Jumaat, 23 Ogos 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


PAS: Siapakah yang membunuh Altantuya?

Posted: 23 Aug 2013 02:44 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM
August 23, 2013
Latest Update: August 24, 2013 01:44 am

Persoalan berhubung siapakah pembunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibu timbul kembali berikutan dengan keputusan mahkamah hari ini.

Mohamad Sabu (gambar) menyatakan rasa terkejut beliau berhubung pembebasan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh warga Mongolia itu oleh Mahkamah Rayuan hari ini.

Menurut Timbalan Presiden PAS itu, perkara seperti tu tidak seharusnya berlaku kerana pembebasan tersebut menambah lebih banyak persoalan yang belum terjawab.

"Saya amat terkejut dan tidak menyangka mahkamah akan membuat keputusan begini, jadi sekarang ini semua rakyat Malaysia tertanya-tanya apakah yang berlaku sekarang ini? Siapakah yang membunuh Altantuya? bagaimanakah Altantuya ini boleh terbunuh, adakah dia meletupkan dirinya sendiri atau bagaimana" kata Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu itu apabila dihubungi The Malaysian Insider.

"Seperti ada sesuatu yang tidak kena namun bila kita cuba nak suarakan keraguan nanti pihak kerajaan kata kita cuba menghina keputusan mahkamah, saya pula akan didakwa maka inilah yang rakyat kena terima maka kes ini akan dibiarkan tidak berkesudahan seperti kes lain yang melibatkan kalangan pemimpin tertinggi," tambah beliau lagi.

Mohamad mengulas pembebasan dua bekas komando polis hari ini selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap tuduhan membunuh warga Mongolia itu pada 2006.

Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan Azilah dan Sirul.

Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan, Shah Alam pada 2006.

Mereka pada ketika itu bertugas di UTK Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak.

Najib pada ketika itu merupakan timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan.

Keputusan mahkamah hari ini turut mendapat perhatian dan menjadi topik bagi warga siber di Internet apabila rata-ratanya meluahkan kecurigaan.

Antara persoalan paling kerap diutarakan ialah bagaimana rupa bekas polis Azilah Hadri dan Siru Azhar Umar? Mengapa DSP Musa Safri tidak dipanggil memberi keterangan?

Dan soalan yang terus berada di ruang siber, siapa bunuh Altantuya?

Kebanyakan ulasan yang dibuat di talian bernada sinis dengan salah seorang pengguna Internet, Isana berkata: "Wow! Kalau begitu, Altantuya pasti masih hidup kerana tidak ada sesiapa membunuhnya. `Endless Possibilities' hanya berlaku dalam 1Malaysia." – 23 Ogos, 2013.

Azilah, Sirul secara rasmi keluar penjara - Bernama

Posted: 23 Aug 2013 01:33 AM PDT

August 23, 2013

Saudara mara Koperal Sirul menanti di luar Mahkamah Rayuan di Putrajaya pagi tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2013.Saudara mara Koperal Sirul menanti di luar Mahkamah Rayuan di Putrajaya pagi tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2013.Anggota polis Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar meninggalkan penjara masing-masing hari ini selepas dilepaskan dan dibebaskan daripada hukuman serta sabitan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar mengesahkan Azilah meninggalkan Penjara Kajang pada jam 11.45 pagi selepas selesai proses dokumentasi.

Koperal Sirul Azhar pula dibebaskan dari Penjara Tapah.

"Azilah balik dari Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk beberapa proses dokumentasi serta mengambil barang kepunyaannya sebelum meninggalkan penjara bersama keluarganya," kata Zulkifli ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Mahkamah Rayuan Putrajaya pada sebelah pagi, melepaskan dan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada tuduhan membunuh Altantuya tujuh tahun lalu.

Tiga anggota panel hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar terhadap sabitan dan hukuman. - Bernama, 23 Ogos, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved