Khamis, 29 Ogos 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Selepas saman menyaman, identiti “Awang Selamat” Utusan akan didedahkan

Posted: 29 Aug 2013 02:19 AM PDT

OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
August 29, 2013
Latest Update: August 30, 2013 01:19 am

Poster forum yang akan menelanjangkan Utusan Malaysia. Poster forum yang akan menelanjangkan Utusan Malaysia. Utusan Malaysia bukan sahaja berdepan dengan pelbagai saman dan serangan ke atasnya, akan tetapi lebih teruk lagi apabila orang di belakangnya akan menelanjangkan akhbar itu satu persatu.

Ia bakal dibuat dalam siri forum bertajuk "Siri kelangsungan perjuangan Said Zahari - Memahami Utusan, siapakah Awang Selamat?" yang bakal diadakan pada 2 September 2013, pukul 8 malam di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Forum ini dianjurkan oleh Angkatan Kewartawanan dan Ruang Awam Bebas (Akrab), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kebebasan media di negara ini.

Said merupakan ikon kepada kebebasan media di Malaysia apabila pada tahun 1961, beliau memimpin mogok wartawan bagi membantah tindakan Umno menguasai Utusan.

Baginya Utusan Melayu mestilah kritikal dan tidak memihak kepada perjuangan Umno.

Akibatnya beliau dilarang masuk ke Semenanjung Tanah Melayu ataupun Malaya pada ketika itu oleh Tunku Abdul Rahman yang merupakan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Sejak 1959, Umno ingin menguasai Utusan. Dua orang wakil telah berjumpa dengan Said yang merupakan ketua pengarang akhbar itu.

Apabila Said enggan bekerjasama, beliau ditukarkan serta-merta ke Singapura.

Bagaimanapun arahan itu tidak dipatuhi dan Said memulakan mogok seluruh pekerja Utusan.

Melalui siri pertama, forum ini akan membincangkan siapakah berada di sebalik pintu pagar dan bangunan baru Utusan,  siapakah perancang-perancang utama di dalam akhbar itu.

Selain itu, pendedahan juga akan dilakukan tentang sikap pengarang-pengarang dan wartawan-wartawan di Utusan.

Paling penting siapakan Awang Selamat yang bukan sahaja dilindungi oleh kerajaan untuk melemparkan fitnah kepada sesiapa sahaja yang disukai tetapi kebal dari tindakan undang-undang.

"Siri pertama ini akan menampilkan Hata Wahari bekas wartawan Utusan yang juga bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) untuk membicarakan tajuk pertama tersebut dan bicara ini akan di ulas oleh Profesor Zaharom Nain," kata Liau Kok Fah, Ahli Jawatankuasa Hak Sivil, KLSCAH kepada The Malaysian Insider.

Hata akan membicarakan setiap fungsi, gerakan dan apa yang berlaku di dalam Utusan sejak beliau menjejakan kaki ke bangunan usang Utusan di 46 M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur 18 tahun lepas. - 29 Ogos, 2013.

PM: Keputusan tepat umum senarai kongsi gelap - Bernama

Posted: 29 Aug 2013 12:22 AM PDT

August 29, 2013

Datuk Seri Najib Razak (gambar) tidak menganggap keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan nama 49 kongsi gelap hari ini sebagai tindakan terlalu cepat walaupun Ops Cantas baru dilancarkan 23 Ogos lalu.

Perdana menteri berkata, ini kerana rakyat mengharapkan tindakan tegas diambil selepas berlakunya peningkatan laporan jenayah kekerasan akhir-akhir ini.

"Rakyat mengharapkan tindakan yang tegas diambil dan berkesan. Jadi ini semua adalah ketetapan yang dibuat kerajaan supaya sesuatu dapat kita lakukan secara bersungguh-sungguh dan komprehensif melalui KDN dan Polis Diraja Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera di pejabatnya, hari ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi hari ini mengumumkan senarai 49 kumpulan kongsi gelap itu yang dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Antara kumpulan kongsi gelap itu ialah Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur;  Geng 08 aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka;  dan Double 7 aktif di seluruh Semenanjung.

Najib berkata, tindakan PDRM dan KDN itu mendapat sokongan rakyat yang mahu hidup dalam negara aman.

"Rakyat mesti dapat hidup dalam sebuah negara yang mereka akan rasa selamat. Ini kita tidak akan kompromi, malah saya minta pihak PDRM supaya tindakan itu dilakukan secara berterusan.

"Perang terhadap jenayah ini hendaklah berterusan. Ini yang diharapkan rakyat. Kita mahu hidup dalam negara yang bebas daripada rasa takut. Oleh tu kita perlu memerangi jenayah terutama jenayah terancang," katanya. – 29 Ogos, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved