Ahad, 2 Jun 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pegawai terlibat kematian Dharmendran perlu dihukum, kata Lim

Posted: 01 Jun 2013 11:10 PM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis
June 02, 2013

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Setiausaha Agung DAP Lim Lim menggesa Kementerian Dalam Negeri menghukum pegawai polis yang terlibat menyebabkan kematian N. Dharmendran di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan bukan hanya menukar tugas mereka kepada tugasan pejabat.

"Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar harus memberi perhatian kepada tangisan tragis, marah dan mendayu-dayu isteri mangsa kematian dalam tahanan N Dharmendran dengan menangkap dan mengurung dalam lokap pegawai-pegawai polis yang terlibat dalam pembunuhan tersebut, daripada hanya memberi mereka tugas pejabat," tegas Lim yang juga ahli Parlimen Bagan.

Lim menegaskan, DAP terkejut dengan sikap Ahmad Zahid yang tidak berperikemanusiaan dan tidak bertanggungjawab terhadap kematian dalam tahanan yang tragis ini, di mana beliau menyatakan pegawai-pegawai polis yang terlibat tidak patut digantung tugas agar semangat pasukan polis tidak dipatah.

"Kenyataan yang begitu tidak berhati perut ini menunjukkan bahawa Ahmad Zahid tidak layak menjadi Menteri Dalam Negeri kerana beliau tidak melindungi keselamatan awam tanpa mengira siapa yang melakukan jenayah sama ada ia merupakan penjenayah atau pegawai polis yang bertugas," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi.

Beliau turut menyelar kepimpinan Ahmad Zahid dan Khalid yang berdiam diri dan bersikap tidak ambil peduli, dan tidak menunjukkan kemarahan, rasa kesal atau dukacita terhadap insiden menimpa keluarga Dharmendran.

Laporan bedah siasat menunjukkan Dharmendran, 31, meninggal dunia akibat kecederaan tisu yang berpunca akibat daripada pukulan berterusan di sekitar anggota badan dengan 52 kecederaan yang membabitkan rotan.

"Kegagalan untuk membuat demikian telah membawa kepada persepsi umum yang negatif terhadap kerajaan Persekutuan BN yang dianggap telah menurunkan nilai N Dharmendran sebagai seorang rakyat Malaysia," katanya merujuk kepada parti pemerintah Barisan Nasional.

Lim Guan Eng: Terkejut dengan sikap Menteri Dalam Negeri yang tidak berperikemanusiaan. — Gambar failLaporan bedah siasat Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng yang diedar kepada pemberita oleh Naib Presiden PKR N. Surendran semalam juga mengesahkan kematian Dharmendran tidak melibatkan kes penyakit semulajadi.

"Tiada penyakit semulajadi yang dijumpai dalam tubuhnya yang menyebabkan punca kematian ... bedah siasat mendapati mendiang mempunyai kesan lebam akibat objek tumpul di tubuhnya," kata laporan yang diedarkan kepada media ketika sidang media berkenaan.

"Kecederaan diakibatkan oleh objek tumpul dan kecedaraan juga adalah kesan baru," kata laporan bedah siasat itu lagi.

Laporan berkenaan turut mendedahkan Dharmendran mempunyai 52 kesan kecederaan di seluruh tubuh badan termasuk juga kesan kecederaan akibat dawai kokot dikedua-dua cuping telinganya.

"Penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Tingkah Laku Polis (IPCMC) akan memberi kepastian kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan Persekutuan BN komited untuk mengelakkan kematian dalam tahanan," ujar Lim lagi mengakhiri kenyatannya.

Biar Pakatan teraju PSC untuk SPR, kata pemimpin pembangkang

Posted: 01 Jun 2013 10:07 PM PDT

Oleh Zurairi AR

June 02, 2013

Dzulkefly mencadangkan pakar berkecuali disertakan dalam jawatankuasa berkenaan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) yang diwujudkan bagi mengawal selia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus diketuai oleh Pakatan Rakyat (PR) bagi mengelakkan konflik kepentingan kata pemimpin daripada gabungan pembangkang.

Dalam usaha untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap badan pengendali pilihan raya itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan SPR akan dikawal selia oleh panel PSC yang merangkumi pemimpin daripada kedua-dua parti politik kerajaan dan pembangkang bagi meningkatkan kredibiliti mereka.

"Bagi meyakinkan PR bahawa usaha ini adalah niat yang ikhlas bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap SPR, ia seharusnya diketuai PR," kata Pakar Strategi DAP, Ong Kian Ming kepada The Malaysian Insider.

Menurut pengarah pemerhati pilihan raya Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP), ianya disebabkan rasa tidak percaya terhadap SPR. Lebih tinggi dalam kalangan pemimpin PR berbanding BN.

Pengendali pilihan raya itu dituduh memihak kepada BN oleh pembangkang dan membantu parti dengan 13 parti komponen itu kekal berkuasa dalam Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu.

"Kita sudah lihat contoh PSC untuk pembaharuan pilihan raya tidak menunjukkan banyak tindakan berkesan diambil ... salah satu puncanya kerana ia diketuai BN," katanya merujuk kepada jawatankuasa yang dipengerusikan pemimpin komponen BN, Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula membandingkan situasi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di kebanyakan negara-negara Komanwel, yang menjadi lumrah pemimpin pembangkang mempengerusikan jawatankuasa berkenaan.

Di negara yang mempunyai jawatankuasa berkenaan, PAC biasanya bertanggungjawab memantau perbelanjaan kerajaan bagi memastikan keteluasan akauntabiliti.

"Sesiapa yang memegang kepentingan tidak boleh mengetuainya," kata Dzulkefly, merujuk kepada terma perundangan "nemo iudex in causa sua", yang bermaksud "tiada pihak boleh menghakimi kesnya sendiri."

Pemimpin PAS itu berkata, kepentingan seperti itu boleh dilihat dalam cadangan pembaharuan sistem "first past the post" yang memberi kelebihan kepada parti pemerintah.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh bagaimanapun menegaskan pembaharuan pilihan raya perlu dilaksanakan supaya SPR lebih adil, telus, dan bebas sebelum PR mengetuai PSC itu dapat dilaksanakan.

Ahli Parlimen Kuantan itu turut beranggapan langkah diambil Najib adalah cara mengalih perhatian rakyat terhadap dakwaan penipuan pilihan rata yang dibangkitkan PR.

Sejak pengumuman keputusan Pilihan Raya 2013, PR telah menganjurkan Himpunan "Black 505" di seluruh negara menolak keputusan pilihan raya.

Penganjurnya, Datuk Johari Abdul turut berkata himpunan berkenaan akan terus dijalankan walaupun Yang Di-Pertuan Agong telah menitahkan agar setiap rakyat menerima keputusan pilihan raya.

Ong turut mencadangkan anggota PSC itu tidak semestinya menteri yang telah dibebani tugas berat namun diberikan kepada kelab penyokong.

Sementara itu, Dzulkefly juga mencadangkan kemungkinan pakar berkecuali disertakan dalam jawatankuasa berkenaan kerana ia perlu dilakukan berdasarkan merit bukannya taraf seseorang sebagai MP.

"Saya cadangkan jangan hanya meletakkan keanggotaan kepada MP, ia boleh termasuk dalam kalangan ahli akademik, pengkaji, bekas hakim," katanya.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved