar. Amalan ini bukan bermakna saya mengaitkan "Rakyat" dengan PR. Tidak sama sekali! Sebaliknya, dalam sistem pemerintahan demokrasi, pihak yang paling berkuasa adalah Rakyat yang memilih wakil mereka untuk menguruskan pemerintahan (kerajaan).

Pihak anda pula perlu diberikan "amaran" kerana sentiasa memberikan kesedaran kepada Rakyat pelbagai kaum, agama, etnik, latar pendidikan, geografi, profesion dan sebagainya tentang "kuasa" yang ada di tangan Rakyat.

Anwar Ibrahim bukanlah tokoh politik kebanggaan saya. (Maaf! Saya tidak mahu berpura-pura.) Malah, saya pernah nyatakan dalam sebuah makalah sebelum ini bahawa jika Anwar bertanding bagi kerusi DUN Sri Muda atau Parlimen Kota Raja, tidak semestinya saya mengundi beliau.

Tarikh 13 Mei diraikan sebagai Hari Perpaduan.Walau bagaimanapun, saya mahu juga menyampaikan "amaran" kepada Anwar kerana membangkitkan semangat reformasi dalam kalangan Rakyat secara berterusan sejak dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998. 

Hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah bahawa Anwar (dan kumpulannya) berjaya menarik begitu ramai orang ke Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei. Kesemua mereka hadir dengan semangat "Bangsa Malaysia" demi menuntut keadilan serta menentang sebarang bentuk penipuan dalam PRU13.

Selain daripada meletakkan calon "Bukan Cina", DAP juga sudah berani menerobos kubu kuat Umno di Johor dalam PRU13. Biarlah saya menyampaikan "amaran" kerana DAP sedang membuktikan bahawa pengundi dan penduduk di negeri itu juga sedikit demi sedikit mula menolak politik berasaskan kaum yang mendarah-daging dalam BN.

Usah kita lupa bahawa pihak tertentu berusaha gigih "membuktikan" kepada kaum Melayu bahawa "satu undi bagi PAS bermakna satu undi bagi DAP". Kempen oleh pihak yang sama kepada kaum Cina adalah bahawa "satu undi bagi DAP bermakna satu undi bagi PAS".

Kempen yang dijalankan dalam kalangan kaum India pula adalah bahawa "satu undi bagi PAS bermakna satu undi untuk potong tangan" iaitu memomokkan masyarakat menerusi penyebaran maklumat palsu (fitnah) mengenai Hukum Hudud.

"Amaran" perlu diberikan kepada PAS, PKR dan DAP kerana tetap tidak makan saman. Sebaliknya anda sedang terus membuktikan kepada orang ramai bahawa politik kotor yang ditangani oleh pihak tertentu tidak akan mampu mempengaruhi Rakyat.

Sekali gus, PR menghormati kebijaksanaan dan kemampuan Rakyat membuat penilaian berdasarkan fakta yang ada di depan mata. Tentulah "amaran" perlu diberikan kepada PR kerana cuba memberikan ruang dan peluang kepada Rakyat untuk berfikir. Tidakkah anda tahu bahawa Rakyat yang berfikir akan menjadi golongan yang celik politik dan tidak boleh diperkudakan oleh politikus?

Akhirnya, walaupun keputusan "rasmi" PRU-13 menunjukkan bahawa BN menang 133 kerusi Parlimen manakala PR hanya menang 89 kerusi, perubahan nyata sudah berlaku dalam kalangan Rakyat. Mereka kini sudah benar-benar membuktikan kuasa "The Third Force" yang tidak akan hanya berdiam diri dan menerima bulat-bulat apa-apa yang diarahkan oleh politikus.

Saya merakamkan "amaran" kepada PR kerana turut memainkan peranan besar dalam kebangkitan Rakyat. Golongan Rakyat juga akan terus memantau anda jika anda membentuk Kerajaan Pusat pada masa hadapan.

Kepada BN pula, saya mengucapkan "tahniah" dan "syabas" kerana terus berjaya menggenggam Putrajaya dengan apa cara sekali pun. Ucapan tahniah pula kepada Rosmah Mansor kerana dialah juara sebenar dalam PRU13 kerana berjaya kekal sebagai "Wanita Pertama" walaupun dilanda "tsunami Rakyat".

* Uthaya Sankar SB adalah pemilik tunggal syarikat "Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya". Beliau memblog di www.uthayasb.blogspot.com.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved