Ahad, 4 Ogos 2013

The Malaysian Insider :: Opinion

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion

Ramadan paling getir di Malaysia

Posted: 03 Aug 2013 08:40 PM PDT

August 04, 2013

Ramadan kali ini boleh dikatakan yang paling getir di Malaysia.

Seluruh negara menyaksikan Malaysia ditransformasikan dari sebuah negara aman kepada negara "ala koboi".

Pelbagai kes pembunuhan melalui tembakan secara dekat oleh pembunuh upahan menggemparkan negara.

Seorang demi seorang gugur ke bumi.

Dari pengasas bank, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan bekas banduan, semuanya tidak terlepas daripada fenomena baru Malaysia ini.

Sebelum ini, Malaysia yang kita kenali bukan begini.

Kalau di Thailand dan Filipina, kejadian bunuh melalui tembakan jarak dekat merupakan perkara biasa.

Kejadian terbaru berlaku di Cheras Perdana semalam pada jam 1.30 petang.

Bekas banduan B Balamurali, 36 ditembak tiga kali didada oleh dua lelaki yang menceroboh rumahnya lalu menembaknya di ruang tamu.

Balamurali baru saja dibebaskan dari penjara pada Jun lalu dan menurut rekod mangsa disabitkan dengan enam kesalahan termasuk mencuri dan yang berkait dengan dadah.

Pemimpin negara menyalahkan peningkatan jenayah dan pembunuhan melalui tembakan kerana pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) dimana mereka mendakwa menyebabkan penjenayah bebas kembali membalas dendam dan membunuh pemberi maklumat.

Akan tetapi dengan menggunakan undang-undang sedia ada, pihak polis boleh pula bersungguh-sungguh menangkap pelatih anjing Muslim dan juga aktivis yang terlibat dengan perhimpunan aman.

Mengapa tak gunakan undang-undang sedia ada untuk perangi jenayah?

Apakah menangani musuh politik kerajaan lebih penting?

Akan tiba masanya apabila pihak berkuasa seperti polis gagal memberikan jaminan mengenai keselamatan rakyat, rakyat akan mengambil tindakan sendiri untuk tangani jenayah.

Dan apabila waktu itu tiba, negara akan jadi huru-hara. Undang-undang tidak lagi dihormati.

Hukuman kepada pesalah atau penjenayah akan ditentukan sendiri mengikut kefahaman orang ramai.

Mahukah kita sekiranya ini berlaku?

Masa untuk menyalahkan satu sama lain sudah berakhir.

Sekarang tiba masanya untuk bekerjasama.

Ahli-ahli politik kerajaan dan pembangkang perlu duduk semeja untuk mengurangkan jenayah pembunuhan "ala koboi" ini.

Pemimpin agama juga perlu ke hadapan. Mainkan peranan anda. Jangan hanya sibuk mengharamkan itu dan ini sehingga negara bertukar umpama "neraka" kepada semua orang.

Buatlah khutbah Jumaat dan Aidilfitri yang membantu menyelesaikan masalah negara.

Bukan khutbah yang sentiasa mahu menakut-nakutkan orang Islam di Malaysia tentang ancaman dari agama dan kaum lain dan propaganda politik semata-mata.

Daripada membuang masa menangkap pasangan-pasangan muda merayakan cinta mereka di taman-taman bunga dan hotel-hotel murah, lebih baik penguatkuasa agama berdakwah dengan penjenayah.

Tugasan ini lebih mulia daripada menghalang anak-anak muda bercinta.

Bagi yang terpaksa meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung halaman bagi merayakan Aidilfitri, pasti akan diselubungi kebimbangan.

Bimbang rumah akan dipecah masuk oleh pencuri dan penyamun yang pasti bermaharajalela dimusim-musim perayaan ini.

Sehingga saat ini, masih belum nampak jenayah akan berjaya diperangi dalam jangkamasa terdekat.

Jadi, kita harus cari jalan sendiri untuk pastikan semuanya selamat.

Tidak boleh hanya harapkan pihak berkuasa, mereka pun macam dah hilang kuasa. – 4 Ogos, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved