Selasa, 4 Jun 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Apa lagi kaum India dalam PKR mahu?

Posted: 03 Jun 2013 04:55 PM PDT

June 04, 2013

Uthaya Sankar SB berkarya dalam Bahasa Malaysia. Beliau adalah presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya. Selain menulis, membaca dan bercakap, beliau juga suka menonton filem.

4 JUN — Salah satu "keunikan" yang sering dipromosikan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) khasnya — dan Pakatan Rakyat (PR) amnya — adalah tentang ahli pelbagai kaum serta penolakan terhadap sentimen perkauman dalam parti politik berkenaan.

Pada 31 Mei 2013, saya sedang minum bersama-sama seorang rakan di sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam dan berpeluang mendengar (baca: mendengar tanpa masuk campur) perbualan sekumpulan ahli PKR.

Untuk berlaku adil dan objektif serta tidak menjatuhkan hukuman terhadap sesiapa, saya paparkan intipati perbualan mereka berdasarkan catatan yang saya buat semasa sesi minum teh itu.

Kumpulan berkenaan ternyata tidak berpuas hati kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar Arulanandam "tercicir" daripada senarai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) yang diumumkan sehari sebelum itu.

Umum mengetahui bahawa sebelum ini memang ada kempen besar-besaran oleh sekumpulan "orang dalam" yang tidak mahu Ketua Cabang PKR Kota Raja dan Ahli Biro Politik PKR itu memegang jawatan Exco bagi penggal kedua.

Ramai penyokong yang mahukan Xavier kekal sebagai Exco.Menurut laporan media (15 Mei), kempen itu diterajui Dr S. Streram (Petaling Jaya Selatan), P. Maniam (Hulu Selangor), S. Murali (Puchong), Anthony Dass (Kota Raja), P. Krishnasamy (Klang), Dr Neduchelian (Kapar), M. Jayabalan (Lembah Pantai), S. Balan (Subang) dan P. Thiagarajan (OMS).

Sekumpulan penyokong tegar Xavier yang saya temui di restoran itu pula ternyata mempersoalkan mengapa Naib Presiden PKR, N. Surendran dan Ahli Biro Politik PKR, Sivarasa K. Rasiah yang juga Ahli Parlimen Subang berdiam diri apabila Xavier tidak dilantik sebagai Exco.

Mereka turut mempersoalkan mengapa tidak ada Exco kaum India dari PKR. Saya begitu teringin untuk masuk campur dan bertanya berapa ramaikah sebenarnya ADUN kaum India daripada PKR di Selangor. Bagaimanapun saya memilih untuk berdiam diri sahaja dan terus mengikuti perbualan mereka yang amat rancak dan bertenaga.

"Punca utama semua ini berlaku adalah kerana perpecahan dalam kalangan kaum India dalam PKR. Ada kumpulan yang terang-terangan tidak mahu Xavier jadi Exco. Hujah pihak tertentu bahawa pemilihan Exco dibuat berdasarkan formula 6:4 yang dikemukakan oleh Sultan Selangor hanyalah alasan untuk menutup hakikat sebenar," kata seorang peserta dalam perbincangan itu.

Perbualan mereka terus melompat sebentar kepada isu pelantikan pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf), P. Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Mereka berhujah bahawa seorang "pengkhianat bangsa dan negara" dilantik oleh Perdana Menteri dan pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Bayangkan kalau PR telah menang majoriti dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan Anwar Ibrahim bakal jadi Perdana Menteri. Kalau Agong tidak mahu perkenan, apa yang akan berlaku? Tapi sekarang, dalam isu Xavier, dengan mudah sahaja orang beri alasan bahawa ia ada kaitan dengan Sultan Selangor," kata seorang pemuda.

Kumpulan yang rancak berbual sambil makan dan minum di restoran itu berulang kali menyebut nama Surendran dan Sivarasa. Memang kedengaran amat sinis apabila mereka berhujah bahawa kedua-dua peguam itu tiba-tiba sibuk setiap kali ada pemuda kaum India mati di dalam lokap tetapi hanya membisu dalam isu Xavier tidak dilantik menjadi Exco.

Perkauman dalam PR, kaum India selalu mengalah

Seorang pemuda tampil menjelaskan bahawa PKR bukan sebuah parti politik berasaskan kaum. Pada pandangannya, kalau sekalipun mahu dilihat dari sudut kaum, jawatan Exco itu masih diberi kepada individu Bukan Melayu dari PKR. 

"Kita jangan sempitkan fikiran dengan mengatakan DAP sebuah parti orang Cina. Kalau begitulah pandangan kita, apa bezanya kita (PR) dengan Umno, MCA dan MIC? Untuk jawatan Exco Selangor, DAP beri satu kerusi kepada ADUN Kota Alam Shah, Ganabatirau Veraman dan itu sudah cukup bagus," katanya.

Terus pula beberapa orang dalam kumpulan itu mengungkitkan bahawa PKR menang besar di Selangor dalam PRU-13 berikutan sokongan dan undi kaum India; tetapi mengapa dua wakil kaum India dari PKR tidak dijadikan Exco seperti (khabarnya) pernah dijanjikan lima tahun dahulu.

Surendran dikatakan teruja setiap kali ada pemuda kaum India mati dalam lokap.Seorang lagi individu yang kelihatan seperti memegang jawatan penting dalam PKR peringkat Taman Sri Muda menyatakan pandangan bahawa PAS hanya menolong orang Melayu. Katanya, politik berasaskan kaum masih wujud dalam PR. 

"Xavier sudah banyak berkhidmat bagi kaum India. Jadi, beliau perlu diberikan peluang menjadi Exco untuk penggal kedua supaya boleh buat banyak lagi untuk kaum India. Xavier adalah Exco terbaik di Selangor," kata individu itu.

Hujah mengenai sentimen perkauman dalam PR turut disokong oleh seorang lain individu yang terlibat dalam perbincangan. Pada penelitiannya, politik perkauman dalam PR menyebabkan kaum India terpaksa sentiasa mengalah dalam pelbagai hal sejak tahun 2008.

Mengenai formula "6 Melayu, 4 Bukan Melayu" yang digunakan dalam pemilihan Exco Kerajaan Negeri Selangor, individu yang kelihatan seperti mempengerusikan perbincangan itu mengatakan bahawa majoriti Melayu-Islam "sengaja dipilih" supaya boleh membuat keputusan mudah (undi majoriti) dalam isu-isu berkaitan kebajikan umat Islam dan rumah urut.

"Apa yang penting dan menjadi persoalan kita sekarang adalah mengapa Surendran dan Sivarasa tidak tampil menyatakan apa-apa bantahan apabila Xavier tidak terpilih. Apabila dihubungi, mereka kata akan berbuat sesuatu tetapi sampai sekarang tak ada apa-apa," tegasnya.

"Kaum India yang memberikan undi sehingga PR menang majoriti dua pertiga di Selangor, tapi malangnya jasa kaum India tidak dikenang selepas PRU13," seorang lagi mencelah dengan nada kecewa.

Topik mengenai agama dan etnik/keturunan juga muncul dalam perbualan yang berlangsung di restoran itu. Khabarnya apabila Xavier dilantik sebagai Exco selepas PRU12, ada pihak dalam PKR sendiri yang mempersoalkan kemampuannya menolong kaum India memandangkan beliau beragama Kristian!

"Sekarang bekas pejuang Hindraf, Ganabatirau yang berketurunan Telugu dilantik menjadi Exco. Kenapa pula tidak ada sesiapa dalam PKR yang bising?" Demikian individu itu bertanya tanpa mengharapkan sebarang jawapan.

"Mengapa Surendran dan Sivarasa membisu?"

Seorang lagi peserta perbincangan mengulangi bahawa isu sebenar bukan mengapa Xavier tidak dilantik menjadi Exco tetapi kenapa tidak ada wakil kaum India dari PKR dilantik. Katanya, kalau kaum India (dalam PKR) terus berdiam diri, situasi serta nasib kaum India (dalam PKR) akan menjadi lebih teruk selepas PRU14.

Manifesto PR turut menjadi sasaran kritikan kumpulan yang sedang berbual-bual rancak itu. Pada pandangan mereka, manifesto berkenaan turut gagal menjaga kebajikan kaum India. 

Sabastine (berdiri, tengah) mengadakan sidang media ringkas."Hasil maklumat yang saya terima, sepanjang lima tahun lalu, Menteri Besar Selangor tidak ambil pekerja kaum India untuk bekerja di Bangunan SUK. Seolah-olah Kerajaan Negeri Selangor hanya tolong orang Melayu sementara orang India terabai," seseorang mencelah.

Berkali-kali juga kumpulan ahli PKR yang berbual itu mengatakan bahawa Surendran dan Sivarasa sepatutnya sekurang-kurangnya mengeluarkan kenyataan bahawa mereka berdua akan cuba melakukan sesuatu.

"Kita semua undi PR dalam PRU13 sebab Barisan Nasional (BN) gagal membela nasib kaum India. Kini, di bawah PR di Selangor, kaum India masih terabai. Jika kita terus dipinggirkan, kita sepakat undi BN dalam PRU14," kata seseorang dengan penuh semangat.

"Kalau Surendran dan Sivarasa tidak mampu membantu, lebih baik mereka lepaskan jawatan. Saya dapat tahu bahawa apabila orang menghubungi Surendran mengenai isu Xavier tidak dilantik sebagai Exco, dia berkata 'saya bukan MB, saya tak boleh buat keputusan'. Itu sahaja.

"Sejak lima tahun lalu, apabila ada penduduk kaum India menghadapi apa-apa masalah, semua orang yang pegang jawatan dalam Kerajaan Negeri Selangor suruh mereka jumpa Xavier. Tapi kini Xavier tiada dalam barisan Exco," kata seorang lagi dengan perasaan yang berbaur antara marah, kecewa dan sayu.

Antara cadangan yang kedengaran semasa perbualan mereka adalah supaya mengadakan tunjuk perasaan secara aman di luar istana. Mereka juga bertekad meneruskan tunjuk perasaan di hadapan ibu pejabat PKR.

"Surendran dan Sivarasa mungkin tidak berani bersuara kerana takut hilang jawatan. Anwar pun nampaknya rasis macam Umno juga. Semasa berkempen di Taman Sri Muda menjelang PRU13, dia nyanyi lagu-lagu MGR dan menasihatkan orang ramai jangan tertipu dengan BN. Tapi akhirnya kaum India masih tertipu oleh PR." Demikian luahan perasaan seorang peserta dalam perbincangan.

Dalam perkembangan lain, Ketua PKR Ranting Sri Muda Utara, P. Sabastine Rao mengadakan sidang media bersama-sama beberapa penyokong Xavier di sebuah restoran di Taman Sri Muda, baru-baru ini.

"Kami melahirkan rasa kecewa kerana Surendran dan Sivarasa tidak tampil bersuara apabila Xavier tidak dilantik sebagai Exco bagi penggal kedua," katanya dalam sidang media yang ringkas dan dihadiri wartawan akhbar Tamil.

* Uthaya Sankar SB suka melepak di gerai dan restoran untuk mendengar suara hati orang ramai berkaitan pelbagai isu semasa.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.

Neymar’s longest day

Posted: 03 Jun 2013 04:33 PM PDT

June 04, 2013

Andy West is a sports writer originally from the UK and now living in Barcelona. He has worked in professional football since 1998 and specialises in the Spanish Primera Division and the English Premier League. Follow him on Twitter at @andywest01.

JUNE 4 — On Sunday night, Neymar played the full 90 minutes in Brazil's surprisingly entertaining 2-2 draw against England to mark the re-opening of the legendary Maracana stadium in Rio de Janeiro.

Immediately after the game, he was whisked to Rio's airport to board a plane — private jet of course, no slumming it with the plebs for this young man — to embark upon the long and tiring transatlantic flight to Spain, hopefully catching a couple of hours of sleep en route.

Upon arrival in Barcelona on Monday lunchtime, there was nothing so ordinary such as jumping in a taxi and checking in at a hotel. Instead it was straight to FC Barcelona's offices for a photocall with the club president Sandro Rosell.

Then on again to the hospital for a series of medical tests, before heading for the Nou Camp where, within six hours of his plane touching down in the country, Neymar was paraded in front of around 40,000 fans, many of whom had queued for hours for a good seat to welcome their new hero.

Player presentations of this nature just don't happen in England so it was a new experience for me, but they are commonplace in Spain — earlier this season Mallorca even had one to celebrate the loan signing of Alan Hutton.

Neymar's appearance was a fairly brief affair. He strolled out, smiling and waving, soaking up the cheers of the crowd, before showing off his silky skills with some showboating keepy-uppies on the halfway line.

He was then handed the microphone to express in just a few words how delighted he is to have signed for the club, further ingratiating himself with the locals by uttering his "Good afternoon everyone" opening words in Catalan rather than his native Portuguese.

Then he sauntered around the pitch, pausing only to do some more waving and smiling, and kick a few footballs high into the stands as a memorable souvenir for some sure-handed fans, followed by a few photos, some more waves and swiftly back down the tunnel.

Finally, it was onto his final activity of his long day, an hour-long press conference in front of the world's assembled media, where he once again emphasised his delight at moving to Spain.

Neymar waves to Barcelona supporters at his presentation after signing a five-year contract with the club, at Nou Camp stadium in Barcelona on June 3, 2013. — Reuters picWhen that was all over and done with, you'd think Neymar would like to unwind by spending some time in his new home city, taking in the sights and soaking up the early summer sun. Maybe even start to think about where he might want to live.

No chance. It was straight back to the airport and onto the private jet to return to Brazil, meeting up again with his international teammates in preparation for this summer's Confederations Cup, after which he might just sneak in a week or two of holiday before reporting for pre-season training duty with Barcelona.

Now, Neymar is a very fortunate young man. He is being paid millions upon millions of euros, dollars or any other currency to you might care to name to play football with Leo Messi and Andres Iniesta. He's not got much to complain about.

But the unfeasibly busy schedule he's faced in the last 36 hours serves as a reminder that elite sportsmen and women don't end up where they are by chance. To be the best, they have to work, work and work. Plenty of sacrifices are called for. Neymar spends hours upon hours practising the skills that allowed him to show off those keepy-uppies in front of his new fans.

He was born with a certain amount of talent, of course, but he's only risen to where he is now, at the age of 21, because he was prepared to spend his youth practising, practising and then practising some more.

It's easy to look at the lives of the rich and famous, especially glamorous sports stars like Neymar, and be overtaken by feelings of envy, resenting how easy and privileged their lives are. And to an extent, of course, that's true.

But superstars like Neymar lead very, very different lives from you and me. We can head out to the shops, pick up what we want and come home. For Neymar, such an expedition would take at least an hour and involve dozens of autograph and photo requests.

If they are feeling tired or lazy one day, most people can coast through their jobs, going through the motions and waiting for tomorrow. If Neymar did that, he'd be out of the Barcelona team before he knew it. In fact, he would never have got there in the first place.

So yes, professional sport, especially at the elite level where Neymar operates, is a glamorous and privileged world, bringing with it all sorts of perks and luxuries.

But don't think for one minute that it's easy.

* This is the personal opinion of the columnist.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved