Jumaat, 14 Jun 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Dua cawangan SUPP terima notis tunjuk sebab daripada RoS

Posted: 13 Jun 2013 11:01 PM PDT

June 14, 2013

KUCHING, 14 Jun – Dua cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) – Piasau dan Bekenu – menerima notis tunjuk sebab daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) atas dakwaan melanggar perlembagan parti ketika pemilihan Persidangan Tritahunan Perwakilan (TDC) pada Disember 2011.

Dua cawangan itu ialah daripada 14 cawangan yang aduan difailkan. Cawangan termasuk Kuching, Pending, Padungan, Sri Aman, Sarikei, Bintangor, Repok, Sibu, Kanowit, Bintulu, Julau dan Song.

Ketua Pengarah RoS Datuk Abdul Rahman Othman dalam kenyataan kepada media di sini hari ini berkata RoS mengeluarkan Notis Tunjuk Sebab di bawah Seksyen 13(2), Akta Pertubuhan 1966 kepada SUPP lanjutan daripada aduan yang diterima daripada anggota parti yang tidak berpuashati dengan proses pemilihan parti yang telah dijalankan.

"SUPP mempunyai 30 hari daripada tarikh notis iaitu 6 Jun 2013 untuk menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan dan jawapan itu hendaklah memuaskan Pendaftar Pertubuhan," katanya.

Menurut Abdul Rahman, notis itu bukanlah Perintah Pembatalan pendaftaran SUPP, tetapi merupakan Notis Tunjuk Sebab atas pelanggaran peruntukan undang-undang tubuh pertubuhan ini.

"RoS akan membuat keputusan berpandukan jawapan yang dikemukan oleh SUPP dan keputusan yang akan dibuat ini berlandaskan kepada Akta Pertubuhan 1966," katanya.

Sementara itu Pengarah RoS Sarawak Ken Leben pada sidang akhbar hari ini menjelaskan bahawa surat bertarikh 6 Jun telah dihantar ke cawangan Piasau dan Bekenu serta bendahari parti.

"Saya diarahkan ibu pejabat RoS di Kuala Lumpur supaya mendapatkan penjelasan ini untuk orang ramai dan SUPP," katanya.

"Sebelum ini ada aduan daripada 14 cawangan SUPP yang mendakwa berlaku perkara yang tidak menurut peraturan dalam penghantaran perwakilan ke TDC SUPP pada November 2011.

"RoS mendapati ada perkara yang tidak mengikut peraturan semasa TDC itu," katanya sambil menegaskan juga bahawa notis tunjuk sebab itu tidak semestinya bermaksud SUPP akan dibatalkan pendaftarannya. – Bernama

Lelaki maut apabila kenderaannya terbabas

Posted: 13 Jun 2013 10:50 PM PDT

June 14, 2013

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lorong sebelah kanan di Km 450 Lebuhraya Utara Selatan dari Sungai Buloh menuju ke utara, dekat sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata kemalangan pada 1.45 pagi itu menyebabkan Lim Ket Wee, 41, mati di tempat kejadian.

Mayat Lim dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata ekoran kemalangan itu dua kereta dari arah yang sama turut terbabas apabila cuba mengelak kenderaan mangsa yang melintang di tengah-tengah jalan itu.

Junaidi berkata di kilometer yang sama dari arah bertentangan, sebuah kereta turut mengalami kemalangan akibat memperlahankan kenderaannya apabila dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta lain yang turut merempuh sebuah lori.

Junaidi bekata kesemua mangsa yang berada dalam lima kenderaan berkenaan hanya cedera ringan. – Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved