Ahad, 11 Ogos 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Mesyuarat pemilihan Majlis Tertinggi Umno dipinda kepada 19 Oktober

Posted: 11 Aug 2013 02:35 AM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
August 11, 2013
Latest Update: August 12, 2013 01:35 am

Mesyuarat pemilihan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dipinda dari 5 Oktober kepada 19 Oktober 2013 berikutan permintaan dari peringkat cawangan dan bahagian yang menjangkakan mesyuarat keseluruhan di peringkat berkenaan akan dapat diselesaikan menjelang hujung bulan ini, menurut Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Setiausaha Agung Umno itu memaklumkan pindaan tersebut turut dibuat bagi membuat persiapan menyambut ketibaan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Presiden China Xi Jinping yang bakal berkunjung ke Malaysia pada awal Oktober ini.

"Mesyuarat cawangan Umno dilanjutkan kepada 15 September 2013 dan penamaan calon pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dilanjutkan kepada 21 September 2013.

"Manakala mesyuarat pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri ditetapkan pada 12 Oktober 2013 dan penamaan calon untuk ahli MT Umno ditunda kepada 28 September," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan badan pengurusan parti telah bersetuju kepada tarikh baru tersebut serta ahli MT telah dimaklumkan berhubung pindaan tarikh tersebut.

Umno akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara berbeza melalui proses demokrasi yang lebih meluas dan menguji kematangan akar umbi parti.

146,500 pewakilan akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 sebelum ini yang mana pewakilan turut memilih kepimpinan di bahagian masing-masing.

Sistem kuota turut dihapuskan bagi membuka ruang kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi mana-mana jawatan MT ialah pernah memegang jawatan MT atau ahli jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.

Syarat untuk bertanding AJK bahagian ialah telah menjadi anggota parti selama tiga tahun. – 11 Ogos 2013.

Hujan meteor di ruang angkasa M’sia malam esok - Bernama

Posted: 11 Aug 2013 12:56 AM PDT

August 11, 2013
Latest Update: August 11, 2013 11:56 pm

Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam esok sehingga subuh pada hari Selasa.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

"Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.

"Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.

Beliau berkata waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. – Bernama, 11 Ogos 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved