Selasa, 18 Jun 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Asia’s rising frontier with Latin America

Posted: 17 Jun 2013 06:07 PM PDT

June 18, 2013

In a world where Europe and the United States are struggling, both East Asia and Latin America are outperforming the pack, even if they, too, face challenges.

And yet, more than 12 years since it started, the Forum for East Asia-Latin America Cooperation (FEALAC) has not grabbed headline attention — not in the way, say, the BRICs (Brazil, Russia, India and China) have. Still, the relationship has grown.

Notwithstanding the considerable distances, inter-regional trade has grown at an average of 20.5 per cent over the past decade, projecting to reach US$500 billion (S$626.9 billion) this year. The full range of goods crosses the oceans, from manufactures to agricultural products, with resources especially important.

Global conditions are pushing the two regions closer. With the developed markets of the West still soft, the search is on for new markets and South-South cooperation. As the meeting's host this month, Indonesian Foreign Minister Marty Natalegawa said FEALAC can assist in "the next major shift in the world's geo-politics and geo-economy".

Yet, this cannot happen overnight — and if left to market forces, relations would be dominated by the larger or more developed countries. China, for instance, accounts for nearly 50 per cent of East Asia's trade with Latin America. Japan, too, has substantial ties.

Among the Latin Americans, Brazil attracts the most interest despite a recent slowdown. Mexico, too, is considerable in its own right and provides access to the US market through the North American free trade area.

But smaller economies on each side tend to be less noticed. Yet, Peru and Colombia rack up impressive growth rates, after making political changes and policy reforms. The recently-formed Pacific Alliance brings them together with Chile, Mexico and Costa Rica, accounting for US$445 billion in exports.

On the Asian side, the Association of South-east Asian Nations (ASEAN) — whose collective population of 650 million is more than all of Latin America — deserves more attention. As they integrate as an ASEAN community, their competitiveness will further improve, and the group could do more to link with the Pacific Alliance.

Individual countries, too, can further their ties. An estimated 100 Singaporean companies are present in Latin America, including Keppel, Sembcorp, Olam and Wilmar. Latin American companies venturing into Singapore include petrochemical company Braskem and mining giant Vale.

Thailand has a free trade agreement with Peru and has seen its exports to Latin America more than double in recent years. The efforts of different countries and sub-groups can serve as building blocks for FEALAC to become the premier forum for the inter-regional relationship and broaden the connections for all 36 participating countries. This is where governments can make a difference.

There remain gaps in business connectivity — information, infrastructure, logistics and trade facilitation. Progressively, the aim must be to fill these gaps, so that even the smaller and medium-sized enterprises, and not only the larger corporations, can access the inter-regional opportunities.

A broader foundation for engagement is also needed. This is difficult given the lack of historical interaction between the two regions.

Nevertheless, networks between universities and cultural institutions, and using the media and tourism, can foster better understanding and increase people-to-people contact. Building for the future, efforts are needed to interest the youth of both regions and help them develop intercultural skills.

These were among the recommendations put forward in Bali by a Vision Group appointed by the FEALAC ministers. Some ideas aim to jump-start a new stage in relations with iconic projects — such as a regular business forum and a network among universities. The longer-term goal is to deepen and broaden the inter-regional relationship, so that it can take its place alongside ties with the US and Europe.

Cliches about revolutions and drug smuggling may persist when Asians think about Latin America, and vice versa. The realities of trade and changes in global politics are, however, pushing both sides to rethink old assumptions.

The opportunities are real and substantial — more than when FEALAC began. But for these to be realised, Asians and Latin Americans must increasingly give attention to each other as a new frontier for engagement.

ABOUT THE AUTHOR:

Simon Tay is Chairman of the Singapore Institute of International Affairs. He served as his country's representative on a Vision Group for FEALAC and was the overall editor of the final report submitted to the Ministers at their meeting in Indonesia. - TODAY Newspaper, June 18, 2013.

Menjejaki Muhammad s.a.w

Posted: 17 Jun 2013 05:24 PM PDT

June 18, 2013

Mujahid Yusof Rawa is MP for Parit Buntar and PAS National Unity Committee chairman.


Hajat Tercapai

Perjalanan saya kali ini ke tanah suci Makkah dan Madinah mempunyai makna yang mendalam. Pertama, saya menangguhkan perjalanan ini sejak lima tahun yang lalu kerana selalu bertembung dengan jadual ketat di kawasan saya dan aktiviti kepartian. Kedua, saya memerlukan perjalanan spritual untuk mengukuhkan lagi jatidiri daya dalam keadaan politik partisan yang semakin kuat dan ketiga saya amat merindui keluarga di Makkah bertanyakan khabar mereka setelah lama tidak bertemu. Ketiga alasan ini cukup kuat untuk saya menggegam azam memijak kaki ke atas dua bumi penuh barakah ini. Termakbul hajat yang terpendam selama lima tahun dan pada 25hb Mei kami berlepas menjangaku perjalanan hampir satu hari penerbangan.


Assalamualaikum Ya Rasulallah!

Kereta kami melucur laju dari Lapangan Terbang Jeddah menuju ke Madinah. Perjalanan kami ke Madinah dulu sebelum kami ke Makkah, jadi perjalanan kami agak jauh kerana dari Jeddah ke Madinah mengambil masa 4 atau 5 jam berbanding Makkah yang hanya 40 minit sahaja. Saya tidak tidur sepanjang jalan kerana mutawwif ( tour guide) kami, Ustaz Daim dari Palembang Indonesia dengan tekun menyampaikan taklimat dan tazkirahnya kepada kami hampir sepanjang jalan. Saat semua diam, fikiran saya terus melayang ke Madinah dan sekaligus perasaan rindu kepada junjungan Nabi mengusik jiwa. Saya bayangkan perjalanan Nabi s.a.w di padang pasir berbatu dalam cuaca panas terik bertemu pemimpin Kabilah untuk menyampaikan Islam.


Baginda Junjungan berhadapan dengan suasana ketaksoban kaum yang pekat sedangkan Islam datang untuk meleraikannya supaya membuka jalan kepada nilai manusiawi dan keadilan menguasai hubungan antara manusia. Ia bukan misi yang mudah kerana perkauman sempit adalah norma yang terpakai dalam menentukan prinsip hubungan dan penyelesaian konflik sesama mereka. Pastinya kekuatan Nabi adalah luarbiasa menempuh cabaran melaksanakan perubahan sosial dan politik Arab Jahiliyah dari perkauman sempit kepada universaliti Islam. Saya terus kekaguman terhadap Muhammad s.a.w dalam menghayati panorama padang pasir berbatu bawah pantulan terik matahari.

Pembela Agung

Muhammad s.a.w bukan agung untuk dirinya, keagungannya terletak kepada sifat hambanya yang penuh dengan kerendahan dan berlemah lembut. Berbeza dengan tanggapan berendah diri sebagai tanda kelemahan dan berlemah lembut tanda ketakutan, Rasulallah telah memberikan makna keduanya dengan keutuhan prinsip dan ketegasan sikap dalam misi perubahannya. Pada masa keagungan pemimpin itu terletak kepada segala kemewahan sebagai tanda kekuasaannya, Nabi telah memulakan misinya dengan mencabar karakter kuasa melalui perspektif kehambaan dengan semua maknanya, lantas lahirlah konsep kuasa sebagai wasilah untuk prinsip yang lebih superior. Baginda mencabar fahaman Kuasa dan Pemimpin sebagai matlamat lalu mengasaskan konsep kepimpinan berjiwa hamba. Kebangkitan dan pemberontakan rakyat menuntut pembelaaan dan sebab itu Baginda membawa manifesto sebagai pembela kepada yang tertindas. Perkataan Mustadhafin atau The Oppressed bukan sekadar membayangkan kelompok miskin dan terpinggir tetapi ia mewakili penobatan keadilan sosial yang beribu tahun kemudian diungkapkan oleh golongan marxism sebagai 'class struggle'.


Agama Sebagai Pencetus

Manusia memerlukan premis keyakinan untuk berhadapan dengan realiti kuasa yang tercemar ini dan mengubahnya kepada kuasa yang mulia sifatnya. Suntikan Nabi bermula dengan meletakkan semua penguasa di bawah sumber kuasa yang mutlak dan bahawa kuasa hanya bermakna apabila manusia tunduk kepada Kuasa Allah. Kuasa Allah disalahertikan oleh antagonis  agama sebagai kuasa tuhan yang tidak sepatutnya campurtangan dalam kehidupan duniawi manusia walaupun dalam keperluan spiritual,manusia memerlukan tuhan. Mereka tidak memahami bahawa Kuasa Mutlak Allah itu juga menyatakan supaya yang ditindas dibela, keadilan ditegakkan dan kuasa rakyat dijelmakan melalui konsep perundingan. Kuasa Mutlak Allah juga menyatakan pemimpin boleh memimpin dengan keperluan zamannya dan suasanaya selagi tidak memudaratkan prinsip-prinsip besar yang ditetapkan. Muhammad s.a.w meletakkan agama sebagai pencetus perubahan bukan seperti interpretasi golongan antagonis agama tentang peranan agama yang disisihkan dalam jalur sosial-politik. Strategi dari langit berjaya memansuhkan semua amalan Jahiliyah apabila dalam ucapan Khutbah Selamat Tinggalnya, Nabi menggambarkan semua amalan kuasa perkauman sempit di bawah tapak kakinya untuk dilupakan dan diluputkan buat selamanya.


Nabi dan Prinsip Kezamanan

Kehebatan dan Mukjizat Nabi s.a.w juga terletak kepada prinsip kezamanan yang dipasakkan untuk umatnya supaya sentiasa berupaya mendepani zamannya dengan terbaik. Agama Islam memberikan kelayakan pada bidangnya supaya agama tidak mengambil kesempatan menutup pintu kemajuan. Muhammad mengajar prinsip hubungan dengan Allah sebagai prinsip Kekal manakala hubungan dengan manusia bersifat Angkubah mengikut keperluan semasa. Pandangan berbagai sebagai mercutanda ketamadunan menjadi prinsip yang diterima kerana melaluinya manusia diberi ruang berfikir seluas-luasnya untuk kepentingan dunia mereka. Melalui sirah Nabi karakter kezamanan yang diasaskan menjadikan Muhammad s.a.w begitu maju dan kehadapan dari zamannya. Rasulallah melakukan demikian pada saat pemimpin yang berkuasa hanya mementingkan tugu-tugu peringatan yang diukir atas namanya sebagai tanda kehebatan kepimpinannya. Kerana itu Nabi menjadi agung lantaran meninggalkan jejak dan bekas prinsip kezamanan untuk dipakai oleh manusia sepanjang zaman tanpa menggadaikan keperluan agamanya.

Kami Merindui Mu Ya Rasulallah


Semasa kereta kami mendekati sempadan tanah yang dilindungi untuk masuk ke Madinah tertera iklan gergasi berbahasa Arab yang maksudnya 'Kami merindui menatap wajahmu Ya Rasulallah" Iklan itu seolah-olah memahami isihati saya sepanjang 4jam perjalanan melayani jejak-jejak saya bersama Muhammad s.a.w. Sememangnya terkenangkan semua itu, siapa yang tidak merinduinya? Siapa yang tidak mahu mengucapkan salam kepadanya? Siapa yang tidak mahu mengadu kepadanya semua prinsip yang diajarnya telah dinodai oleh umatnya sendiri? Siapa yang tidak sebak hanya dengan melihat maqamnya dari jendela rumahnya yang sempit itu? Sememangnya Ya Rasulallah, kami amat merindui mu....

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved