Selasa, 27 Ogos 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Anak ketua menteri Sarawak punyai anak bersama wanita Australia, kata bekas isteri

Posted: 27 Aug 2013 02:13 AM PDT

OLEH RITA JONG
August 27, 2013
Latest Update: August 27, 2013 05:17 pm

Bekas isteri anak Taib Mahmud (dua dari kiri) mendakwa Bekir mempunyai anak dengan wanita Australia. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Ogos, 2013.Bekas isteri anak Taib Mahmud (dua dari kiri) mendakwa Bekir mempunyai anak dengan wanita Australia. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Ogos, 2013.Mahkamah Tinggi Syariah hari ini mendengar kes anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dikatakan telah berlaku curang sejak dua dekad lalu.

Shahnaz A. Majid, 50, berkata Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib telah membawa wanita Australia dan Rusia ke perhimpunan keluarga semasa masih ada hubungan perkahwinan.

Beliau difahamkan Mahmud telah mempunyai seorang anak lelaki bersama wanita Australia itu.

"Dia membawa wanita itu ke majlis perkahwinan adik perempuannya sama ada pada tahun 2000 atau 2001 di Kuching," katanya sewaktu ditanya peguam Akbardin Abdul Kader hari ini.

"Nama wanita itu Louisse Hiley. Saya tidak tahu status pernikahan mereka tetapi mereka mempunyai anak bernama, Adam."

Shahnaz kemudian diberitahu Hiley dan Mahmud telah berpisah dan Adam mengikut ibunya.

Shahnaz adalah kakak kepada penyanyi jazz Datuk Sheila Majid telah memberi keterangan kepada mahkamah bagi mendapatkan pampasan RM300 juta dan RM100 juta tuntutan mutaah atas penceraian itu.

Beliau turut meminta 50 peratus aset kepunyaan Mahmud Abu Bekir termasuk kereta mewah, beberapa rumah di luar negara, tanah di Sarawak dan pegangan saham.

Kes penceraian itu mendedahkan kekayaan keluarga ketua menteri Sarawak.

Dalam penghakiman itu, Shahnaz menyenaraikan tujuh kereta mewah, ribuan hektar tanah di Sarawak dan saham dalam 15 buah syarikat yang diisytihar sebagai harta sepencarian.

Beliau mendirikan rumah tangga bersama Mahmud pada 9 Januari 1992 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Rayden Myura Abdul Taib Mahmud, 20.

Mereka telah mendirikan rumah tangga selama 19 tahun empat bulan sebelum Mahmud memfailkan penceraian pada 11 Mei 2011.

"Perkahwinan kami pada awalnya bahagia namun tidak kekal lama. Tidak lama kemudian, perkahwinan dilanda masalah kerana Mahmud gagal melunaskan tanggungjawabnya," kata Shahnaz.

"Kami akhirnya berpisah kerana dilanda pelbagai masalah ekoran sifatnya yang ganas dan panas baran."

Katanya, Mahmud melayannya dengan tidak adil sebagai isteri pertama. Selepas Hiley, dia berkahwin dengan perempuan Rusia.

Akbardin: Bagaimana anda tahu dia berkahwin dengan wanita Rusia?

Shahnaz: Saya baca sebuah artikel di majalah The Peak pada September 2010. Beliau telah ditemubual oleh majalah berkenaan dan mengakui wanita Rusia itu isterinya.

Akbardin: Apa namanya?

Shahnaz: Elena Vasilenko.

"Dia kemudian kembali ke rumah bersama perempuan itu dan membawa anak kami keluar. Saya tidak tahu mereka telah berkahwin," katanya.

Shahnaz menambah sebelum dia bercerai, Mahmud turut membawa Vasilenko ke majlis hari jadi ibunya.

Pada Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan Syariah membenarkan permohonan Mahmud bagi diadakan perbicaraan semula atas sebab kes tuntutan mutaah sebelum itu dijalankan tidak mengikut prosedur. - 27 Ogos, 2013.

Lebih ramai murid bukan Islam tinggalkan SK Seri Pristana kerana intimidasi

Posted: 27 Aug 2013 01:16 AM PDT

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
August 27, 2013
Latest Update: August 27, 2013 04:58 pm

Gambar fail yang mencetuskan kontroversi apabila murid bukan Islam SK Sri Pristana dikatakan diarahkan makan dalam tandas pada bulan puasa.Gambar fail yang mencetuskan kontroversi apabila murid bukan Islam SK Sri Pristana dikatakan diarahkan makan dalam tandas pada bulan puasa.Sekurang-kurangnya tiga murid bukan Islam meninggalkan SK Seri Pristana dan 10 lagi akan menyertai mereka kerana intimidasi selepas insiden makan di bilik persalinan.

Tiga murid yang meninggalkan sekolah itu mendakwa mereka diintimidasi dan dibuli pihak berkuasa sekolah selepas isu murid bukan Islam diarahkan untuk makan di bilik persalinan timbul.

Dalam sidang akhbar hari ini, ibu bapa kepada 10 lagi murid yang akan berpindah sekolah mendedahkan, keputusan mereka disebabkan salah seorang ibu bapa ditahan kerana mendakwa diintimidasi oleh guru besar sekolah.

Setiausaha Kebangaan Malaysia Tamilan Today Welfare, K Gunasegaran, berkata semua ibu bapa hilang kepercayaan kepada guru besar dan guru.

"Kami tidak melihat cara lain oleh kerana murid diganggu dan dibuli di sekolah, hanya kerana ibu bapa mereka bersuara," ksysnys.

Terdapat 25 murid bukan Islam di sekolah yang mempunyai 1,400 murid itu.

Kontroversi menyelebungi warga SK Seri Pristana tercetus selepas Guneswari memuat naik gambar murid bukan Islam di SK Seri Pristana makan di bilik persalinan semasa bulan Ramadan lalu.

Gambar yang disiarkannya di Facebook mengejutkan pengguna internet yang kemudian berkongsi gambar itu, dan akibatnya menyebabkan kekecohan di media sosial.

Ramai yang menyokong sementara ada juga pihak yang mengkritik dan mengugutnya.

Pengguna internet yang memberikan maklum balas negatif kebanyakannya membuat komen berbaur perkauman, meminta Guneswari dan ibu bapa bukan Islam yang lain menghantar anak mereka ke sekolah vernakular jika mereka tidak gembira dengan SK Seri Pristana, sekolah yang terbabit dalam kontroversi itu.

Malah, guru besar Mohamad Nasir diarah mengambil cuti seminggu berikutan kontroversi tersebut. – 27 Ogos, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved