Ahad, 4 Ogos 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Polis tahan rakan Sanjeevan 60 hari, disyaki terlibat mengedar dadah

Posted: 04 Aug 2013 02:18 AM PDT

OLEH MUZLIZA MUSTAFA
August 04, 2013
Latest Update: August 04, 2013 05:26 pm

Pihak polis mengesahkan rakan Pengerusi MyWatch, R. Sri Sanjeevan (gambar) yang berada dalam kenderaan sama ketika ditembak telah ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes pengedaran dadah.

Pengarah Jabatan Narkotik Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata lelaki berkenaan akan ditahan selama 60 hari di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Noor Rashid berkata kepada The Malaysian Insider, pihak polis telah cuba mengesan lelaki berusia 35 tahun berkenaan, namun dia berada di luar radar polis.

"Tangkapan ke atasnya hanyalah atas urusan dadah, dan tidak melibatkan kaitan dengan kes tembakan," kata Noor Rashid.

Lelaki berkenaan ditahan Sabtu lalu oleh pihak polis, beberapa jam selepas Sanjeevan ditembak di persimpangan berhampiran Taman Awana Indah, Bahau, Negeri Sembilan.

Sanjeevan  berada bersama rakannya itu dalam kenderaan BMW bewarna perak sebelum didatangi dua lelaki menggunakan motorsikal bewarna merah.

Beliau kemudiannya ditembak di rusuk dan menerima rawatan di Hospital Jempol sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang.

Sanjeevan kini berada dalam keassan koma dan pembedahan mengeluarkan peluru akan dilakukan sebaik sahaja keadaannya mengizinkan. - 4 Ogos, 2013.

Apabila keadilan tidak kelihatan, masalah akan timbul

Posted: 04 Aug 2013 01:45 AM PDT


Analisis Berita oleh The Malaysian Insider
August 04, 2013
Latest Update: August 04, 2013 04:58 pm

Gambar hiasa.Gambar hiasa.

Kurang dari tiga tahun lalu, penjual buah Tunisia, Mohammed Bouazizi membakar dirinya sebagai tanda protes terhadap amalam rasuah dan penyalahguaan kuasa di bandar di Mediteranean, bandar Sidi Bouzid.

Api berkenaan terpercik kepada Arab Spring yang bermula di utara Afrika, Tunisia, dan Mesir sebelum merebak ke dunia Arab.

Di Malaysia kerajaan memberi amaran terhadap mereka yang ingin mencetuskan fenomena seperti Arab Spring, dan menegaskan negara ini tiada kadar pengangguran yang tinggi, perniagaan rancak berjalan dengan projek kerajaan dan bantuan tunai.

Namun adakah ianya mencukupi? Manusia semakin radikal atau memilih kawasan di luar sistem untuk menyerlahkan kemarahan mereka dan rasa kecewa apabila hilang harapan terhadap keupayaan sistem untuk membekalkan keadilan dan kesaksamaan.

Mereka hilang harapan - dalam pilihan raya, sistem kehakiman, Peguam Negara, dan paling teruk mereka percaya sistem dibentuk untuk menghalang perubahan yang bermakna.

Rakyat merasakan moral kepimpinan terkurung, tiada lagi kesedaran betul atau salah.

Perasaan kecewa akan menyerlah dan berkemungkinan mampu meletus umpama tindakan penjual buah Tunisia pada 5 Disember 2010.

Jadi, sementara kuasa masih lagi kekal dalam pentadbiran di Putrajaya gembira petisyen pilihan raya ditolak tanpa pendengaran merit kes dan kos yang melampau, bagi yang lain ia hanyalah lagi satu kegagalan sistem menyampaikan kesaksamaan dan keadilan.

Sinonim dengan hukuman yang sama dan setara, ia turut menjasi contoh kegagalan sistem memenuhi aspirasi rakyat Malaysia.

Tindakan pihak berkuasa terhadap blogger muda dan jurulatih anjing Muslim atas tindakan mereka di media sosial, namun tidak kepada anggota politik yang mencarikkan keharmonian negara.

Lihat disekeliling, diseluruh dunia, semua contoh mereka yang berada di jalanan cuba merubah regim yang mana kumpulan golongan pertengahan sendiri berhenti untuk percaya perubahan boleh dilakukan dengan proses undang-undang.

Daripada Tunisia, ia merebak ke Mesir, Libya dan sekarang Syria.

Eksperimen di Mesir menunjukkan presiden yang dipilih secara demokrasi bukan hanya dalam peti undi tetapi juga dalam kehidupan seharian.

Yang paling bahaya apabila sistem menyokong mereka yang berkuasa dan penyokong mereka, generasi muda Malaysia akan membesar dengan perasaan bekerja dalam sistem tidak akan memberikan negara yang bersih dan saksama seperti mana mereka mahu.

Kumpulan kelas pertengahan telah memutuskan undi mereka dengan poket yang semakin tipis, dengan ada sebahagian meninggalkan negara untuk masa depan yang lebih cerah.

Namun yang muda akan kekal, umpamanya si utara Afrika dan Timur Tengah.

Mereka berkemungkinan mengambil tindakan, umpama Mohammed Bouazizi yang protes apabila buah yang dijualnya dicuri polis wanita. - 4 Ogos, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved