Selasa, 4 Jun 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Islam perlu main peranan satukan umat manusia, kata Pak Lah

Posted: 04 Jun 2013 02:55 AM PDT

June 04, 2013

KUALA LUMPUR, 4 Jun — Islam perlu memainkan peranannya untuk menyatupadukan umat manusia dalam keadaan dunia yang sedang berpecah-belah, kata bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah, yang juga pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), berkata perpaduan yang dimaksudkan ini perlulah berlandaskan keikhlasan dalam menghormati perbezaan budaya, bahasa dan agama yang wujud dalam kalangan penduduk Asean, di samping memberi penekanan terhadap nilai bersama mereka, berasaskan semangat perpaduan dalam kepelbagaian.

"Kita perlu mengadakan perbincangan antara agama apabila timbulnya perkara yang memberi kesan serius terhadap kepentingan bersama para penduduk Asean yang terdiri daripada pelbagai agama," katanya dalam ucapan alu-aluan pada Simposium IKIM bertemakan 'Islam dan Era Baharu Negara Asean: Penyatuan Pandangan Hidup Ke Arah Mencapai Kemakmuran Bersama', di sini hari ini.

Simposium dua hari itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Matlamat simposium ialah untuk mengenal pasti asas kerjasama umat Islam melalui perspektif Islam serta meneroka inisiatif yang perlu dilaksanakan dalam menghadapi krisis ketamadunan dan sosioekonomi yang sedang melanda dunia.

Abdullah berkata Islam juga boleh memainkan peranan penting dalam menangani isu dan arah aliran yang sedang muncul berkaitan keselamatan sosial, pembangunan dan perpaduan.

Katanya isu tersebut agak rapat dengan Islam berikutan kedudukannya sebagai agama keamanan, yang menolak sikap melampau, pencerobohan, ancaman kekerasan dan jenayah ganas serta isu perubahan iklim, jaminan makanan dan krisis air yang menjejaskan banyak negara Islam.

"Sejarah membuktikan bahawa Islam sentiasa mengutamakan musyawarah dan perdamaian dalam menyelesaikan sesuatu sengketa.

"Bantahan diplomatik, memberi respons dengan cara yang sewajarnya, komitmen terhadap perjanjian dan arbitrasi secara adil adalah antara alternatif untuk mencari penyelesaian sebenar terhadap pelbagai sengketa, manakala penggunaan kekerasan hanya boleh digunakan dalam keadaan yang amat terhad," katanya.

Beliau berkata Malaysia boleh dijadikan model kajian atau sebagai mini Asean kerana ia mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama - 60 peratus daripada penduduknya beragama Islam, manakala selebihnya merupakan penganut Kristian, Hindu, Buddha, Konfusianisme, Taoisme, Sikh dan kepercayaan lain.

"Sejak merdeka, Malaysia mencatat rekod ekonomi terbaik di Asia, dengan Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK) berkembang pada kadar purata 6.5 peratus, manakala ekonominya pula berkembang untuk meliputi sektor inovatif baharu dalam bidang sains dan perdagangan," katanya.

Abdullah berkata sejak era perjuangannya menuntut kemerdekaan lagi, Malaysia melindungi kepentingan semua penduduknya, termasuk golongan minoriti, dan menganjurkan kebebasan beragama, manakala sistem pentadbirannya pula mematuhi sistem demokrasi, keluhuran undang-undang dan tadbir urus yang baik.

Sambil menyatakan aset paling berharga bagi Asean ialah penduduknya, beliau berkata pembangunan modal insan berkualiti perlu diberi keutamaan, termasuk meningkatkan daya intelek warga Asean untuk menjadikan rantau berkenaan sebuah ekonomi berasaskan ekonomi dan sebuah rantau yang maju.

"Pendekatan yang diamalkan perlulah memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan penguasaan ilmu dan kreativiti, memantapkan kemampuan saintifik dan inovatif serta memupuk sebuah masyarakat berperibadi mulia, yang memiliki sifat amanah dan integriti," katanya. — Bernama

PKR pertahankan dakwaan terdapat pengundi hantu Bangladesh

Posted: 04 Jun 2013 02:31 AM PDT

TERKINI @ 05:50:43 PM 04-06-2013

Oleh Syed Jaymal Zahiid
June 04, 2013

PETALING JAYA, 4 Jun — PKR mempertahankan dakwaan warga asing dari Bangladesh telah mengundi secara haram pada Pilihan Raya 2013 walaupun penafian telah dibuat oleh Kedutaan Besar negara itu semalam di sini, menegaskan mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan mereka.

Parti tunjang Pakatan Rakyat (PR) itu menambah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertanggungjawab untuk permusuhan yang ditunjukkan terhadap pekerja asing Bangladesh kerana kegagalan untuk menangani aduan pengundi hantu, mengukuhkan tuduhan kerajaan telah memenangi pilihan raya 5 Mei melalui penipuan.

"Kita terima kenyataan mereka, mereka punyai hak tetapi kamu perlu tanya soalan ini: jika majoriti rakyat telah bercakap tentang ini dalam waktu yang lama, saya tidak fikir rakyat biasa Malaysia akan pergi dan membuat cerita tanpa apa-apa dan yang lebih penting ialah integriti pilihan raya adalah suci dan begitu penting kepada negara kita.

"Cara saya melihat ia adalah jika terdapat sebarang dakwaan mengenai pengundi hantu sama ada mereka adalah warga Bangladesh, Indonesia, Filipina ... apa yang lebih penting adalah pihak berkuasa dan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk itu seperti SPR perlu mengambil serius dan menyiasat sepenuhnya.

"Tetapi mereka enggan menyiasat jadi ianya memperkuatkan lagi persepsi terdapat pengundi hantu dari luar negara," kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli (gambar) dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti di sini.

Semalam pemerintah Bangladesh menafikan wujud pengundi hantu daripada kalangan rakyat negara itu pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, walau bagaimanapun mengakui terdapat pemberian kad pengenalan melalui proses secara sah.

Pesuruhjaya Tinggi AKM Atiqur Rahman berkata dakwaan kehadiran 40,000 pengundi warga Bangladesh diterbangkan untuk mengundi Barisan Nasional (BN) seminggu sebelum pilihan raya 5 Mei sebagai tidak munasabah.

Menurut Atiqur lagi, dakwaan tersebut adalah palsu dan bertujuan untuk kepentingan politik semata-mata pihak tertentu untuk meraih sokongan sehingga mencalar imej hubungan antara kerajaan Bangladesh dan Malaysia.

Naib Presiden PKR Nuruk Izzah Anwar mengatakan walaupun parti itu mengakui adalah salah untuk mensasarkan pekerja asing Bangladesh, SPR seharusnya melakukan sesuatu untuk mencegah tindak balas xenofobia terhadap warga asing jika ia bertindak terhadap aduan itu.

"Sudah tentu serangan dan permusuhan tidak harus dilakukan terhadap orang asing, SPR sepatutnya menghalang ini. Kami tidak meminta orang ramai untuk membenci dan sebagainya tetapi kita tidak boleh membiarkan kejadian ini menjadi sesuatu yang kita mudah lupa.

"Anda perlu untuk mendesak dan menuntut SPR dan menjalankan siasatan berkaitan dengan profesional," katanya semasa sidang media yang sama.

Pemimpin PR telah menuduh parti pemerintah mencuri Pilihan Raya 2013 melalui amalan penipuan yang termasuk mengangkut warga asing ke negeri-negeri utama di Malaysia untuk mengundi BN.

Pemimpin-pemimpin BN, bagaimanapun, menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas dan berkata pembangkang masih belum menunjukkan apa-apa bukti kukuh untuk menyokong tuntutan itu.

Walaupun terdapat kebangkitan pembangkang, BN masih memegang kuasa dengan memenangi 133 kerusi berbanding PR 88, walaupun kurang tujuh kerusi daripada apa yang mereka perolehi pada tahun 2008.

Gabungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga kehilangan undi popular untuk kali pertama sejak 1969.

PR dan kumpulan reformasi pilihanraya Bersih kini merancang untuk memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar beberapa keputusan dalam 5 Mei pilihan raya, mendakwa mempunyai bukti kukuh penipuan dalam apa yang dikatakan pilihan raya paling sengit di Malaysia.

Antara bukti-bukti yang dikumpul adalah video kononnya menunjukkan warga asing diterbangkan satu hari sebelum pilihan raya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengumumkan kerajaan akan melihat melalui pelan untuk reformasi sistem pilihan raya dengan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah satu jawatankuasa khas parlimen.

Pemimpin PR, bagaimanapun, mendakwa langkah itu adalah lebih daripada satu latihan perhubungan awam dan mendesak kepimpinan SPR meletakkan jawatan sebagai langkah pertama ke arah reformasi tulen pilihan raya.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved