Selasa, 18 Jun 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Tarik balik kad pengenalan pendatang, usul ahli Parlimen BN kepada RCI

Posted: 18 Jun 2013 02:24 AM PDT


Oleh Mohd Farhan Darwis
June 18, 2013

Panel Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan pendatang haram di Sabah hari ini dicadangkan supaya menarik semula kesemua kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada pendatang asing, kata ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Wilfred Madius Tangau.

Ahli Parlimen Tuaran yang juga saksi ke 117 dipanggil untuk RCI berkata kepada panel yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, masalah pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing juga tidak akan pernah selesai, melainkan rombakan keseluruhan sistem pemberian kad pengenalan dilaksanakan.

"Ini isu integriti ... kita perlu 'reset' semuanya untuk kembali ke 'ground zero', katanya yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) kepada lima panel RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini.

Beliau kemudiannya mencadangkan agar mereka yang telah diambil kad pengenalannya dalam proses tersebut untuk memohon kembali menggunakan sijil kelahiran.

"Jika kita tidak melakukan perkara itu, bagaimana kita mahu menyelesaikan masalah kad pengenalan meragukan seperti ini," soalnya lagi, dan menambah kes pemberian kad pengenalan meragukan itu tidak akan pernah berhenti, sebaliknya akan berterusan.

"Pada mereka yang rasa mereka benar-benar warganegara, tiada apa nak ditakutkan," tambahnya yang juga merupakan saksi pertama dalam kalangan ahli politik yang dipanggil memberi keterangan kepada RCI. - 18 Jun, 2013.

MENYUSUL LAGI

Pemilihan semua jawatan tertinggi MIC pada 22 Sept

Posted: 18 Jun 2013 02:09 AM PDT

June 18, 2013

Pemilihan bagi semua jawatan tertinggi MIC akan diadakan dalam tahun ini bagi mematuhi nasihat Pendaftar Pertubuhan (ROS), kata Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel.

"Saya telah bertemu ROS sebanyak dua kali selepas PRU13 (pilihan raya umum ke-13) dan mereka menasihatkan supaya buat pemilihan tahun ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di ibu pejabat parti di sini.

Beliau berkata mesyuarat CWC hari ini menetapkan pemilihan bagi jawatan presiden parti pada 22 Sept manakala 1 Sept sebagai hari penamaan calon.

Pemilihan jawatan lain seperti timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 anggota CWC pula akan diadakan pada bulan November atau Disember, katanya.

Palanivel berkata semua 3,900 cawangan MIC akan mula mengadakan mesyuarat tahunan dan pemilihan pada 12 Julai hingga 4 Ogos.

"Pemilihan bahagian akan bermula pada akhir bulan September hingga Oktober... kita akan habiskan pemilihan bahagian di tiap-tiap negeri dalam tempoh itu," katanya.

Kali terakhir MIC mengadakan pemilihan parti ialah pada 2009 yang menyaksikan Datuk Seri S.Samy Vellu menang jawatan presiden tanpa bertanding.

Samy Vellu meletak jawatan pada 2010 dan Palanivel, yang pada ketika itu timbalan presiden parti, dilantik sebagai pengganti.

MIC sepatutnya mengadakan pemilihan parti pada tahun lepas namun menangguhkannya bagi memberi tumpuan kepada PRU13.

Dalam pada itu, Palanivel berkata jika dipilih sebagai presiden parti tahun ini, ia mungkin menjadi penggal terakhir untuk beliau menerajui MIC.

"Jika saya dipilih, ini akan menjadi penggal akhir saya...  selepas itu saya akan berundur kerana sekarang saya sudah berusia 64 tahun," katanya. - Bernama, 18 Jun, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved