Isnin, 6 Mei 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Alas, I think too much about books

Posted: 05 May 2013 05:43 PM PDT

May 06, 2013

A geology graduate turned writer, Khairie Hisyam Aliman enjoys stating the obvious... occasionally in writing. He is still figuring out how to write a proper bio of himself.

MAY 6 — I wrote previously that starting a new job is like reading a new chapter in a book. In fact, each of our lives is like a book. It might even be a series of books — hopefully with happy endings where we at least survive very long.

We open our eyes in the morning and the narrative begins in our heads. As the story begins (with us gaining full consciousness over coffee), the narrative reminds us of our back-story (memories) and our heroic mission (dreams, ambitions, getting to the toilet before losing bowel control). The narrative reminds us of our purpose in the story (to perform gloriously heroic deeds, of course).

So here we are as the hero of the story, about to embark on another adventurous (and hopefully survivable) day. What perils might lie in wait? We are off (leave the house) to find out!

On some days, maybe we find excitement, good or otherwise, aplenty.

Maybe you dropped your phone from the third floor of the Mid Valley Megamall and it miraculously (with the maximum suspension of disbelief possible) fell straight into a woman's handbag on the ground floor who does not realise it — can you race down the packed escalators in time to catch her before she disappears into the throng?

Or perhaps your boss texted you urgently that you need to be at a specific place (that you've never been to before) in an unfamiliar neighbourhood (that you've never driven to before) by a specific time — with just enough time left to get there without getting even slightly lost. You drive nervously, flooring the pedal, tension building — oops, did you just take a wrong turn?

Or maybe you discovered a plot to slip a super-strong fast-acting laxative into your boss's daily morning cup of Chatime Pearl Milk Tea by vengeful former employees, which would be bad for you as your boss was supposed to sign your pay cheque that day. Can you stop the culprits in a race against time (and month-long diet of instant noodles)?

Or maybe it (disappointingly) turns out to be another long, dreary day at work with no adventure or excitement in sight. Alas, not all books are well-written or interesting. Some may even bore you to sleep while standing on one leg.

But the odds are there will be days where we find issues to resolve or challenges to overcome or tight spaces to squeeze out of. Like in the books, we find tension building as we try to do this while navigating the hurdles that inconveniently just happen to pop up (plot twists).

Eventually we reach the turning point. The climax. The moment of truth, they say. Can we or can we not save the day? Or are we doomed to staining our pants in public because we didn't make it to the toilet in time?

Whatever the answer is, the point is there is an answer. Every book gets a resolution — either we make it, or we don't.

Either way, life goes on. The built-up tension begins dissipating after that and slowly we gather the remains of the plot, make the best of the situation and carry on as best we can.

So the next time you feel like it's the end of the world, remember that nothing lasts in life. Not even the most torturous, horrific and horrendous parts. Life moves on, constantly, and there's a resolution somewhere down the road if you keep moving and doing what you have to.

There's an ending to every story; the only question is what sort of ending. In a good book, finding that out is always worth persevering to the last page — especially if it's our own book.

* This is the personal opinion of the columnist.

Buktikan kuasa Rakyat

Posted: 05 May 2013 05:24 PM PDT

May 06, 2013

Uthaya Sankar SB berkarya dalam Bahasa Malaysia. Beliau adalah presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya. Selain menulis, membaca dan bercakap, beliau juga suka menonton filem.

6 MEI — Makalah ini ditulis sebelum tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan disiarkan selepas itu. Keputusan pilihan raya sepatutnya sudah diketahui semasa anda membaca makalah ini.

Sebenarnya, pada 30 April, saya nyatakan begini pada ruangan status di Facebook: "Alahai, sedihnya saya! Dalam masa beberapa hari lagi, politikus tertentu yang begitu rajin 'turun padang' bertemu Rakyat akan ghaib daripada pandangan — sebelum muncul kembali sekitar empat setengah tahun kemudian secara penuh mistik."

Tidak mustahil bahawa calon-calon PRU13 telah datang untuk bertemu, berbual-bual, bersalam-salaman dan bertanya khabar para pengundi di pasar malam, pasar borong, tandas awam, tepi jalan, tanah perkuburan, rumah atau di mana-mana tempat ada manusia. Tetapi semua itu hanyalah sehingga sehari sebelum tarikh mengundi.

Realiti yang tidak dapat dinafikan di negara bertuah ini adalah bahawa kebanyakan politikus akan ghaib entah ke mana selepas pilihan raya tetapi tiba-tiba muncul sekitar dua minggu sebelum pilihan raya seterusnya. 

Calon bebas biasanya dilihat hanya memecah undi.Maka, mulai hari ini, sama-sama kita lihat berapa ramai politikus yang masih akan terhegeh-hegeh pergi ke pasar dan kawasan kampung untuk bersalam-salaman dengan Rakyat (huruf besar sentiasa disengajakan).

Pada pendirian saya, pihak yang paling berkuasa dalam sistem pilihan raya demokrasi adalah Rakyat. Saya menamakan mereka "The Third Force". Malangnya, ramai Rakyat yang sekadar menjadi pengundi tetapi membiarkan sahaja diri mereka diperlakukan sesuka hati oleh politikus — termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen yang mereka sendiri undi dahulu.

Usah kita lupa akan 8 Mac 2008 — tarikh yang mengubah sejarah dan masa depan negara tercinta, serta membuktikan bahawa kuasa sebenar terletak pada tangan Rakyat. Kita perlu memastikan bahawa semangat itu terus membara selepas PRU-13.

Sejak sebulan lalu, saya menggunakan ruangan foto profil dan foto kulit pada Facebook untuk "berkempen" agar Rakyat memiliki kesedaran asas berkaitan proses pilihan raya serta hak yang mereka miliki sebagai pengundi.

Misalnya, soalan pertama yang saya kemukakan pada 4 April: "Sudahkah calon pilihan anda menguasai Bahasa Malaysia?" Soalan ini mungkin kedengaran lucu dan tidak penting. Walau bagaimanapun, apa gunanya seorang ADUN atau Ahli Parlimen — tanpa mengira kaum dan latar pendidikan — yang belum mampu menguasai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara?

Mampukah calon pilihan anda mewakili Bangsa Malaysia tanpa mengira etnik, kaum dan agama? Pertanyaan ini juga mungkin kurang diberikan perhatian oleh orang ramai. Tambahan pula, budaya yang sudah dibawakan oleh Barisan Nasional (BN) sejak lebih 55 tahun dahulu adalah keadaan di mana Umno mewakili orang Melayu, MCA mewakili kaum Cina, MIC mewakili orang India, dan sebagainya.

"Badut Paul Lathic"

Pada pemerhatian saya, Rakyat pada masa kini sudah menolak politik yang berasaskan kaum dan ini belum lagi mengambil kira soal "politik perkauman" yang masih menjadi budaya dalam kalangan politikus.

Dalam sistem demokrasi, Rakyat adalah "majikan" dan politikus adalah "pekerja". Jangan biarkan kedudukan itu terbalik! Walaupun PRU13 sudah selesai dan politikus akan mula "ghaib" tetapi Rakyat sebagai "The Third Force" usah membiarkan mereka menghilangkan diri begitu sahaja.

Walau apa pun keputusan PRU13 (Ingat: makalah ini ditulis pada 3 Mei), saya sentiasa percaya bahawa Rakyat tidak pernah "tersalah pilih" semasa mengundi. Politikus yang biasanya berubah dan menderkaha kepada pengundi. Lihat sahaja apa yang berlaku di Perak selepas PRU12. Semoga insiden seperti itu tidak berlaku lagi.

Rakyat adalah 'majikan' yang memberi gaji kepada 'pekerja'.Sepanjang kempen PRU13, kita telah dapat perhatikan sendiri bagaimana BN begitu bersemangat menggunakan Bahasa Tamil dan Mandarin dalam berkempen. Bayangkan jika "tsunami politik" tidak berlaku pada 2007 (menerusi gerakan Hindraf yang asal) dan 2008 (kebangkitan Pakatan Rakyat).

Namun begitu, apa yang amat mengecewakan adalah bahawa aspek tulisan/ejaan Bahasa Tamil yang betul sering tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Lebih malang apabila para pemimpin MIC selaku "pejuang bahasa dan budaya Tamil" tidak pula berani menegur parti-parti komponen BN dalam hal ini.

Sejak Parlimen dibubarkan (3 April) dan Human Rights Party (HRP) pimpinan P Uthayakumar mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas menggunakan "aura" Hindraf, saya mula menulis beberapa artikel mengkritik calon-calon HRP dan MIC.

Sesungguhnya undi adalah rahsia tetapi tindakan mengkritik calon dan parti-parti politik secara terbuka adalah hak kita sebagai Rakyat dan pengundi. Melalui kritikan — serta maklum balas yang diterima — dapatlah kita menilai kualiti dan kelayakan mereka sebagai pemimpin.

Berkali-kali juga saya mengingatkan rakan-rakan menerusi paparan pada Facebook supaya jangan menjadi penyokong fanatik mana-mana parti politik atau mana-mana politikus. Sebaliknya, mereka (politikus) yang sepatutnya menjadi penyokong kita (Rakyat). Kalau mereka menyokong kita, barulah kita akan mengundi mereka!

Suatu lagi realiti dalam politik tanah air adalah bahawa ada calon yang pandai berlakon di depan kamera dan media. Lakonan mereka paling mudah disaksikan menerusi pelbagai media arus perdana. Namun, usah kita lupa bahawa Rakyat memerlukan "pekerja" dan bukannya "pelakon".

Memang ada calon yang pandai menangis semasa berucap meraih undi. Hal ini mungkin telah anda saksikan sendiri sejak beberapa minggu lalu. Pada pandangan saya, biarkan sahaja mereka (politikus) menangis. Apa yang lebin penting adalah bahawa jangan sampai Rakyat terpaksa menangis selepas politikus seperti itu menang dalam pilihan raya.

Saya sering menggunakan frasa "Badut Paul Lathic" bagi merujuk kepada golongan politikus seperti itu; sempena sebuah cerpen saya yang berjudul "Drama Paul Lathic" (Mingguan Malaysia, 8 Oktober 1995). Saya bukan ahli mana-mana parti politik dan saya tidak menyokong mana-mana parti politik. Bagi saya, "Badut Paul Lathic" adalah sekadar sumber inspirasi bagi penulisan cerpen.

Pada 10 April lalu, saya mengingatkan rakan-rakan supaya berhati-hati dengan mana-mana "calon bebas". Pada penelitian saya sebagai pengamal media dan pemerhati politik, ada calon bebas tertentu yang mungkin menanti dibeli "Parti X" atau sudah dibeli "Parti Y" dan/atau sekadar bertanding untuk memecah undi.

Rakyat masih ada impian selepas PRU13.Dalam isu wakil HRP bertanding sebagai calon bebas selepas "tuntutan" mereka khabarnya ditolak PKR, ramai pihak bimbang kerana tindakan itu akan memecah undi di kawasan kubu kuat PR; sekali gus membuatkan BN menang mudah. Malah, Bendahari HRP, A. Sugumaran (Cikgu Suguz) membuat pengakuan pada 10 April: "We (HRP) should contest as independent candidates & kacau daun!" (Kita patut bertanding sebagai calon bebas dan kacau daun!)

Saya lebih suka jika kita meraikan kepelbagaian serta menolak politik perkauman. Dalam pada itu, pengundi tidak wajar membiarkan sekampit beras dan sebuku roti "membeli" undi, maruah dan masa depan diri dan generasi akan datang. Memang menyedihkan apabila masih ada politikus yang "memancing" pengundi dengan makanan.

Sejak beberapa bulan lalu, memang ada pihak yang cuba menakut-nakutkan orang Melayu dengan mengatakan bahawa orang Melayu-Islam dan Bumiputera akan kehilangan kedudukan istimewa yang dinikmati sekiranya pucuk pimpinan (kerajaan) berubah.

Betapa tidak bermaruah dan betapa jahat niat puak seperti itu! Mereka sengaja menyembunyikan hakikat bahawa segala kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera — serta hak kaum-kaum lain — sebenarnya dilindungi sepenuhnya menerusi Wasiat Raja-raja Melayu yang ditandatangani pada Ogos 1957. Perkara-perkara berkaitan hal-hal itu dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diubah/dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.

Seterusnya, kesabaran saya benar-benar teruji pada 16 April lalu, sebaik sahaja Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Zulkifli Noordin sebagai "calon rakan BN" untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Shah Alam dalam PRU-13.

Kalau Najib berani meletakkan calon-calon etnosentrik, rasis, fanatik dan ultra kiasu di Selangor, saya pula berani menyeru para pengundi Selangor menolak BN 100 peratus pada PRU13. Semasa makalah ini ditulis pada 3 Mei, saya masih berbisik dalam hati: "Tuhan, lindungi kami!"

Harapan saya adalah agar PRU13 menyaksikan Rakyat menolak sepenuhnya politik perkauman; calon rasis dari mana-mana parti; calon yang hanya mahu memperjuangkan nasib kaumnya; serta calon yang menghina mana-mana kaum dan agama.

Tahniah kepada kesemua calon yang menang kerusi DUN dan Parlimen. Tahniah kepada pihak (BN/PR) yang berjaya mendapatkan mandat Rakyat untuk membentuk Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.

Kepada orang ramai pula, jangan "biarkan" politikus ghaib begitu sahaja! Rakyat adalah umpama majikan yang membayar gaji kepada politikus untuk membuat kerja. Jangan biarkan "pekerja" kita mencuri tulang atau menikmati gaji buta.

Sama-sama kita berpegang pada semangat "The Third Force" dan kita buktikan bahawa sesungguhnya Rakyat yang paling berkuasa dalam sistem pemerintahan demokrasi.

* Uthaya Sankar SB adalah pengundi di DUN Sri Muda dan Parlimen Kota Raja.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved