Selasa, 25 Jun 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Menteri muda Sarawak ingatkan umat Islam tak ambil mudah fatwa haram merokok

Posted: 25 Jun 2013 02:49 AM PDT

June 25, 2013

Masih ramai umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa "merokok adalah haram" yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam pada 1995.

Justeru, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak Datuk Abdul Rahman meminta umat Islam, khususnya di negeri itu memahami maksud tersirat di sebalik pengharaman berkenaan.

"Kita tidak mahu kehidupan kita dibelenggu dengan perbuatan yang diharamkan oleh Islam serta memudaratkan kesihatan kita," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan 2013, di sini hari ini.

"Keputusan muzakarah yang diputuskan banyak berkait rapat dengan kepentingan nasional dan masyarakat awam yang perlu diberi perhatian dan dipatuhi. Program seperti ini merupakan wadah yang amat baik bagi menyebar luas keputusan-keputusan fatwa yang telah dibincang bagi pengetahuan kefahaman masyarakat  awam," katanya.

Seminar hari ini menumpukan tiga isu penting iaitu rokok, pelalian, dan pengguguran bayi dengan penekanan kepada isu kesihatan yang telah dikenal pasti bagi mendidik masyarakat Islam tentang pandangan agama dan hukum mengenai isu berkenaan. - Bernama, 25 Jun, 2013.

Pakatan: Tanpa perkongsian maklumat, ‘kabinet bayangan’ tidak berguna

Posted: 25 Jun 2013 02:33 AM PDT

Oleh Md Izwan
June 25, 2013

Pakatan Rakyat (PR) menyambut baik cadangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Speaker)  Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya penubuhan "Kabinet Bayangan" tetapi menyifatkan ia tidak berguna selagi tiada perkongsian maklumat dengan kementerian-kementerian dalam kerajaan.

Dalam ucapan pemasyhuran semalam, Pandikar memberikan amanat kepada ahli-ahli Parlimen supaya berubah dan langkah tersebut boleh dimulakan dengan penubuhan "kabinet bayangan" bagi memudahkan proses perdebatan dalam sidang Dewan Rakyat.

"Tidak ada perkongsian maklumat, kami tidak diberi maklumat dan boleh memperolehnya menerusi pertanyaan soalan di dalam Dewan Rakyat sahaja.

"Jadi, macam mana nak jadi menteri dalam 'Kabinet Bayangan' yang berkesan?" soal ahli Parlimen Seputeh (DAP), Teresa Kok kepada The Malaysian Insider selepas selesai majlis mengangkat sumpah di Parlimen semalam.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu juga mempertikaikan layanan tidak adil yang diberikan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang oleh Putrajaya sebagai salah satu faktor cadangan Pandikar tidak akan berjaya dicapai selagi sistem tersebut tidak diubah oleh kerajaan.

"Kalau di luar negara dalam sistem mereka sangat hormat kepada MP alternatif, walaupun bukan dalam kerajaan... Bukan macam disini, peruntukan kepada MP pembangkang pun tidak ada.

"Ini salah satu contoh saja, kami dipinggirkan begitu sahaja dan tidak diberikan maklumat. So, macam mana nak mainkan peranan? So ini nanti tinggal hanya nama sahaja," katanya lagi.

Ahli Parlimen Shah Alam (PAS) Khalid Samad juga senada dengan Teresa kerana menyifatkan sesebuah "kabinet bayangan" sewajarnya dibekalkan dengan maklumat-maklumat daripada kementerian kerajaan kerana setiap anggota Dewan Rakyat perlu mengetahui tentang isu dan perkara yang berlaku dalam sesuatu kementerian.

"Perkara-perkara ini perlulah dilaksanakan untuk menentukan keberkesanan seorang menteri 'kabinet bayangan', kerana kalau nak bercakap tentang sesuatu isu tersebut dia juga perlu tahu tentang isu tersebut," kata Khalid mengulas tentang cadangan Pandikar.

Khalid dalam pada itu juga berkata sekiranya kementerian-kementerian tersebut enggan berkongsi maklumat, sekurang-kurangnya Putrajaya memberikan kebebasan kepada media untuk melaporkan sebarang perkembangan ataupun berita bagi memudahkan kepada menteri "kabinet bayangan" mendapat akses.

"Itulah, kalau kita nak kabinet ini efektif, sekurang-kurangnya perlulah free media lah... Kalau tidak ada free media, payahlah nak kongsi maklumat," kata Khalid lagi disamping bertegas ia lebih baik sekiranya kebebasan media diberikan dan pada masa sama kementerian memberikan maklumat kepada menteri "kabinet bayangan".

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bagaimanapun menyambut baik cadangan itu tetapi membayangkan barisan pemimpin yang akan berada dalam "kabinet bayangan" perlulah dikalangan mereka yang mempunyai kapasiti dan pengetahuan dalam portfolio bakal akan ditetapkan.

"Masanya sudah tiba untuk kita ada kabinet bayangan, ia tidak ada isu dengannya.

"Cuma kita kena pastikan mereka yang berada dalam Kabinet ini dia kena bagus lah... maknanya bila ada Kabinet ini, harapan rakyat juga mestilah tinggi dan kita kena juga kena pastikan kualiti mencapai tahap yang rakyat mahu," kata Rafizi.

Rafizi juga berkata ahli Parlimen yang dilantik berada dalam Kabinet juga perlu lebih mendekatkan diri mereka dengan pihak luar dan tidak hanya aktif semasa sidang Parlimen sahaja.

PR pada sidang Dewan Rakyat Ke-12 lalu tidak pernah mengemukakan sebarang "kabinet bayangan" malahan sebarang usaha ke arah mewujudkannya mendapat tentangan dan tidak mendapat persetujuan secara kolektif.

Malahan, pada Oktober 2012 lalu berlaku pertikaian antara parti dalam PR apabila satu senarai "kabinet bayangan" yang dikeluarkan oleh PKR telah bocor dan menyebabkan timbalan pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw mengecamnya sebagai sebagai khayalan kerana Parlimen belum dibubarkan tetapi sudah meletak calon dalam kementerian tertentu.

Pilihan Raya 2013 menyaksikan Barisan Nasional (BN)  yang diterajui Perdana Menteri Datuk Najib Razak kembali berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, yang turut menyaksikan Anwar dan PR tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan mengadakan perhimpunan Black 505 di seluruh negara sejak 8 Mei. - 25 Jun, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved